Friday 20 June 2008

Selamat bercuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Ini merupakan post terakhir aku di KYUEM. Kepada peminat setia blog aku(ade ke), besar kemungkinan tiada post baru akan muncul di blog ini sehinggalah aku tiba di UK(InsyaAllah). Sebabnya, kemudahan internet di kampung aku is very limited dan rumah aku tiada kemudahan internet. Jangan bersedih, :) rasanya ada banyak lagi blog yang masih aktif even masa cuti.

Di kesempatan ini, ingin aku berpesan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan especially senior, agar kita memanfaatkan cuti kita nanti secara optimum. Memang kita dah bebas daripada A Level, namun tanggungjawab kita tidak terhenti di situ. Mungkin tanggungjawab kita sebagai pelajar terhenti sebentar, tetapi ingatlah bahawa tanggungjawab kita sebagai anak kepada orang tua kita dan hamba kepada Allah tidak pernah terhenti.

Banyak perkara yang dapat kita buat bagi memanfaatkan masa cuti kita nanti. Tak perlulah untuk aku cadangkan perkara yang patut kita buat masa cuti ni, cukuplah sekadar mengingatkan bahawa masa yang kita ada kian terhad. Sekarang ni, 3 bulan memang terasa agak lama. Sedar tak sedar nanti, 3 bulan ini bakal menjadi 2 bulan...1 bulan...1 hari. Masa tu baru terasa bahawa masa semakin singkat. Andai masa itulah baru kita sedar bahawa masih banyak perkara yang belum kita sempurnakan, mana kita nak cari ganti masa yang telah kita korbankan. Fitrah alam, masa akan terus bergerak meninggalkan kita. Yang terleka akan ditinggalkan. Imam Al-Ghazali mengajar anak muridnya bahawa yang paling jauh dengan kita bukanlah negeri orang, bahkan masa yang telah berlalu. Pepatah Melayu juga ada menyebut "masa itu emas". Memang emas sendiri pun lebih murah daripada masa namun yang nak digambarkan adalah betapa masa itu sangat berharga dan tidak boleh dibeli sewenang-wenangnya.

Kata-kata muzakkir suatu masa dahulu

Jika nak tahu betapa berharganya sebulan itu, tanyalah pada seorang ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan,
Jika nak tahu betapa berharganya sehari itu, tanyalah pada orang yang terlambat menghantar assignmentnya kepada pensyarah,
Jika nak tahu betapa berharganya sejam itu, tanyalah pada orang yang sedang menjawab peperiksaan,
Jika nak tahu betapa berharganya seminit itu, tanyalah pada orang yang ditahan masuk kuarantin praktikal exam,
Jika nak tahu betapa berharganya sesaat itu, tanyalah pada leka ketika memandu,
Jika nak tahu betapa berharganya sedetik itu, tanyalah pada pemenang pinagat perak sukan olimpik.

Pokok pangkalnya, hargailah masa yang kita ada. Semakin hari, semakin kita tahu bahawa Allah memberi banyak masa kepada kita tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu lebih tahu bahawa masa yang masih tinggal buat kita semakin berkurangan.

Buatlah perancangan awal untuk masa cuti kita nanti agar kita tahu apa yang kita nak buat nanti. Mungkin aku bukanlah orang yang sesuai berbicara soal masa tetapi sama-samalah kita merperbaiki diri. Bukankah Allah tidak melihat natijah sesuatu perkara, tetapi yang dilihatNya adalah sejauh mana kita berusaha terhadap sesuatu perkara itu.

Akhir pena, selamat bercuti kepada semua. Sekali lagi, ampun dan maaf andai ada salah silap. Semoga jalan yang kita lalui selpeas ini adalah jalan yang menuju redha Ilahi. InsyaAllah.

