Salam Aidiladha kepada keluarga di Malaysia, sanak saudara, rakan dan sahabat dari SKPM, Saina, KMJ, KYUEM dan University of Southampton, juga kepada sesiapa yang mengenali penulis blog diam dalam bicara ni. =)
"Katakan kita ni pencipta kepada sebuah robot" Najib memulakan analoginya dalam menerangkan konsep manusia sebagai Hamba Allah swt.
"Tugas robot ni hanyalah memasak ayam masak merah kepada kita setiap hari. So robot ni hanya akan terus berguna dan berfungsi kepada kita selagimana dia memasak ayam masak merah kepada kita" "Jika sampai suatu ketika, robot ni dah tak mampu/boleh menyediakan kita ayam masak merah tu, maknanya dia sudah tidak berfungsi lagi. Dan bila tiba masa tu, boleh sahaja kita gantikannya dengan robot yang lain"
..... Analogi di atas adalah berkaitan kita dengan Allah. Allah sebagai pencipta semua makhluk dan kita sebagai hambaNya. Allah memberikan tugas kepada kita di muka bumi ni iaitu antaranya beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Jika kita melaksanakannya, maka kita masih "berfungsi" kepada Allah. Jika tidak, maka apa fungsi kita kepada Allah? Dan tak mustahil bagi Allah untuk menggantikan kita dengan umat lain yang sanggup melaksanakannya.
Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu. An-Nisaa : 133
Biasanya untuk website2 yang special, kita akan letak image untuk link-kan user kepada website tersebut. Macam yang selalu kita lihat, link ILuvIslam menggunakan image ini
Kita juga boleh menghasilkan link seperti itu hanya dengan mengikut beberapa prosedur mudah. Ini cara yang baru aku explore, jika ada cara yang lebih mudah, bolehlah kongsi ramai2. =)
Firstly, pastikan anda ada image yang anda ingin jadikan sebagai link.
Jika image tersebut adalah buatan sendiri(dari laptop atau PC), upload dulu image itu ke dalam internet(aku gunakan photobucket).
Jika image itu dari mana2 website, sila right click pada image tu dan pilih view image.
Copy link location(direct link) untuk image yang anda inginkan itu
link kat arrow tu Then letakkan ke ruang berwarna MERAH dalam coding html di bawah
kena taip dulu code di atas dalam notepad atau ms word..yang di-bold-kan tak perlu taip
Copy and letakkan alamat website/blog yang anda nak link-kan ke ruang berwarna BIRU dalam coding html di atas.
Anda boleh tulis apa saja pada ruang berwarna HIJAU sebagai description kepada image link tersebut.(aku sendiri tak pasti apa tujuan yang HIJAU tu. Nak abaikan pon xpe).
Bila dah siap edit coding html di atas, copy and paste ia ke HTML/Javascript di blog anda(kat bahagian gadjet tu)
"Usrah bukan sekadar untuk kita membincangkan perkara-perkara keagamaan semata-mata"
Semua yang ada terkejut mendengar ayat pendahuluan saudara Rodhi sebentar tadi. Lantas semua terus memberi perhatian kepadanya untuk mendengar ayat seterusnya.
"Aku nak kongsi sedikit pasal IT ni memandangkan dah ada orang yang terkena"
Aku semakin tertarik walaupun aku sudahpun tahu mengenai insiden itu.
"Ada seorang sahabat kita kerugian ~GBP30 gara-gara membeli suatu perisian antivirus bernama ANTIVIRUS 2009. Jadi aku nak pesan, lepas ni kalau ada permintaan dari mana2 web menyuruh anda meng-install ANTIVIRUS 2009, lebih baik abaikan."
Aku mendengar sendiri cerita ini daripada rakanku itu pada petang tadi, sebelum Rodhi memberi peringatan. Dia kehilangan GBP30 dan terpaksa menukar debit kad yang baru akibat terkena permainan siber bernama ANTIVIRUS 2009. Katanya, itu bukanlah antivirus sebenar malah merupakan satu spyware yang agak bahaya.
Dia menyarankan kepada sesiapa yang terkena, cuba install perisian "spyHunter" untuk memulihkannya.
