Tuesday 5 October 2010

Jom p FUIYO

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti musim sejuk menjanjikan pelbagai program yang sangat menarik untuk disertai. Tahun ini ada tak kurang dari 3 program besar yang insyaAllah setiap tahun akan berlangsung iaitu PUISI, PMS dan FUIYO.

Bagi aku, cuti winter bukan masa yang ideal untuk pergi melancong atas faktor waktu siangnya yang pendek. Mungkin pukul 4 petang cuaca dah gelap nak malam. Jadi, cara terbaik untuk memanfaatkan cuti Winter antaranya dengan menghadiri program2 yang disebut diatas =)

Tahun ini insyaAllah aku merancang untuk ke FUIYO anjuran iluvislam.com. Buat kawan2 yang rindu nak jumpa 'hisham', jom ramai2 turun FUIYO.hehe..

Ini video intro FUIYO yang aku dapat dari laman web rasmi FUIYO



Boleh register FUIYO di siniiiiiiii

FUIYO10

Monday 4 October 2010

Wahyu Ilham

بسم الله الرحمن الرحيم

Muhammad Wahyu Ilham, nama anak saudara pertama aku. Tepat 5 Oktober ni, umurnya dah masuk 4 bulan. Alhamdulillah.


Allah mengujinya seawal hari pertama kelahirannya ke dunia. Pada mulanya saluran makanannya tersumbat, menyebabkan Wahyu terpaksa menggunakan bantuan saluran makanan.

Kemudian, doktor mensyaki Wahyu mempunyai masalah jantung dan otak. Wahyu menjalani beberapa pembedahan selepas itu.

Semasa aku mula2 sampai di Malaysia sempena cuti Summer lepas, wahyu baru lepas dibedah. Badannya sangat2 kecil. Kesian kat Wahyu. Aku tak berani nak dukung lagi sebab takut.

Alhamdulillah semakin hari Wahyu semakin sihat dan gemuk. Setiap 3 jam mesti menangis nak susu. Doktor pon terkejut dengan perkembangan positif Wahyu.

Akak dan Abang Ipar aku semakin lega. Fasa Wahyu kritikal dah pun lepas. Alhamdulillah


Selamat memasuki bulan ke 5 Muhammad Wahyu Ilham =)

Friday 24 September 2010

Balik UK

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.moveoneinc.com/blog/wp-content/uploads/2010/07/emirates_airlines.jpg

Hari Jumaat
Waktu berlepas : 7.30pm
Tempoh transit di Dubai : 4 Jam
Waktu dijangka sampai London : 7.20am

Doakan semoga penerbangan kami(dengan apeng) selamat =)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgABgWxzPjZYnW_ZF_1pyi4Zg_zh7osNZ1GRHMVhmyCLnQch21H2Ls6vp9TpXcGIWuicg6qD_m1g2g_lPJCBsSp28R4Gg0IaHKzu5L6oDo5RutiNLNHcTdF3CAYmyonqNNovwKww6S56Aal/s1600/doa_naik_kenderaan.jpg

(^_^)

Wednesday 15 September 2010

Aidilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Aidilfitri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsDFycNbjgBv7sBekTpx3mbxPRYqLovc42nBUsxs_pV9Hdiwxvp9QDvPsgFdOqCcjbQNRJ6Xpm7ut0-vSvOlesKIa7tzOmF1aTsGBcHuB8LM8Q7tgJK1rYun1q7P2NuYFKmk9fTuzkyV4/s400/Aidilfitri.jpg

^_^