Wassalam

Monday 16 June 2008

Kembara dua insan ke Cameron Highland

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, aku dan Azri YB telah berjaya mengharungi ekspedisi kami ke Cameron Highland dari 13 jun sampai 15 jun. Pada mulanya, pemergian kami adalah atas suatu tujuan lain tetapi bertukar menjadi sebuah pengembaraan yang amat bermakna atas sebab tertentu. Ingin sekali berkongsi pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Tanah Rata(Cameron Highland)


bukti :)

Hari pertama

Kami tiba di Tanah Rata pada lebih kurang pukul 9 malam. Perjalanan menaiki Cameron Highland amat memeningkan kepala. Mujurlah aku dan Azri mampu bertahan daripada muntah dek kerana jalan yang banyak selekoh. Kami menaiki van Abang Nash(pemandu pelancong) menuju ke Strawberry Park, tempat kami bermalam. Suhu dingin di atas sana membuatkan kami menggigil kesejukan. Melihat kami mengeluh kesejukan, Usop, kawan kami yang bersama kami dengan selamba berkata

"kalau kat UK nanti, ni dikira panas"


Mungkin sebab dia dah biasa berada di UK.
Aku dan Azri hanya menonton TV malam tu di sebelah heater bagi menghilangkan kesejukan.


Hari Kedua

Dua orang kawan kami bercadang untuk jungle trekking pada pagi tu. Aku dan Azri menolak pelawaan mereka sebab kami tidak membawa kasut untuk tujuan itu. Jadi kami hanya melawat sekitar Tanah Rata sehingga pukul 12:30pm. Tempat tumpuan kami adalah Mardi. Pelbagai tanaman hawa dingin diuasahakan di situ termasuklah strawberi, epal, anggur, ros etc. Setelah membayar yuran masuk sebanyak RM1.50(yuran untuk pelajar), kami terus menuju ke tempat strawberi diusahakan dengan harapan dapat pengalaman memetik starwberi sambil memakannya. Malangnya hajat tak kesampaian. Rupanya tiada istilah makan free di situ, semuanya mesti dibeli. Nasib baiklah abang2 kat situ menghulurkan beberapa biji buah strawberi kepada kami. Dapat juga merasa strawberi free. :) Kamera Azri menjadi mangsa untuk aku merakamkan pemandangan indah di sana. Banyak juga gambar yang sempat diambil tetapi tak semua dapat aku semadikan dalam blog ni.

Pada sebelah petang, kami berempat(termasuk 2 kawan kami) berjalan kaki menuju ke Brinchang dari tempat kami menginap. Agaknya, jarak ke Brinchang hanya 2@3 kilometer. Terasa sekejap sahaja perjalanan ke sana sebab kami banyak berborak di sepanjang perjalanan. Kebanyakan yang diborakkan berkisarkan ekonomi negara(aku kurang paham bab ni) dan kehidupan di luar negara. Strawberi Farm menjadi tempat singgahan kami petang tu. Di situ kami saksikan penanaman strawberi pada skala besar untuk tujuan pemasaran. Sekali lagi tiada istilah makan free di situ. :(

Pada waktu malam. kami mencuba memasak nasi beriani. Segala keperluan menyediakan nasi beriani telahpun Aku dan Azri beli semasa di Tanah Rata. Saudara Usop dan Amar menjadi mentor kami. Pengalaman mereka berada di luar negara terserlah dengan kebolehan mereka menggunakan apa sahaja yang ada bagi menyiapkan nasi beriani. Penat lelah terbalas apabila nasi berianai kami menjadi, walaupun sedikit masin. :)

Hari Ketiga

Ini hari terakhir kami di sana. Kami bertolak ke Tanah Rata pada jam 11 pagi. Bas dijangka bertolak pada jam 1.45 petang. Kami menggunakan masa yang ada membeli cenderahati sebagai tanda ingatan pada Cameron Highland. Aku hanya membeli key-chain yang comel dan murah. :) Azri membeli ole-ole untuk keluarganya di rumah. Perjalanan menuruni Cameron Highland berjalan lancar. Pelbagai tips diberi oleh Usop dan Amar untuk menghilangkan rasa pening dan muntah semasa di dalam bas. Mereka agak bijak dengan memakan pil tahan pening sebagai persediaan. Aku hanya memejamkan mata sepanjang 46km dari Tanah Rata itu.

makan depan heater
depan tol Lembah Beringin

Itulah sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan bersama. Untuk lebih merasainya, eloklah pergi sendiri dan lihatlah betapa indahnya ciptaan Tuhan di atas sana.

