Saturday, 17 January 2009

Exam!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

"Takkan terasa indahnya hidup sebagai pelajar andai tak dilambung peperiksaan"

"Kalau xde ujian, macam mana kita nak tau di mana tahap kita?"

"Ujian tu lumrah hidup"

***************


InsyaAllah, saya akan menduduki peperiksaan bagi semester pertama dalam kursus kejuruteraan mekanikal di University of Southampton bermula 19 Januari 2009 dan dijangka tamat pada 29 Januari 2009.

Berikut adalah jadual peperiksaan saya =)
Properties of Materials - 19hb
Mathematics for Engineering Sciences - 20hb
Mechanics of Solids - 21hb
Thermodynamics - 29hb

Di kesempatan ini, ingin memohon maaf kepada semua jika ada perkara yang diri ini telah lakukan samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar yang menyinggung ataupun mendatangkan mudharat kepada sesiapa.

Juga ingin mengucapkan selamat menghadapi exam kepada yang bakal dan sedang ber"exam".

Kepada Pai dan Shah yang akan datang ke Soton pada 23hb ini, bersiap sedialah untuk menerima mode Exam dari kami warga2 Soton.

Selamat bermujahadah

Wassalam

Sunday, 4 January 2009

Kembara UK-Ireland

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi atas segala nikmat yang dinikmati sekarang. Alhamdulillah.

Cuti winter tempoh hari merakamkan banyak pengalaman indah. 5 sahabat yang datang dari universiti berlainan bersepakat melaksanakan satu misi jelajah UK-Ireland selama lebih dari 15 hari. Iqtidar dari London, Hafizuddin aka Hypo dari Warwick, Azri dari Birmingham dan Aslam dari Soton bersama aku. 4 orang lagi menyertai kami selepas tamatnya program PUISI08 di Killarney iaitu Huzaifah, Wan, Fitri dan Faris.

Di sini aku bukanlah nak berkongsi pengalaman itu kerana aku percaya ramai orang yang hanya berminat nak tengok gambar je(betul tak?) =) Jadi hanya gambar sahaja yang aku ingin kongsi sebagai kenangan sepanjang kembara kami.

Ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyambut dan melayan kami, membawa kami melawat tempat-tempat menarik, memasak makanan yang sedap-sedap serta meluangkan masa bergurau senda bersama kami.



Bandar Dublin

Dublin Castle
Dublin

Trinity College, Dublin


Univ Muadz n Syara, Dublin

PUISI08 Killarney

Killarney

Killarney

Ustaz Zaharuddin, PUISI08

Cliff of Moher, Galway




Botanic Garden, Belfast


Queen's University of Belfast

Kami ditahan sebentar di manchester airport sebab tiada Visa Ireland


University of Birmingham

MU

Ok, lepas ni nak fokus kepada exam yang bakal menjelma. Banyak sungguh yang perlukan revision. =)

Wassalam

Sunday, 14 December 2008

Cuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Hari ni akan bermulalah episod kembara aku ke PUISI. Banyak destinasi yang akan kami singgah dalam kembara julung kali buat aku di United Kingdom ni

Bersempena kembara ni, kemungkinan besar blog diam dalam bicara ni tidak akan di update sehinggalah tahun depan.

Selamat Tahun Baru kepada semua.

Wassalam

Wednesday, 10 December 2008

Blogger Felda bertambah =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Hanya sekadar nak mengumumkan kemunculan blogger baru dari KYUEM. Merupakan rakan setajaanku dalam Felda Holdings. =) Jom support.

http://www.childrenscause.org/admin/Editor/assets/blogger%20logo.jpg

http://www.eigenzone.blogspot.com/

Wassalam