Mungkin ada yang pernah terdownload dan install "antivirus" ni. Rasanya tak perlulah risau sangat selagi anda tidak membeli perisian itu. Cuma perlu uninstall sahaja untuk mengelakkan masalah. Rakan aku membeli perisian itu tapi yang didapatinya adalah satu lagi spyware! Dan dalam statement bank dia, caj GBP30++ dicetak atas nama suatu produk yang dia pon tak pasti(kena tipu la ringkasnya).
Debit kad dia terpaksa ditukar disebabkan security number dan card numbernya dah terdedah pada sumber yang tak boleh dipercayai.
Moga kita dapat mengambil pengajaran dan tindakan.
Pesan Rodhi "Check dulu sebelum install apa2 dalam laptop/komputer"
Wassalam
*ayat dialog di atas mungkin tidak sama dengan yang disebut semasa kejadian. Tapi insyaAllah maksudnya tak lari. =)
Berikut adalah gambar2 random yang diambil secara suka-suka. Tiada tajuk spesifik yang mampu aku fikirkan untuk merangkumi semua gambar-gambar ni.
dari depan Muslim Prayer Room..
hasil lab Workshop..nampak simple tapi memang memenatkan bila disuruh gergaji besi tu
Aslam n Apeng masa lecture Thermodynamics. Masa ni kami kena dok kat belakang sebab lambat sikit =) memang susah nk fokus bila kat posisi belakang. Paham-paham je
Mendengar ceramah UZAR berkaitan krisis ekonomi banyak menyentuh pasal RIBA
Diambil masa tengah tak paham dengan apa yang diajar(memang selalu kot) Lecturer Materials ni memang laju berkata-kata. =)
Ice skating di Soton!
Teman dikala bosan
Montefiore 2 Tempat menginap sesi 0809
diambil masa tengah tunggu bas nak balik hall masa ni jam pukul 11 kot
Dari dalam bas(tingkat atas bahagian depan) agak best bila dapat dok kat seat depan ni.
Antara subjek yang aku perlu belajar pada semester pertama ni adalah Mechanics of Solids(MoS). Semasa di Kyuem dulu, memang mechanics merupakan antara subtopic further mathematics yang agak susah dan kompleks. Walaupun begitu, menjawab soalan2 mechanics sangat menyeronokkan. =) Kepuasannya amat terasa jika jawapan itu hadir dari usaha berterusan bersendirian.
Pengalaman menjawab soalan further mechanics pada A level yang lepas rupanya akan berulang lagi dengan subjek MoS ni. Tidak semua yang aku belajar di sini merupakan apa yang pernah aku belajar dahulu, malah lebih banyak yang baru dipelajari berbanding yang lama. Cukuplah dengan konsep stress, strain, shear stress, shear strain dan Mohr's Circle yang masih belum sepenuhnya difahami. Walaupun pernah bersua dengan istilah stress dan strain dalam subjek Fizik dahulu, nampaknya ilmu lama itu juga belum dapat dikuasai. Itulah yang agak merisaukan diri. Ternyata ilmu baru ini belum dapat diasah setajamnya apabila diri mudah saja 'mengalah' apabila cuba menjawab soalan tutorial.
Mohr's circle
Lecturer aku bagi subjek MoS adalah Prof Spearing. Pada pendapat aku, dialah antara guru yang paling sabar di sini. Semua kerenah pelajar dilayannya. Walaupun ada kalanya kerenah itu seolah-olah memperbodoh-bodohkan dia. Kagum melihat jiwa pendidik yang ada padanya. Niat dan keazaman dia amat tetap dan teguh.
Uniknya Prof Spearing adalah pada setiap sesinya, dia akan mengedarkan sticky notes kepada setiap pelajarnya. Tujuannya untuk membolehkan pelajar memberikan feedback kepada apa yang dipelajari pada hari itu. Seperti biasa, tidak semua mengambil serius dengan caranya. Tak sedikit yang menulis yang bukan2 pada sticky notes tu. Ada juga segelintir pelajar berjiwa pelajar yang memanfaatkan cara itu. Pada mulanya aku merasakan cara ini hanya membuang masa tetapi setelah lebih 2 bulan berlalu, ternyata ia mula memberi kesan pada aku(walaupun jarang sekali aku menulis pada sticky notes tu).
