Sunday 22 February 2009

Takziah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Sebaik laptopku dibuka sebentar tadi, terpaparlah offline message yang dihantar sewaktu aku tidak online hari ini. Satu berita yang menyedihkan diterima iaitu rakanku semasa aku belajar di SAINA selama 5 tahun dahulu kini sudah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan rakannya yang lain yang turut terkorban. Buat kita semua khususnya rakan SAINA sekalian, kita maafkanlah rakan kita ini jika pernah dia melukakan atau melakukan kesalahan ke atas kita. Sedangkan Nabi SAW maafkan umatnya, apalagi kita sebagai insan biasa.

Sesungguhnya kematian itu suatu peringatan bermakna buat kita. Antara rahsia bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat sehingga mereka mencapai tahap iman yang begitu mantap dan kukuh ialah dengan sentiasa mengingatkan para sahabat tentang kematian. Bahawa kematian itu bukanlah penghujung kehidupan bahkan ia adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang abadi.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
~Al Mulk : 2~

Wassalam

Siapakah orang yang paling sibuk?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Siapakah orang yang paling sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang suka menundakan waktu
solatnya, seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabb, Aku rieha dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada,
selalu menompok-nompokkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh
mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sumber : Di-copy-paste daripada YG MSA Southampton

Wassalam

Friday 20 February 2009

Riwayat Hidup Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Setelah bertahun-tahun kita mengenal Islam, pernahkah kita terfikir bahawa sejauh mana kita menghayati kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang merupakan contoh teladan terbaik yang Allah jadikan untuk kita.

Berikut adalah video dari youtube yang sedikit sebanyak dapat menambah penghayatan kita tentang kisah hidup junjungan mulia Rasulullah SAW. Moga bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan semoga dapat menyemarakkan lagi semangat kita semua dalam Iman dan Amal kita di dunia ini sebelum bertemu dengan penghujung kehidupan. InsyaAllah



Wednesday 18 February 2009

Kerjasama, bersama-sama

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

http://www.kongsiblog.com/wp-content/uploads/2008/12/wonderpet.jpg

Apa yang penting?
KERJASAMA

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
~As Saff : 4~

Ya Allah
permudahkanlah segala urusan kami
ringankanlah segala bebanan kami
tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar
supaya kami dapat mengikutinya
tunjukkanlah kepada kami yang batil itu batil
agar kami dapat menjauhinya

Wassalam

Tuesday 17 February 2009

Kungfu Panda

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Sebuah filem 3D animasi yang hebat, Kungfu Panda. Sekali-sekala mungkin boleh meluangkan masa menontonnya. Di sini aku hanya nak berkongsi qoutes yang dapat aku 'tangkap' semasa menonton filem ini. =)

http://i521.photobucket.com/albums/w334/a2z2a/KungFuPanda.jpg

There is no secret ingredient, to make something special you just have to believe it special
--Ayah Po --

Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. That is why it is called the present.
--Master Oogway--

One often meets his destiny on the road he takes to avoid it
--Master Oogway--

There are no accidence
-- Master Oogway--

Mungkin dapat dijadikan pedoman dan pengajaran kepada kita dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar dan penuh dengan ujian dan dugaan.

Wassalam

Monday 16 February 2009

Dua

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Ini petua untuk mendapat ketenangan jiwa yang aku dapat semasa mengikuti program Muslim Youth Camp(MYC) pada tahun lepas.

Ingat DUA perkara
Lupa DUA perkara

Ingat selalu
Kebaikan orang kepada kita
Kejahatan kita kepada orang

Lupakan
Kebaikan kita kepada orang
Kejahatan orang lain kepada kita

Kenapa kita perlu jadi pemaaf dan memaafkan orang lain?
Kerana kita ini hambaNya yang sentiasa melakukan dosa yang sentiasa mengharap keampunan dariNya.

Wassalam

Tuesday 10 February 2009

Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


Manusia adalah makhluk istimewa yang Allah jadikan di muka bumi. Dari setitis air mani, sperma bergabung dengan ovum lalu jadilah kita semua seperti hari ini.

Manusia suka mencari benda lain untuk dikaitkan dengan kebesaran Allah swt, sedangkan diri manusia itu sendiri sudah cukup untuk membuktikannya.

Gigi manusia ada had pertumbuhannya, tidak seperti rambut. Rambut akan sentiasa panjang. Cuba bayangkan jika gigi ni seperti rambut. =) Susahnya nak gunting gigi nanti.

Jari kita tidak sama panjang, ada pendek ada panjang. Allah jadikan ibu jari berjauhan dengan 4 jari yang lain untuk memudahkan kita memegang sesuatu Jika sama panjang, tentunya menyukarkan. =)

Lidah kita walaupun kecil, mampu merasa berjuta rasa.

Jantung ibarat mesin pengepam, mengepam darah keseluruh anggota badan. "Teknologi" yang sudah wujud sejak dahulu lagi, cuma manusia memerlukan masa yang lama untuk mengetahuinya.

Jika kita berjalan berkaki ayam, tapak kaki kita ni bukannya semakin haus bahkan semakin tebal. Tak seperti tayar kenderaan yang semakin lama semakin haus dan menipis.

Bertuahnya kita. Maka sepatutnya kita sentiasa merasa syukur atas kurniaan Allah ini. Allah tidak perlukan syukur kita, tetapi kita yang perlu bersyukur kepada Allah.

Sekadar peringatan buat kita semua untuk mengingatkan kita betapa bertuahnya kita diciptakan sebagai manusia. Harapnya sedikit perkongsian ini dapat mencetuskan walau sedikit rasa kesyukuran dalam hati bagi sesiapa yang membaca.

http://www.quran4theworld.com/quran/quran_search/image/3/190.gif

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal
(3:190)

Wassalam

Monday 9 February 2009

Link-Zikir

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Hanya nak berkongsi satu link. Dapat daripada seorang kawan yang baik hati hari tu. Dalamnya ada koleksi zikir dan doa yang InsyaAllah dapat menenangkan jiwa bagi yang mendengarnya. Boleh menjadi teman dikala mengulangkaji di depan laptop/komputer. =)


Sunday 8 February 2009

A week in Southampton

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Gambar2 di bawah adalah koleksi gambar yang sempat aku tangkap semasa minggu pertama untuk semester keduaku di sini. =)

SALJI

Permulaan semester kedua yang unik, kami diraikan dengan kehadiran salji(snow) yang setia dinanti selama ini. Salji selebat itu memang tidak dijangka-jangka oleh senior2 di sini sehinggakan seniorku Muhaimin berkata

Ni(snow) seribu tahun sekali je kat sini


CNY EVENT

Semalam, MSA meraikan pelajar berbangsa Cina dengan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina. Kami semua pelajar tahun pertama masing2 diagihkan tugas bagi menjayakan event tersebut. Aku dan Idris diberi peluang untuk mengendalikan bahagian decoration =). Berikut antara gambar2 sebelum dan semasa event itu berlangsung



Tarian Singa


kucing ni tetiba je masuk bilik aku pastu terus landing atas katilku

goreng kung pao chicken


Wassalam

Thursday 5 February 2009

Mentari Hidup

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam



Mentari Hidup
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali