Sunday 14 December 2008

Cuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Hari ni akan bermulalah episod kembara aku ke PUISI. Banyak destinasi yang akan kami singgah dalam kembara julung kali buat aku di United Kingdom ni

Bersempena kembara ni, kemungkinan besar blog diam dalam bicara ni tidak akan di update sehinggalah tahun depan.

Selamat Tahun Baru kepada semua.

Wassalam

Wednesday 10 December 2008

Blogger Felda bertambah =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Hanya sekadar nak mengumumkan kemunculan blogger baru dari KYUEM. Merupakan rakan setajaanku dalam Felda Holdings. =) Jom support.

http://www.childrenscause.org/admin/Editor/assets/blogger%20logo.jpg

http://www.eigenzone.blogspot.com/

Wassalam

Monday 8 December 2008

Salam Aidiladha 1429H

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


Salam Aidiladha kepada keluarga di Malaysia, sanak saudara, rakan dan sahabat dari SKPM, Saina, KMJ, KYUEM dan University of Southampton, juga kepada sesiapa yang mengenali penulis blog diam dalam bicara ni. =)

Wassalam

Sunday 7 December 2008

Ke"fungsi"an hambaNya

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

"Katakan kita ni pencipta kepada sebuah robot"
Najib memulakan analoginya dalam menerangkan konsep manusia sebagai Hamba Allah swt.

http://allnum.typepad.com/aigoblog/images/robot.jpg

"Tugas robot ni hanyalah memasak ayam masak merah kepada kita setiap hari. So robot ni hanya akan terus berguna dan berfungsi kepada kita selagimana dia memasak ayam masak merah kepada kita"

"Jika sampai suatu ketika, robot ni dah tak mampu/boleh menyediakan kita ayam masak merah tu, maknanya dia sudah tidak berfungsi lagi. Dan bila tiba masa tu, boleh sahaja kita gantikannya dengan robot yang lain"

.....

Analogi di atas adalah berkaitan kita dengan Allah. Allah sebagai pencipta semua makhluk dan kita sebagai hambaNya.

Allah memberikan tugas kepada kita di muka bumi ni iaitu antaranya beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Jika kita melaksanakannya, maka kita masih "berfungsi" kepada Allah. Jika tidak, maka apa fungsi kita kepada Allah? Dan tak mustahil bagi Allah untuk menggantikan kita dengan umat lain yang sanggup melaksanakannya.

Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.
An-Nisaa : 133

Wassalam

Wednesday 3 December 2008

Tutorial : Image link

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Biasanya untuk website2 yang special, kita akan letak image untuk link-kan user kepada website tersebut. Macam yang selalu kita lihat, link ILuvIslam menggunakan image ini

http://www.iluvislam.com/projects/images/icon_iluvislam.png

Kita juga boleh menghasilkan link seperti itu hanya dengan mengikut beberapa prosedur mudah. Ini cara yang baru aku explore, jika ada cara yang lebih mudah, bolehlah kongsi ramai2. =)

Firstly, pastikan anda ada image yang anda ingin jadikan sebagai link.

Jika image tersebut adalah buatan sendiri(dari laptop atau PC), upload dulu image itu ke dalam internet(aku gunakan photobucket).

Jika image itu dari mana2 website, sila right click pada image tu dan pilih view image.

Copy link location(direct link) untuk image yang anda inginkan itu

link kat arrow tu

Then letakkan ke ruang berwarna MERAH dalam coding html di bawah


kena taip dulu code di atas dalam notepad atau ms word..yang di-bold-kan tak perlu taip

Copy and letakkan alamat website/blog yang anda nak link-kan ke ruang berwarna BIRU dalam coding html di atas.

Anda boleh tulis apa saja pada ruang berwarna HIJAU sebagai description kepada image link tersebut.(aku sendiri tak pasti apa tujuan yang HIJAU tu. Nak abaikan pon xpe).

Bila dah siap edit coding html di atas, copy and paste ia ke HTML/Javascript di blog anda(kat bahagian gadjet tu)

Selamat mencuba dan maju jaya. =)

Moga bermanfaat

Wassalam

Tuesday 2 December 2008

AWAS antivirus2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

"Usrah bukan sekadar untuk kita membincangkan perkara-perkara keagamaan semata-mata"

Semua yang ada terkejut mendengar ayat pendahuluan saudara Rodhi sebentar tadi. Lantas semua terus memberi perhatian kepadanya untuk mendengar ayat seterusnya.