Pernah aku bersembang dengan senior di sini tentang mengajar dan mendidik. Katanya, sekarang ni ramai orang pandai mengajar tetapi sedikit sekali yang pandai mendidik. Kita boleh mengajar banyak orang dengan ilmu yang kita ada namun untuk mendidik orang, susah jika hanya berbekalkan ilmu. Dulu aku menganggap mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang sama, cuma perkataan yang berlainan. Mendengar kata2 seniorku itu mencetuskan satu ilmu berguna pada aku. Aku tak nak hanya menjadi orang yang mengajar orang, tapi juga nak menjadi orang yang tahu mendidik orang.
Mengajar orang itu mudah, tapi untuk mendidiknya adalah susah. Kadangkala memerlukan pengorbanan, kesabaran dan keazaman. Aku dapat lihat jiwa pendidik pada diri Prof Spearing. Jiwa sebeginilah yang patut ada pada diri Muslim. Berdakwah bukan untuk melahirkan lebih banyak orang tahu, bahkan untuk mewujudkan lebih ramai orang yang tahu, mahu dan mampu.
Lagu ni pernah divideoklipkan oleh house Garnet suatu masa dulu. =)
Terkenang sebuah memori lalu Kisah persahabatan kita bersama Di dalam satu pengajian Menuntut ilmu dan pengalaman Mengingatkanku pengorbananmu Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru Tawa riangmu menghiburkan hatiku Indahnya suasana ketika itu Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku Mengenalkanku erti kehidupan Susah payah kita hadapi bersama Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat
Album : Amal Kerana Allah Munsyid : Shoutul Amal http://liriknasyid.com
Aku baru menerima berita yang agak menyedihkan daripada seorang rakan di Malaysia. Mungkin kurang menyedihkan buat aku, tetapi aku pasti orang yang terkena di sana pasti sangat sedih dan geram dengan kenyataan itu. Boleh baca artikel ni [klik untuk baca] jika ingin mengetahuinya dari orang yang terlibat.
Kenapa baru sekarang? Kenapa memberi harapan menggunung sebelum ni? Dimana keprihatinan orang atasan?
Aku sendiri buntu untuk memberikan langkah alternatif kepada dia. Hanya sokongan moral dari jauh yang mampu diberi buat masa sekarang.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (2:286)
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (94:6)
Innallaha ma'as Sobirin
Semoga firman Allah di atas menjadi penyuntik semangat kepada rakan-rakan di sana. InsyaAllah ada orang dari jauh akan sentiasa mendoakan kebaikan buat anda semua.
Baru sahaja pulang dari majlis "Bahulu & Belacan" anjuran Malaysian Student Association(MSA) di bangunan universiti tadi. Majlis diadakan bagi menyambut kedatangan penuntut baru di Soton terutamanya pelajar 1st year seramai 18 orang.
Selepas ni, masing-masing ada perancangan sendiri. Ada yang akan ke Birmingham, ada yang memilih untuk menikmati hujung minggu dengan menonton movie. Aku memilih untuk hanya berada di hall kesayangan =) Ada banyak kerja yang perlu aku selesaikan terutamanya assignment subjek Professional Engineering yang memerlukan aku menyiapkan 2 esei panjang mencecah 2500 patah perkataan. Memang aku agak lemah jika diminta menulis esei tapi jika masa yang diberikan itu panjang InsyaAllah tiada masalah. =)
Pada siang tadi, aku telah berjaya menghabiskan test module terakhir bagi subjek Mathematics for Engineering Sciences. Maknanya lepas ni aku akan mempunyai free "block" pada setiap pagi Isnin dan Jumaat sehingga jam 12 tengahari.=) Bolehlah nak fokus kat subjek lain yang pada waktu ni aku merasakan agak "tunggang-langgang". Pernah ada sesorang berkata pada aku
"Lebih baik orang yang tahu dia ada masalah berbanding orang yang sebenarnya ada masalah tapi dia tak tahu" (lebih kurang la)
Masalah aku ni berpunca dari aku sendiri, bukan dari lecturer, bukan dari kawan-kawan dan bukan dari sesiapapun. Lagipun, apa guna nak menyalahkan orang lain jika diri sendiri tak ingin berubah. =)
Moga hujung minggu ni dapat aku gunakan dengan sebaiknya.