Wassalam

Sunday 15 June 2008

Allah itu Maha Adil

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah swt

Terima kasih kepada Allah swt kerana masih mengekalkan kita dalam kalangan orang Islam dan beriman. Tak lupa atas segala nikmat dan rahmatNya yang tidak terhitung saat ini.

Allah swt bersifat Al-Wahhab iaitu Maha Memberi. Tiada makhluk yang dapat mengatasi sifat memberiNya, inilah iman kita. Allah swt memberi tanpa meminta. PerbendaharaanNya tidak berkurang sedikitpun jika semua makhluknya diberi semua yang dihajatkan. PemberianNya tidak bersifat pilih kasih. Semua yang diberi kepada hambaNya adalah mengikut apa yang terbaik buat hambaNya.

Seringkali pemberian Allah kepada kita berbeza-beza. Berbeza mengikut keperluan kita semua. Ada diantara kita yang kaya, ada pula yang miskin. Ada yang pandai ada pula yang kurang pandai, dan bermacam lagi. Dengan semua ini, adakah ini menunjukkan Allah itu pilih kasih? Hanya memberi 'kebaikan' kepada segelintir hambaNya. Sedangkan begitu banyak yang mendapat 'keburukan'. Yang kaya terus menjadi kaya, yang miskin makin melarat. Yang bijak menipu yang kurang bijak, yang kuat membuli yang lemah.


Tentu sekali Allah itu tidak bersifat pilih kasih. Pada pandangan manusia, begitu banyak perkara yang dianggap keburukan. Miskin, kurang pandai, lemah dan bermacam lagi nilai negatif termasuk dalam kategori keburukan. Sedangkan keburukan bukanlah terbatas kepada perkara sebegitu semata-mata. Ada kalanya menjadi kaya adalah keburukan jika kekayaan yang dimliki tidak diperolehi daripada sumber rezeki yang halal. Apa pun, kita perlu sedar, sebagai hamba, ilmu yang kita milki amat terbatas. Kita tak dapat secara 100 peratus menilai ketentuan yang telah Allah tetapkan atas kita.

Adakalanya yang kita rasakan baik untuk kita itu sebenarnya tidak baik untuk kita dan adakalanya yang kita rasakan tidak baik untuk kita itu sebenarnya baik untuk kita. Pasti kita pernah merasai semua ini. Tatkala yang kita harapkan tidak tercapai, yang dielak pula yang datang, lalu kita pun mengeluh dan bersedih. Namun akhirnya kita sedar jua bahawa yang dielak itulah yang memberi manfaat.

Jika kau memandang segalanya daripada Allah
Yang menciptakan segalanya Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sebab sakitnya hatimu

Yang membuatkan keinginanmu terhalang
PASTI akan damai hatimu jika kau sedar

Masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu dan hancurnya hatimu
TAPI mungkin itu yang DIA mahukan
Kerana DIA tahu hati yang begitu selalunya lebih dekat dan akrab padaNya
Allah loves you unconditionally,
What about you?




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
~Al Baqarah - 216~


Teringat kata-kata saudara Izuan aka Shuib Muscom 0809 pada tazkirah subuh yang lalu.