"Aku nak kongsi sedikit pasal IT ni memandangkan dah ada orang yang terkena"

Aku semakin tertarik walaupun aku sudahpun tahu mengenai insiden itu.

"Ada seorang sahabat kita kerugian ~GBP30 gara-gara membeli suatu perisian antivirus bernama ANTIVIRUS 2009. Jadi aku nak pesan, lepas ni kalau ada permintaan dari mana2 web menyuruh anda meng-install ANTIVIRUS 2009, lebih baik abaikan."

Aku mendengar sendiri cerita ini daripada rakanku itu pada petang tadi, sebelum Rodhi memberi peringatan. Dia kehilangan GBP30 dan terpaksa menukar debit kad yang baru akibat terkena permainan siber bernama ANTIVIRUS 2009. Katanya, itu bukanlah antivirus sebenar malah merupakan satu spyware yang agak bahaya.

Dia menyarankan kepada sesiapa yang terkena, cuba install perisian "spyHunter" untuk memulihkannya.

Mungkin ada yang pernah terdownload dan install "antivirus" ni. Rasanya tak perlulah risau sangat selagi anda tidak membeli perisian itu. Cuma perlu uninstall sahaja untuk mengelakkan masalah. Rakan aku membeli perisian itu tapi yang didapatinya adalah satu lagi spyware! Dan dalam statement bank dia, caj GBP30++ dicetak atas nama suatu produk yang dia pon tak pasti(kena tipu la ringkasnya).

Debit kad dia terpaksa ditukar disebabkan security number dan card numbernya dah terdedah pada sumber yang tak boleh dipercayai.

Moga kita dapat mengambil pengajaran dan tindakan.

Pesan Rodhi
"Check dulu sebelum install apa2 dalam laptop/komputer"

Wassalam

*ayat dialog di atas mungkin tidak sama dengan yang disebut semasa kejadian. Tapi insyaAllah maksudnya tak lari. =)


Sunday 30 November 2008

Random pictures

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Berikut adalah gambar2 random yang diambil secara suka-suka. Tiada tajuk spesifik yang mampu aku fikirkan untuk merangkumi semua gambar-gambar ni.

dari depan Muslim Prayer Room..

hasil lab Workshop..nampak simple tapi memang memenatkan bila disuruh gergaji besi tu

Aslam n Apeng masa lecture Thermodynamics.
Masa ni kami kena dok kat belakang sebab lambat sikit =)
memang susah nk fokus bila kat posisi belakang.
Paham-paham je

Mendengar ceramah UZAR berkaitan krisis ekonomi
banyak menyentuh pasal RIBA

Diambil masa tengah tak paham dengan apa yang diajar(memang selalu kot)
Lecturer Materials ni memang laju berkata-kata. =)

Ice skating di Soton!

Teman dikala bosan

Montefiore 2
Tempat menginap sesi 0809

diambil masa tengah tunggu bas nak balik hall
masa ni jam pukul 11 kot

Dari dalam bas(tingkat atas bahagian depan)
agak best bila dapat dok kat seat depan ni.

Mungkin tidak bermanfaat
=)

Sedikit sebanyak realiti hidup di Soton.

Terpulang untuk menilai
Seronok atau tidak

Wassalam


Friday 28 November 2008

Nak ajar atau nak Didik?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Antara subjek yang aku perlu belajar pada semester pertama ni adalah Mechanics of Solids(MoS). Semasa di Kyuem dulu, memang mechanics merupakan antara subtopic further mathematics yang agak susah dan kompleks. Walaupun begitu, menjawab soalan2 mechanics sangat menyeronokkan. =) Kepuasannya amat terasa jika jawapan itu hadir dari usaha berterusan bersendirian.