Harapnya kawan-kawan pun begitu. Kita minimakan tenaga dengkuran, dan maksimakan tenaga berfikir dan beramal. InsyaAllah.
Segar lagi dengan input daripada pengisian usrah semalam. Terpanggil untuk berkongsi walaupun sedikit apabila terkenangkan ayat konklusi saudara Helmi.
"Kalau tak dapat semua pon, sedikit pon jadilah"
Perbincangan semalam memfokuskan kepada surah As-Saff, surah yang ke 61 di dalam Al-Quran. Surah ini merupakan surah Madaniyyah dan mengandungi 14 ayat.
Adab dalam berusrah, kami mulakan dengan bertadarus secara bergilir-gilir. Walaupun setiap orang hanya membaca sekurang-kurangnya satu ayat, secara tak langsung muhasabah diri berlaku di situ. Terasa betapa rendahnya kekerapan diri melantunkan ayat suci al-Quran. Begitu banyak masa terluang kepada perkara duniawi. Quran beserta terjemahan hanya diselak beberapa kali.
Satu demi satu terjemahan ayat diperdengarkan. Banyak yang 'terkena' pada diri. Dalam ayat ke-2, Allah swt memberi amaran kepada orang beriman tentang perkataannya yang tidak disertai dengan amal. Amat BESAR kebencianNya pada orang sebegitu.
Naqib cuba menerangkan secara lebih praktikal tentang ayat ketiga supaya setiap ahli dapat memahami kandungan ayat ke-3 secara lebih mendalam. Kalau dalam kehidupan, seboleh-bolehnya kita hendakkan tiada orang membenci kita. Sebab kita tahu bahawa hidup dalam keadaan dibenci sememangnya susah. Jika tidak secara lahiriahnya, batiniahnya pasti terseksa. Hidup dibenci orang memungkinkan seseorang sampai kepada tahap ingin membunuh diri. Bagaimana pula jika hidup dibenci Tuhan semesta alam?
Dalam ayat 10-13, Allah swt memberitahu orang-orang beriman suatu perdagangan yang sangat menguntungkan. Bukan sahaja dilepaskan dari azab yang pedih, bahkan kurnia yang amat kita sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Untuk memperoleh semua itu, Allah menyuruh kita beriman denganNya dan RasulNya serta berjihad dengan harta dan jiwa kita.
Kenapa jihad dengan harta dulu, kemudian barulah jiwa? Banyak orang pada masa kini memilih untuk berjihad dengan jiwa. Dalam perkara kemungkaran, mencegah dengan HATI seringkali menjadi pilihan. Dalam bab mengeluarkan harta untuk agama, tidak banyak sanggup melakukannya. Jadi ini antara seruan Allah untuk kita lebih banyak berjihad dengan harta.
Bagi aku, surah As-saff ni amat sesuai untuk kita sentiasa hayati ayat-ayat di dalamnya. Malah adalah lebih baik kalau kita semua menghafal surah ini supaya menjadi ingatan kita pada setiap masa.
Aslam dan aku terus tergelak mendengar reaksi spontan Nathan menjawab soalan Aslam. Kami berhenti setelah seketika bagi mengelak Nathan terasa hati.
No. Its "Selamat pagi". Not "salad pagi"
Salad is the thing that we(aku,Idris dan Aslam) always eat everyday.
Okay then...
Perbualan ni berlaku semasa kami sama-sama menyiapkan dinner. Menu dinner tadi adalah Tomyam Ayam. =) Agak sedap rasanya..
Nathan adalah salah seorang flatmate kami di Blok 14D ni. Biliknya betul-betul di depan bilik Aslam. Berasal dari Vietnam tapi tinggal di London. Sangat fasih berbahasa Inggeris. Juga merupakan pelajar kejuruteraan seperti kami tetapi khusus dalam bidang Aerospce.
Berbual dengan Nathan sedikit sebanyak membantu aku memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris aku. Semasa sesi pembelajaran, aku agak jarang berbual dengan rakan-rakan sekelas. Mungkin sebab tidak sekepala ataupun belum biasa. Setidak-tidaknya perbualan dengan Nathan walaupun sekejap, menampung "diam" aku di kelas.
