Sunday 30 August 2009

Hanya Takdir- Inteam

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Video ni dicadangkan oleh saudara Hafizuddin untuk diselitkan dalam program SOP yang terpaksa dibatalkan dahulu. Nyanyian kumpulan Inteam, lagu bertajuk Hanya Takdir. Sama-sama kita hayati~



Wassalam


Saturday 22 August 2009

Ketawa itu penawar duka

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Puisi di bawah ni dipetik daripada majalah tahunan KYUEM batch 9. Penghargaan kepada saudara Za'im atas sumbangan beliau. =)

http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/437828/2/istockphoto_437828_giant_smiley_big_smile.jpg

Orang pernah berkata,
Ketawa itu penawar duka,
benarkah ia?

Aku baru belajar Inggeris,
Lantas kubuat tafsiran terus,
Orang tak faham,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar berfesyen,
Rambut yang lurus ku"afro"kan,
Dipadankan dengan baju Melayu,
Orang rasa pelik,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar bernyanyi,
Lantas kunyanyi "key" yang tinggi,
Aku baru mencuba,
Orang mengadu sakit telinga,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar naik LRT,
Nak ke KLCC, aku menuju ke Gombak,
Sebelum itu aku tanya orang,
Orang kata aku bodoh,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar "sms",
Orang mesej tanya aku buat apa,
Aku kata, aku tengah sms la,
Orang kata aku loyar buruk,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa it penawar dukakah?

Aku baru belajar ikut peraturan,
Baju yang keluar, aku kedalamkan,
Kata guru, terserlah ketampanan,
Orang kata, terserlah ke"skema"an,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar agama,
Orang yang berkonsert, aku ajak ke surau,
Belum apa-apa,
Orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Atas semua ini,
Aku ketawa,
Baru aku sedar,
Orang yang baru belajar,
Akan sentiasa diketawakan,
Kerana orang yang baru belajar,
Akan sentiasa berduka,
Kerana itulah kita perlu ketawa,
Kerana ketawa itu penawar duka,
Orang kata...

Wassalam

Friday 21 August 2009

Ramadhan 1430H

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

http://farm3.static.flickr.com/2442/3838091183_601273473e.jpg

Bulan Ramadhan tiba lagi. Penghulu segala bulan dalam kalendar Hijrah. Bulan yang di dalamnya dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda untuk setiap amal ibadah dan kebajikan. Ramadhan menjadi medan tarbiyyah kepada setiap muslim untuk memperbaiki iman dan amal.

Puasa di bulan Ramadhan menjadi rukun Islam yang ketiga. Betapa pentingnya puasa sehingga menjadi salah satu daripada rukun Islam. Pasti terdapat hikmah yang hebat disebalik pengiktirafan Allah pada puasa di bulan Ramadhan ini. Sambutlah Ramadhan dengan hati yang gembira kerana pasti ada sesuatu yang Allah janjikan untuk kita.

Setiap tahun kita berpuasa, pastinya kita punya banyak pengalaman. Semasa kecil mungkin kita berpuasa kerana orang lain berpuasa ataupun atas arahan ibu bapa. Tahun demi tahun kita mula mengerti bahawa kita perlu berpuasa bukan kerana orang tetapi kerana ianya adalah perintah daripada Allah.

Semoga Ramadhan kali ini bermakna buat semua. Jom rebut tawaran yang Allah janjikan dalam bulan mulia ini.

http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs181.snc1/6020_1196446825266_1051324799_643042_5787890_n.jpg


SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM

Wassalam

Tuesday 18 August 2009

Bagilah balik tangan Wani...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Cerita di bawah dipetik daripada blog lama saudara Afiq Kamaruddin. Moga bermanfaat.

~~~~

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, seorang perempuan yang sangat cantik, comel dan manja, berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas kelihatan.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan rumah, ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dan mesra dia berkata "Wani buatlah ayahhh.. cantik kan !"

Bait kata-kata lembutnya menerkam dan memeluk ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, Ya, mungkin dia bersetuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan keatas anak kandungnya sendiri.

Pembantu rumah melopong dan terkesima, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.Umpama seekor singa kelaparan yang lahap meratah mangsanya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar dan penuh luka. Darah mula mengalir setitik demi setitik lalu menjadi deras. Tangisan simpati si anak kecil tidak dipedulikan oleh insan yang melahirkannya. Aduh, kasihan...

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Sebagai tanda pengajaran konon-kononnya

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak mula bengkak. Pembantu rumah mengadu kepada ayahnya. "Sapukan sahaja minyak gamat tu sudahlah!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak mahu melayan langsung si anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Hakikatnya dendam kesumat masih lagi membara terhadap si anak yang masih belum mengerti apa-apa.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak mahu menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. Suatu hari, pembantu rumahnya berkata

"Wani demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi sahaja minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Wani dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Mungkin berasa cemburu, namun dendamnya sudah terbalas.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti sahaja kita bawa ke klinik. Awal lagi sekarang ini. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu ringkas.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya supaya Wani dirujuk ke hospital pakar kerana keadaannya jauh lebih serius daripada yang dijangkakan.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak malang itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu tersentak dan tersedu, bagaikan terkena halilintar setelah mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah yang dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan deraian air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar sahaja dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis kesannya, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Wani janji tak buat lagi. Wani tak mau ayah pukul. Wani tak mau jadi jahat. Wani sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa."Wani juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Wani. Buat apa abah ambil.. Wani janji tak buat lagi! Wani nak makan macam mana? Wani nak main macam mana? Wani nak peluk abah dengan mama macam mana? Wani janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu, bagaikan dihempas ke batu jantung si ayah mendengar kata-kata anaknya.Hanya tangisan penyesalan yang mampu dicurahkan..

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya...

sama2 lah kita ambil pengajaran daripada kisah ini. Jangan letakkan emosi melebihi akal. kelak kita akan menyesal dengan tindakan yang dilakukan dengan tergesa-gesa. Dikala itu, penyelesalan sudah tidak berguna lagi. Berhati-hatilah..jangan mudah terpedaya dengan pujukan syaitan yang menyesatkan. Semoga kita tergolong dikalangan hambaNya yang saling mengasihi antara satu sama lain.

Wassalam

Saturday 15 August 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

If you want happiness for an hour, take a nap.
If you want happiness for a day, go fishing.
If you want happiness for a month, get married.
If you want happiness for a year , inherit a fortune.
If you want happiness for a lifetime, help someone else.

Old Chinese Proverb


~~~~~


Wednesday 12 August 2009

Video SOP

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Berikut adalah video yang dihasilkan untuk program Source of Peace di KYUEM. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, program tersebut terpaksa dibatalkan. Namun videonya dapat kita manfaatkan sampai bila-bila. Setinggi ucapan tahniah kepada yang menghasilkan video ini. Hayatilah...





http://d.yimg.com/kq/groups/23417337/homepage/name/homepage.jpg?type=sn

Wassalam