Pengalaman menjawab soalan further mechanics pada A level yang lepas rupanya akan berulang lagi dengan subjek MoS ni. Tidak semua yang aku belajar di sini merupakan apa yang pernah aku belajar dahulu, malah lebih banyak yang baru dipelajari berbanding yang lama. Cukuplah dengan konsep stress, strain, shear stress, shear strain dan Mohr's Circle yang masih belum sepenuhnya difahami. Walaupun pernah bersua dengan istilah stress dan strain dalam subjek Fizik dahulu, nampaknya ilmu lama itu juga belum dapat dikuasai. Itulah yang agak merisaukan diri. Ternyata ilmu baru ini belum dapat diasah setajamnya apabila diri mudah saja 'mengalah' apabila cuba menjawab soalan tutorial.

http://upload.wikimedia.org/wikibooks/en/a/a0/Mohrscircle_Solid_Mechanics.png
Mohr's circle

Lecturer aku bagi subjek MoS adalah Prof Spearing. Pada pendapat aku, dialah antara guru yang paling sabar di sini. Semua kerenah pelajar dilayannya. Walaupun ada kalanya kerenah itu seolah-olah memperbodoh-bodohkan dia. Kagum melihat jiwa pendidik yang ada padanya. Niat dan keazaman dia amat tetap dan teguh.

Uniknya Prof Spearing adalah pada setiap sesinya, dia akan mengedarkan sticky notes kepada setiap pelajarnya. Tujuannya untuk membolehkan pelajar memberikan feedback kepada apa yang dipelajari pada hari itu. Seperti biasa, tidak semua mengambil serius dengan caranya. Tak sedikit yang menulis yang bukan2 pada sticky notes tu. Ada juga segelintir pelajar berjiwa pelajar yang memanfaatkan cara itu. Pada mulanya aku merasakan cara ini hanya membuang masa tetapi setelah lebih 2 bulan berlalu, ternyata ia mula memberi kesan pada aku(walaupun jarang sekali aku menulis pada sticky notes tu).

Pernah aku bersembang dengan senior di sini tentang mengajar dan mendidik. Katanya, sekarang ni ramai orang pandai mengajar tetapi sedikit sekali yang pandai mendidik. Kita boleh mengajar banyak orang dengan ilmu yang kita ada namun untuk mendidik orang, susah jika hanya berbekalkan ilmu. Dulu aku menganggap mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang sama, cuma perkataan yang berlainan. Mendengar kata2 seniorku itu mencetuskan satu ilmu berguna pada aku. Aku tak nak hanya menjadi orang yang mengajar orang, tapi juga nak menjadi orang yang tahu mendidik orang.

Mengajar orang itu mudah, tapi untuk mendidiknya adalah susah. Kadangkala memerlukan pengorbanan, kesabaran dan keazaman. Aku dapat lihat jiwa pendidik pada diri Prof Spearing. Jiwa sebeginilah yang patut ada pada diri Muslim. Berdakwah bukan untuk melahirkan lebih banyak orang tahu, bahkan untuk mewujudkan lebih ramai orang yang tahu, mahu dan mampu.

Apa kata hati?
Nak ajar atau nak didik?


Moga bermanfaat

Wassalam

Tuesday 25 November 2008

Nostalgia - Nasyid

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Lagu ni pernah divideoklipkan oleh house Garnet suatu masa dulu. =)



Nostalgia - Shoutul Amal


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com

Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah

Monday 24 November 2008

Dugaan sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Aku baru menerima berita yang agak menyedihkan daripada seorang rakan di Malaysia. Mungkin kurang menyedihkan buat aku, tetapi aku pasti orang yang terkena di sana pasti sangat sedih dan geram dengan kenyataan itu. Boleh baca artikel ni [klik untuk baca] jika ingin mengetahuinya dari orang yang terlibat.


Kenapa baru sekarang?
Kenapa memberi harapan menggunung sebelum ni?
Dimana keprihatinan orang atasan?

Aku sendiri buntu untuk memberikan langkah alternatif kepada dia. Hanya sokongan moral dari jauh yang mampu diberi buat masa sekarang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(2:286)

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(94:6)

Innallaha ma'as Sobirin

Semoga firman Allah di atas menjadi penyuntik semangat kepada rakan-rakan di sana. InsyaAllah ada orang dari jauh akan sentiasa mendoakan kebaikan buat anda semua.

Wassalam

Friday 21 November 2008

Usaha lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Baru sahaja pulang dari majlis "Bahulu & Belacan" anjuran Malaysian Student Association(MSA) di bangunan universiti tadi. Majlis diadakan bagi menyambut kedatangan penuntut baru di Soton terutamanya pelajar 1st year seramai 18 orang.