Kata Aslam kepada Nathan semalam
"One day one word"
Pesan aku kepada aku PAKSA diri berbahasa Inggeris, barulah nanti akan datang BIASA One day one sentence(taknak kalah) InsyaAllah...
Datang dengan HARAPAN Ku ingin pulang bersama KEJAYAAN
Dalam mengenang kisah hidup silam Ku sedar dari kesilapan lalu Tuhan beratnya dosa-dosaku Masihkah ada ampunan buatku
Tuhan...Dalam menempuh hidup ini Banyaknya dugaan datang menguji Tuhan...Ada yang dapatku gagahi Dan ada yang gagal kuhindari
Tuhan...Dosaku menggunung tinggi Tapi taubatku tak kutepati Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-Mu Mengharap maghfirah dari-Mu Mogakan terampunlah dosa-dosaku Biarpun ujian melanda Ku tetap berkasih pada-Mu Kerna kuyakin kasih-Mu Kekal tiada sudahnya...
Salam Akhlak itu bukan lalang Tumbuh sendiri di tanah lapang Tak perlu baja, tak perlu lapang Naik sendiri tumbuhnya melata Akhlak itu adalah buah Tumbuh bergantung di pohon berakar Perlu dibenih agar bercambah Dibaja subur hingga membesar Akar itu ibarat Aqidah Menambat amal kepada Allah Telah kenal Tuhan yang disembah Dalam ke luar, jiwa berserah Dahan dan daun umpama Ibadah Memproses Aqidah berpandukan Sunnah Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah Setelah matang berhasillah buah Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlak Itulah Syariah, Agama yang Haq ~Ustaz Hasrizal~ Dipetik daripada www.saifulislam.com dibawah artikel Akhlaq Itu Bukan Lalang
Baru sahaja habis menduduki weekly test untuk subjek Mathematics for Engineering Sciences. Alhamdulillah, berkat usaha bersama-sama Aslam semalam menelaah module 8 membuahkan hasil dengan keputusan yang baik. =) Post kali ni hanya berkaitan math. Boleh dijadikan ilmu tambahan ataupun modal jika nak bercakap pasal math dengan orang yang minat math atau dengan orang yang tengah bosan atau dengan orang yang tak pasti apa yang dia suka atau.....
Letters ‘a‘, ‘b‘, ‘c‘ & ‘d‘ do not appear anywhere in the spellings of 1 to 99(Letter ‘d‘ comes for the first time in Hundred) Letters ‘a‘, ‘b‘ & ‘c‘ do not appear anywhere in the spellings of 1 to 999(Letter ‘a‘ comes for the first time in Thousand) Letters ‘b‘ & ‘c‘ do not appear anywhere in the spellings of 1 to 999,999,999(Letter ‘b‘ comes for the first time in Billion) And Letter ‘c‘ does not appear anywhere in the spellings of entire English counting!
Album : Rahsia Munsyid : Saujana http://liriknasyid.com
Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku Harapanmu padaku tidak ku endahkan
Reff : Nasihatmu madu penyembuh luka Pabila bersamamu hilang dukaku Lewat kusedari nilai cintamu Pabila kau tiada lagi disisiku Belaianmu kini masih terasa Restu darimu membawa ku ke syurga Lewat kusedari nilai cintamu Pabila kau tiada lagi di sisiku
Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan
( Back to reff :)
Ku kan cuba tempuh hidup sendiri Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.
If you all are so boring with the title "google" on GOOGLE website page, now its not a problem anymore. I learn this from my senior here and I'm so excited to share it with you all.:) Here is the example.
I can change the "google" text to any text that I want. Interesting right? You should try yourself. Just log on to http://www.pimpmysearch.com and make this website as your homepage(if you want so). If you want to change the text, just click the "change logo text" and type your own text.
Atas permintaan 'adik2' beberapa hari yang lepas(dah lebih seminggu rsenya), post kali ni sedikit sebanyak menyelitkan panorama dan gambar-gambar 'indah' di soton. :) Aku minta maaf kepada 'adik2' atas kelambatan mengeluarkan post ini.