"Jika kita tahu apa yang terbaik buat kita, sudah pastilah kita tidak akan pernah sedih"

Betul juga apa yang Izuan cuba sampaikan itu. Andai kita tahu yang terbaik untuk kita, apa ertinya perasaan sedih yang Allah ciptakan untuk makhluknya. Andai semua dalam perancangan kita itu baik, dimana letaknya keindahan hidup itu. Bukankah hidup akan lebih bermakna jika diuji oleh Allah. Lagipun ujian yang Allah timpakan kepada kita bukanlah sekadar ujian semata-mata bahkan terdapat ganjaran besar yang menanti hambaNya yang bersabar di akhirat sana.

Allah selalu beri apa yang terbaik buat kita. Oleh itu tiada sebab untuk bersedih. Andai ujian yang ditanggung terlampau berat untuk dibawa, mintalah pertolongan dari DIA.

Don't be sad Hisham
Don't be sad my friends

Moga bermanfaat

Wassalam


Thursday 12 June 2008

X sure tajuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Agaknya dah lama tak tulis post. maaflah wahai blogku andai aku kurang istiqamah. Jika dulu sibuk dengan exam, sekarang sibuk dengan benda lain.hehe..

Chaletmateku, saudara Muadz bercadang untuk pulang hari ni. Entah macammana suasana chalet aku nanti tanpa muadz. Maksud aku, siapa nak tolong kejut aku bangun subuh.Nampaknya dalam satu minggu yang mendatang ni, terpaksalah berdikari bangun subuh sendiri sebab selalunya Muadz yang mengejutkan aku. Apepun, kepada Muadz, semoga selamat sampai ke rumah. Jangan lupa datang 4 Awards Day pulak. :)

Pada mulanya aku juga bercadang untuk pulang, mengangkut barang-barang yang banyak ke rumah secara dua trip. tapi disebabkan harga minyak naik secara 'kejam' menyebabkan harga tambang bas naik melebihi 100 peratus membuatkan aku membatalkan hasrat pulang lebih awal. Nampaknya, begitu banyak barang yang perlu aku tinggalkan di kolej tercinta ni.:(

Parents aku tidak dapat hadir pada Awards Day yang akan datang atas masalah transport dan sebagainya. Adakah parents aku sahaja yang tak dapat hadir? Seronok rasanya jika parents ada disisi semasa menerima sijil berhenti kolej. Aku bukannya menyalahkan parents aku, cuma sedikit cemburu dengan orang lain yang tinggal dekat dengan Tanjung Malim membolehkan parents mereka dapat hadir tanpa banyak masalah.

Sekarang dah 3 hari aku free dari A level. Dan semakin banyak pula senior yang menyertai group 'bebas' ni. Hari ni saja, para pelajar aliran sains bakal menamatkan exam mereka dan bakal disertai oleh para pelajar arts pada esok hari. Yang pasti semua orang akan tamat exam A level pada esok hari, yang tinggal hanyalah beberapa pelajar further yang membuat keputusan berani mengambil kertas soalan STEP paper yang dijangka berlangsung pada 23Jun nanti(correct me if i'm wrong)

Bak kata Jimah pada sesi tazkirah Asar yang lalu, manfaatkan masa selepas exam dengan baik. Jangan melepaskan stress exam dengan menonton movie secara berlebih-lebihan sebaliknya lakukannya secara bersederhana. Jangan jadikan cinta kita kepada ibadah itu bermusim, hanya mekar ketika menghadapi exam namun layu bila tamatnya exam.

Sekian sahaja coretan di ruang membaca akhbar RC ni. Maaf la kerana tiada isi khusus dalam post kali ni. Hanya menulis apa yang terlintas di minda.


Wassalam

Sunday 8 June 2008

last paper

بسم الله الرحمن الرحيم

A level untuk aku bakal berakhir esok hari. Jika dulu dimulakan dengan fizik paper 5, esok ia bakal diakhiri dengan fizik paper 4. Dipertengahan diserikan dengan dua paper further. Macam tak sabar nak menantikan hari esok, bukan kerana sudah terlalu yakin untuk paper 4, tapi cemburu dengan seorang rakanku sesponsor aku yang dahpun habis exam sejak Khamis yang lalu, saudara Syafiq Topaz.