Selepas ni, masing-masing ada perancangan sendiri. Ada yang akan ke Birmingham, ada yang memilih untuk menikmati hujung minggu dengan menonton movie. Aku memilih untuk hanya berada di hall kesayangan =) Ada banyak kerja yang perlu aku selesaikan terutamanya assignment subjek Professional Engineering yang memerlukan aku menyiapkan 2 esei panjang mencecah 2500 patah perkataan. Memang aku agak lemah jika diminta menulis esei tapi jika masa yang diberikan itu panjang InsyaAllah tiada masalah. =)

Pada siang tadi, aku telah berjaya menghabiskan test module terakhir bagi subjek Mathematics for Engineering Sciences. Maknanya lepas ni aku akan mempunyai free "block" pada setiap pagi Isnin dan Jumaat sehingga jam 12 tengahari.=) Bolehlah nak fokus kat subjek lain yang pada waktu ni aku merasakan agak "tunggang-langgang". Pernah ada sesorang berkata pada aku

"Lebih baik orang yang tahu dia ada masalah berbanding orang yang sebenarnya ada masalah tapi dia tak tahu" (lebih kurang la)

Masalah aku ni berpunca dari aku sendiri, bukan dari lecturer, bukan dari kawan-kawan dan bukan dari sesiapapun. Lagipun, apa guna nak menyalahkan orang lain jika diri sendiri tak ingin berubah. =)

Moga hujung minggu ni dapat aku gunakan dengan sebaiknya.

Harapnya kawan-kawan pun begitu. Kita minimakan tenaga dengkuran, dan maksimakan tenaga berfikir dan beramal. InsyaAllah.

Wassalam


Wednesday 19 November 2008

Input semalam

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Segar lagi dengan input daripada pengisian usrah semalam. Terpanggil untuk berkongsi walaupun sedikit apabila terkenangkan ayat konklusi saudara Helmi.

"Kalau tak dapat semua pon, sedikit pon jadilah"

Perbincangan semalam memfokuskan kepada surah As-Saff, surah yang ke 61 di dalam Al-Quran. Surah ini merupakan surah Madaniyyah dan mengandungi 14 ayat.

Adab dalam berusrah, kami mulakan dengan bertadarus secara bergilir-gilir. Walaupun setiap orang hanya membaca sekurang-kurangnya satu ayat, secara tak langsung muhasabah diri berlaku di situ. Terasa betapa rendahnya kekerapan diri melantunkan ayat suci al-Quran. Begitu banyak masa terluang kepada perkara duniawi. Quran beserta terjemahan hanya diselak beberapa kali.

Satu demi satu terjemahan ayat diperdengarkan. Banyak yang 'terkena' pada diri. Dalam ayat ke-2, Allah swt memberi amaran kepada orang beriman tentang perkataannya yang tidak disertai dengan amal. Amat BESAR kebencianNya pada orang sebegitu.

Naqib cuba menerangkan secara lebih praktikal tentang ayat ketiga supaya setiap ahli dapat memahami kandungan ayat ke-3 secara lebih mendalam. Kalau dalam kehidupan, seboleh-bolehnya kita hendakkan tiada orang membenci kita. Sebab kita tahu bahawa hidup dalam keadaan dibenci sememangnya susah. Jika tidak secara lahiriahnya, batiniahnya pasti terseksa. Hidup dibenci orang memungkinkan seseorang sampai kepada tahap ingin membunuh diri. Bagaimana pula jika hidup dibenci Tuhan semesta alam?

Dalam ayat 10-13, Allah swt memberitahu orang-orang beriman suatu perdagangan yang sangat menguntungkan. Bukan sahaja dilepaskan dari azab yang pedih, bahkan kurnia yang amat kita sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Untuk memperoleh semua itu, Allah menyuruh kita beriman denganNya dan RasulNya serta berjihad dengan harta dan jiwa kita.

Kenapa jihad dengan harta dulu, kemudian barulah jiwa? Banyak orang pada masa kini memilih untuk berjihad dengan jiwa. Dalam perkara kemungkaran, mencegah dengan HATI seringkali menjadi pilihan. Dalam bab mengeluarkan harta untuk agama, tidak banyak sanggup melakukannya. Jadi ini antara seruan Allah untuk kita lebih banyak berjihad dengan harta.

Bagi aku, surah As-saff ni amat sesuai untuk kita sentiasa hayati ayat-ayat di dalamnya. Malah adalah lebih baik kalau kita semua menghafal surah ini supaya menjadi ingatan kita pada setiap masa.