Intro to UOS
Ni main building aku, Idris dan Aslam
Entrance School of Engineering Science
Bangunan Ship Science(Aslam)~sorang2
Sport Centre(mcm MPH kt KYUEM) dari luar nampak kecik tapi kat dalam besar sebab bangunan ni gne space bawah tanah
SUSU union shop(ala2 koperasi) Kt depan ni slalu ade jualan berhadiah newspaper tempatan murah + dapat free gift
binaan pelik yang sampai sekarang aku xtau tujuannya 4 tiang tinggi empat segi
kawasan rehat & lepak2
bas kebanggaan warga Soton Free untuk sesiapa yg tinggal kat Hall
Laluan ke Muslim Prayer Room
biarlah gambar ni berbicara..
Surau Soton Karpet agak 'kotor' sebab kena sabotaj masa bulan Ramadhan dulu
Panorama depan surau cantik kan?
Hartley Library
....=)....
Setiap tempat ada keistimewaannya. Gambar2 di atas hanya sebahagian sahaja daripada apa yang ada di Soton. Kepada para Junior, tak rugi kalau anda ke Soton. Untuk semua, jika tidak ke sini untuk belajar, apa salahnya dengan sekadar datang melawat tempat ni. :)
Sebenarnya, aku pun x habis melawat tempat best kat soton ni. Tunggu masa yang sesuai(entah bila la).
Harapnya permintaan "adik2" dipenuhi dengan post ni.
Baru sebulan berada di Southampton Lagi 2 bulan untuk ke PUISI Lagi 8 bulan untuk pulang ke Malaysia Lagi 3 tahun 8 bulan untuk dapat Ijazah ......... .........
Dengan izin Allah swt, Semua ini bisa dilalui, Andai ajal belum tiba
Setelah lebih kurang sebulan aku menggunakan O2 sebagai line telefon bimbit aku, aku kini telah berubah ke arah Vodafone. :) Pada petang tadi aku telah memulakan proses menyewa line vodafone yang bakal aku gunakan untuk 18 bulan ke hadapan. Kini semakin ramai warga soton menggunakan vodafone termasuk aku dan Aslam. Berikut adalah nombor telefon bimbit terbaru aku
Allah Maha Besar Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"wahai Tuhan ku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu, kami lah hamba yang mengharap belas dariMu "Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dan dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
sumber : my computer(rujukan sebenar tidak dapat dikenalpasti)
“The sincere person is the one who hides his good deeds just like he hides his evil deeds” [Yaqub al-Makfoof]
"If you cannot be of benefit to the Muslims, then do not harm them; if you cannot make them happy, then do not make them sorrowful; if you cannot please them, then do not abuse them; and if you cannot praise them, then do not disparage them" [Yahya ibn Mu’adh]
In my dreams, Children sing A song of love for every boy and girl The sky is blue, the fields are green And laughter is the language of the world Then I wake and all I see is a world full of people in need
Tell me why,(why) does it have to be like this Tell me why, (why) is there something I have missed Tell me why, (why) cause I don't understand When so many need somebody We don't give a helping hand Tell me why
Every day, I ask myself what will I have to do to be a man Do I have, to stand and fight To prove to everybody who I am Is that what my life is for? To waste in a world full of war
Tell me why, (why) does it have to be like this Tell me why, (why) is there something I have missed Tell me why,(why) cause I don't understand When so many needs somebody We don't give a helping hand Tell me why (Tell me why) Tell me why (Tell me why) Tell me why (Tell me why) Just tell me why (why, why, why)
Tell me why, (why) does it have to be like this Tell me why, (why) is there something I have missed Tell me why, (why) cause I don't understand When so many need somebody We don't give a helping hand Tell me why (Why why, does the tigers run?) Tell me why (Why why, do we shoot the gun?) Tell me why (Why why, do we never learn?) Can someone tell us why we let the forests burn
(why why do we say we can?) tell me why (why why is it still the same?) tell me why (why why do we talk and run?) tell me why can someone tell us why we let the ocean die
(why why do we always say?) tell me why (why why do we pass the blame?) tell me why (why why does it never rain?) can someone tell us why we cannot just be friends
(why why do we close our eyes?) (why why do we really lie?) (why why do we fight for land?) can someone tell us why cause we don't understand why why?