Terfikir sejenak, apa yang aku nak buat bila dah habis exam? Sesungguhnya aku belum merancang apa-apa untuk aktiviti selepas exam. Ramai yang bercadang nak melantak tengok movie, nak joging setiap pagi dan petang, nak ganti tidur, nak buat blog etc.

if you fail to plan, you plan to fail

Nampaknya aku perlu merancang. Jika gagal merancang maknanya aku merancang untuk gagal. Yang pastinya, aku taknak masa selepas examku dihabiskan dengan menonton movie. Ko menjadi saksi wahai blog, sebagai rancangan pertama, aku ingin membaca habis at least satu buku english.hehe..


Terdengar juga ada beberapa orang yang nak terus balik rumah selepas habis exam. Mungkin sebab dah lama tak tengok rumah sendiri. Aku pun, sedar tak sedar, dah lebih dua bulan tak balik rumah. Tak hairanlah kenapa mak aku selalu bertanya bila aku akan balik. Kesian kat mak, mesti mak rindu sangat kat aku. InsyaAllah anak mak ni takkan habiskan masa menghiburkan diri secara berlebih-lebih semasa mak menunggu di rumah. Nantikan kepulangan anak mak ni. :)

Afiq ada berpesan, dalam masa seminggu lepas habis exam nilah, kita patut sangat menghargai masa bersama kawan. Nanti bila dah keluar, ada kemungkinan takkan bertemu lagi. Masing-masing akan bertemu kawan baru di tempat baru. Harapnya, ukhuwwah yang terbina disini bukanlah sebegitu. Walaupun mendapat kawan baru, kawan lama tetap dihati. :)

Jika kita ada matlamat yang sama, maka kita akan lalui jalan yang sama dan InsyaAllah kita pasti akan bertemu lagi nanti.

Fikirkanlah. Moga bermanfaat

Wassalam

Saturday 7 June 2008

Quotes...

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah swt

Macam dah lama tak update wahai blogku. Aku menyibukkan diri dengan persiapan menghadapi fizik paper 4 pada Isnin ni. Ramai menjangkakan paper 4 nanti bakal mempersembahkan soalan2 susah seperti paper 4 chem, P3 dan Further Pure. Harapnya tidaklah seperti yang dijangkakan. Apepun, preparation perlu dibuat walau senang macammanapun soalan tu nanti. Bak kata Muadz, sediakan payung sebelum hujan.

Dalam tempoh dua minggu yang lepas, begitu banyak kata-kata atau quotes yang baru aku pelajari. Jadi pada kesempatan ini, ingin sekali berkongsi sedikit quotes yang menarik yang aku rasa mampu memotivasikan kita.


Jika kita tahu apa yang terbaik untuk kita, tentu kita tidak akan pernah sedih.
~Izuan Syuib 0809~
-tazkirah subuh-

With great power, comes great responsibility
~Afiq ex-pres muscom~
-inspirasi dari filem Spiderman-
-usrah "the law of time"-

Tanggungjawab yang kita ada buat melebihi masa yang kita miliki
~Hazman ex-pres SC!
-kata2 Hasan AL Banna-
-Usrah "the law of time"-

Jangan difikirkan kebaikan yang akan datang kelak akan menyesal jika tidak mendapatnya
Jangan difikirkan keburukan yang akan datang kelak akan merana sebelum tiba masanya
~Rodhi pakar video~
-tazkirah Asar~

Hidup untuk berbakti biarpun dikeji
~Afiq ex-pres muscom~
-tazkirah Asar(gagak)-

Moga berguna dan bermanfaat

Wassalam

Wednesday 4 June 2008

Oh Further Pure..