Moga bermanfaat dengan ulasan ringkas ini.

M N Hihamuddin Yusof
University of Southampton

Thursday 13 November 2008

Salad pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam



Do you still remember "good morning" in Malay?

Is it "salad pagi"?


Aslam dan aku terus tergelak mendengar reaksi spontan Nathan menjawab soalan Aslam.
Kami berhenti setelah seketika bagi mengelak Nathan terasa hati.

No. Its "Selamat pagi". Not "salad pagi"

Salad is the thing that we(aku,Idris dan Aslam) always eat everyday.


Okay then...


Perbualan ni berlaku semasa kami sama-sama menyiapkan dinner. Menu dinner tadi adalah Tomyam Ayam. =) Agak sedap rasanya..

Nathan adalah salah seorang flatmate kami di Blok 14D ni. Biliknya betul-betul di depan bilik Aslam. Berasal dari Vietnam tapi tinggal di London. Sangat fasih berbahasa Inggeris. Juga merupakan pelajar kejuruteraan seperti kami tetapi khusus dalam bidang Aerospce.

Berbual dengan Nathan sedikit sebanyak membantu aku memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris aku. Semasa sesi pembelajaran, aku agak jarang berbual dengan rakan-rakan sekelas. Mungkin sebab tidak sekepala ataupun belum biasa. Setidak-tidaknya perbualan dengan Nathan walaupun sekejap, menampung "diam" aku di kelas.

Kata Aslam kepada Nathan semalam

"One day one word"

Pesan aku kepada aku
PAKSA diri berbahasa Inggeris, barulah nanti akan datang BIASA
One day one sentence(taknak kalah)
InsyaAllah...

Datang dengan HARAPAN
Ku ingin pulang bersama KEJAYAAN

Wassalam

Wednesday 12 November 2008

Epilog Silam - NASYID

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


Epilog Silam - Haikal


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Sunday 9 November 2008

Akhlak Itu BukanLalang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Akhlak itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu lapang
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlak itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlak
Itulah Syariah, Agama yang Haq

~Ustaz Hasrizal~

Dipetik daripada www.saifulislam.com dibawah artikel Akhlaq Itu Bukan Lalang

Wassalam


Friday 7 November 2008

Mungkin ini Math

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Baru sahaja habis menduduki weekly test untuk subjek Mathematics for Engineering Sciences. Alhamdulillah, berkat usaha bersama-sama Aslam semalam menelaah module 8 membuahkan hasil dengan keputusan yang baik. =) Post kali ni hanya berkaitan math. Boleh dijadikan ilmu tambahan ataupun modal jika nak bercakap pasal math dengan orang yang minat math atau dengan orang yang tengah bosan atau dengan orang yang tak pasti apa yang dia suka atau.....

Letters ‘
a‘, ‘b‘, ‘c‘ & ‘d‘ do not appear anywhere in the spellings of 1 to 99(Letter ‘d‘ comes for the first time in Hundred)
Letters ‘
a‘, ‘b‘ & ‘c‘ do not appear anywhere in the spellings of 1 to 999(Letter ‘a‘ comes for the first time in Thousand)
Letters ‘
b‘ & ‘c‘ do not appear anywhere in the spellings of 1 to 999,999,999(Letter ‘b‘ comes for the first time in Billion)

And Letter ‘c‘ does not appear anywhere in the spellings of entire English counting!

if you dont believe that,try writing the numbers!

source : http://justsimplestuff.wordpress.com

mungkin membosankan
apakan daya...
(",)