Aku tertarik dengan sajak yang diselitkan oleh Ustaz Hasrizal dalam ceramahnya. Sajak ini sebenarnya tertulis pada batu nisan seorang paderi. Namun, maknanya amat sesuai dijadikan pedoman buat kita semua. Ambillah sedikit masa yang ada untuk betul2 menghayatinya. :)
Ketika aku di usia remaja Cita-citaku adalah untuk mengubah dunia Tetapi apabila aku meningkat dewasa Baruku sedar bahawa dunia tidak pernah berubah Lalu ku sempitkan cita-citaku Untuk melakukan perubahan ini kepada mengubah negara Tetapi kulihat negara juga tidak berubah Dan apabila badanku lemah berada di pembaringan Aku meletakkan cita-citaku untuk melihat keluargaku berubah Tetapi nyata merekajuga tidak berubah Dan ketika di atas pembaringan Nazak menunggu kematian Buat kali pertamanya aku terfikir Kalaulah yang pertama kuubah itu adalah diriku sendiri mungkin dengan memberikan contoh teladan yang baik Keluargaku akan dapat kuubah Dan dengan sokongan daripada keluargaku Mungkin aku dapat mengubah negara Dan siapa tahu aku mampu mengubah dunia
Apabila ingin melakukan perubahan, fikirlah sebesar mungkin tetapi bertindaklah sekecil yang mungkin(tumpukan pada apa yang kita boleh buat iaitu dengan kita mengubah diri kita sendiri kepada yang lebih baik) ~Ustaz Hasrizal~
Nak berkongsi sebuah cerita yang selalu menjadi modal tazkirah di Kyuem dulu.
Abdullah sedang mengembara di dalam hutan. Ketika asyik menikmati keunikan hutan, tiba-tiba muncul seekor harimau 'garang' di depannya. Dengan gaya terkejut dan gelabah, dia mengorak langkah, berlari dengan kencang untuk menyelamatkan diri. Malang baginya apabila sang harimau mengejarnya seolah-olah ingin memakannya.
Suatu rahmat menjelma apabila dia ternampak sebuah telaga di tengah-tengah hutan tersebut, maka dia pun membuat keputusan untuk menyembunyikan diri di dalam telaga tersebut. Tanpa berlengah, dia terus masuk kedalam telaga tersebut dan bergayut pada tali timba yang ada di situ. Malang menimpanya lagi apabila rupa-rupanya terdapat 2 ekor buaya ganas sedang menanti di dalam telaga itu.
Mujurlah dia sempat bergayut pada tali timba itu. Tak semena-mena, datang satu lagi ujian. Muncul pula 2 ekor tikus berwarna putih dan hitam, mengigit-gigit tali timba itu. Sekarang, Abdullah tidak mempunyai banyak pilihan. Di luar telaga, sang harimau sedang setia menanti. Di bawahnya pula, 2 ekor buaya ganas sabar menunggu. 2 ekor tikus itu pula sungguh rajin menggigit tali timba. Jika panjang tali timba itu, maka banyaklah masa yang dia ada. Jika tidak, habislah dia...
*olahan sendiri oleh penulis. watak juga adalah rekaan semata-mata
Mula-mula, maafkan aku jika olahan cerita ni kurang menarik. :) Versi asalnya mungkin lebih baik. Sebenarnya cerita di atas merupakan suatu analogi kehidupan kita sebagai manusia.
Abdullah itu merujuk kepada diri kita. Harimau merujuk kepada malaikat maut 2 ekor buaya merujuk kepada malaikat raqib dan a'tid 2 tikus merujuk kepada siang dan malam tali timba merujuk kepada jangkahayat kita
Malaikat maut sentiasa mengejar kita sehinggalah sampai ajal kita. Bila tiba waktu itu, nyawa kita akan diambil tanpa lengah, tidak cepat walau sesaat dan tidak lambat walau sesaat. Malaikat pencatat amal pula sentiasa mencatat amal kita setiap waktu. Tidak kiralah amal itu adalah kebaikan mahupun kejahatan, semuanya dicatat. Dan suatu masa nanti, ia akan didedahkan. Malam dan siang pula silih berganti, memakan jangkahayat kita. Semakin lama, jangkahayat kita semakin pendek. Masa yang kita ada kian singkat.
Sama-sama kita perbaiki diri dari semasa ke semasa. Hargai masa yang kita ada untuk suatu tujuan dan perkara yang bermanfaat.
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. ~Al-Munafiqun : 11~