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah swt

Peristiwa semalam sudah menjadi sejarah buat kita. Mungkin peristiwa semalam(Isnin) akan terus aku ingati buat beberapa waktu ini kerana susahnya mengerah akal kurniaan Tuhan bagi menjawab soalan-soalan Further Mathematics. Ramai yang menduduki exam semalam mengatakan ke'weird'an soalan yang keluar. Aku tidak terkecuali. Bagi aku, paper 1 further memang horror. Soalan satu dah cukup membuatkan aku hilang semangat dengan soalan yang tidak pernah aku pelajari basicnya. Aku terjumpa dengan cikgu Further aku, Mr Micheal Alderson sejurus selepas meninggalkan dewan. Aku tanpa segan silu(seperti biasa) mengeluh tentang kepayahan soalan semalam. Ternyata Mr Micheal turut berpendapat sedemikian. Katanya, soalan satu dan dua memang tak dijangka akan masuk..At least resah di hati berkurang mendengar kata-kata 'semangat' cikgu kesayangan. Apepun, yang sudah berlalu itu harus dibiarkan. Cumanya kita especially aku patut mengambil sebanyak mungkin pengajaran dan hikmah daripada peristiwa semalam.

Sebuah pengajaran yang baru aku pelajari sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Seperti biasa, semua calon sibuk membuat the-very-last-preparation sebelum bergerak masuk ke dewan. Ramai yang sibuk mengingati semua formula dan rumus yang ada serta kaedah menjawab. Semasa aku cuba menenangkan diri mengingati kembali semua itu, tiba-tiba saudara Acipz mencelah

Macammana nak cari centroid untuk volume?

Aku dengan selamba menjawab

Ala tak masuk silibus pun

Kami(ade ramai berkumpul kat situ) terus mengabaikan persoalan Acipz. Takdir Allah, soalan yang Acipz tanya tadi, disoal seawal soalan pertama! Aku terkesima. Secara paksarela, aku meninggalkan soalan 'tak masuk silibus tu'. 4 markah berharga hilang seawal soalan pertama. :( Momentum semangat aku merendah dengan cepat gara-gara soalan satu tu. Pengajarannya, jangan ambil mudah suatu perkara. Mungkin masa sebelum masuk dewan tu, Allah nak beri petunjuk kepada kita dengan disoal soalan-soalan pelik, cuma kita tak tahu, sebab ilmu kita terbatas. Aku memang menyesal tak cuba melayan soalan Acipz tu, sedangkan ade orang lain kat situ yang tahu cara menjawab soalan sebegitu..memang rugiii.. Pesan aku pada diri dan rakan, jangan kita ulangi lagi perkara macam ni. Jangan bataskan ilmu pada silibus sahaja. At last, kita yang rugi nanti. Macam aku.huhu

Walau apapun yang terjadi, sebagai seorang Muslim, aku perlu yakin bahawa Allah swt tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Allah swt tahu apa yang terbaik buat aku kerana dialah pencipta aku. Ada perkara yang aku rasakan baik buat aku padahal sebenarnya tidak. Begitu juga sebaliknya. Yang pastinya, ujian dari Allah swt ni menuntut aku bersabar. Allah nak uji sejauh mana aku menghadapinya. Mungkin Allah simpan kejayaan aku untuk suatu masa nanti, Wallahu 'alam. Bilamana diuji, jangan melenting, menyalahkan orang lain, menyalahkan soalan, menyalahkan masa, menyalahkan pen, menyalahkan cikgu yang kedekut bagi kertas. Semua ni tak menunjukkan ciri kita sebagai muslim sejati. Biarlah kita diuji sebesar manapun, jangan sampai kita mencemarkan Islam dengan reaksi spontan kita. Bukankah orang yang lebih banyak diuji itu lebih Allah sayangi?

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Moga bermanfaat

Wassalam


Sunday 1 June 2008

First Video





Saja nak try letak video. Tengoklah, menarik jugak video ni. :)
Download lagi bagus. Boleh tengok selalu