Wassalam

Tuesday 4 November 2008

Melangkah yakin...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


Where is my kids???

~~~~~~~

Disaat lapang setelah melalui hari yang meletihkan
Selasa minggu ini ditempuhi dengan jayanya. =)
Moga terus diberi kekuatan olehNya

Thanks Azri YB
Thanks Zaim


Atas nasihat tempoh hari. =)

Wassalam

Sunday 2 November 2008

Sendiri - SAUJANA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


sendiri - SAUJANA

Album : Rahsia
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Reff :
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan

( Back to reff :)

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.

Wassalam


Wednesday 29 October 2008

PimpMySearch

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

If you all are so boring with the title "google" on GOOGLE website page, now its not a problem anymore. I learn this from my senior here and I'm so excited to share it with you all.:) Here is the example.



I can change the "google" text to any text that I want. Interesting right? You should try yourself. Just log on to http://www.pimpmysearch.com and make this website as your homepage(if you want so). If you want to change the text, just click the "change logo text" and type your own text.

Enjoy it. =)

Wassalam

Monday 27 October 2008

Ada apa dengan UOS

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam

UOS=University of Southampton


Atas permintaan 'adik2' beberapa hari yang lepas(dah lebih seminggu rsenya), post kali ni sedikit sebanyak menyelitkan panorama dan gambar-gambar 'indah' di soton. :) Aku minta maaf kepada 'adik2' atas kelambatan mengeluarkan post ini.



Intro to UOS

Ni main building aku, Idris dan Aslam

Entrance School of Engineering Science

Bangunan Ship Science(Aslam)~sorang2

Sport Centre(mcm MPH kt KYUEM)
dari luar nampak kecik tapi kat dalam besar sebab bangunan ni gne space bawah tanah

SUSU union shop(ala2 koperasi)
Kt depan ni slalu ade jualan berhadiah newspaper tempatan
murah + dapat free gift


binaan pelik yang sampai sekarang aku xtau tujuannya
4 tiang tinggi empat segi


kawasan rehat & lepak2

bas kebanggaan warga Soton
Free untuk sesiapa yg tinggal kat Hall


Laluan ke Muslim Prayer Room


biarlah gambar ni berbicara..

Surau Soton
Karpet agak 'kotor' sebab kena sabotaj masa bulan Ramadhan dulu


Panorama depan surau
cantik kan?

Hartley Library


....=)....

Setiap tempat ada keistimewaannya. Gambar2 di atas hanya sebahagian sahaja daripada apa yang ada di Soton. Kepada para Junior, tak rugi kalau anda ke Soton. Untuk semua, jika tidak ke sini untuk belajar, apa salahnya dengan sekadar datang melawat tempat ni. :)

Sebenarnya, aku pun x habis melawat tempat best kat soton ni. Tunggu masa yang sesuai(entah bila la).

Harapnya permintaan "adik2" dipenuhi dengan post ni.

Wassalam



Perjalanan masih jauh

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


Perjalanan masih jauh

Baru sebulan berada di Southampton
Lagi 2 bulan untuk ke PUISI
Lagi 8 bulan untuk pulang ke Malaysia
Lagi 3 tahun 8 bulan untuk dapat Ijazah
.........
.........

Dengan izin Allah swt,
Semua ini bisa dilalui,
Andai ajal belum tiba

*peringatan buat diri

Sunday 26 October 2008

Satu Tekad

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam





UNIC - SATU TEKAD - UNIC

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Thursday 23 October 2008

Nombor baru...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Setelah lebih kurang sebulan aku menggunakan O2 sebagai line telefon bimbit aku, aku kini telah berubah ke arah Vodafone. :) Pada petang tadi aku telah memulakan proses menyewa line vodafone yang bakal aku gunakan untuk 18 bulan ke hadapan. Kini semakin ramai warga soton menggunakan vodafone termasuk aku dan Aslam.
Berikut adalah nombor telefon bimbit terbaru aku

+447733360830



Feel free to contact me!

Wassalam

Makna bacaan dalam solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"wahai Tuhan ku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu, kami lah hamba yang mengharap belas dariMu
"Ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dan dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

sumber : my computer(rujukan sebenar tidak dapat dikenalpasti)

Wednesday 22 October 2008

Drops of wisdom(1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

“The sincere person is the one who hides his good deeds just like he hides his evil deeds”

[Yaqub al-Makfoof]

"If you cannot be of benefit to the Muslims, then do not harm them; if you cannot make them happy, then do not make them sorrowful; if you cannot please them, then do not abuse them; and if you cannot praise them, then do not disparage them"

[Yahya ibn Mu’adh]

Source : qisas.com


Saturday 18 October 2008

TellMeWhy

بسم الله الرحمن الرحيم





In my dreams, Children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue, the fields are green
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why

Every day, I ask myself
what will I have to do to be a man
Do I have, to stand and fight
To prove to everybody who I am
Is that what my life is for?
To waste in a world full of war

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why,(why) cause I don't understand
When so many needs somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Just tell me why (why, why, why)

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)
Can someone tell us why we let the forests burn

(why why do we say we can?) tell me why
(why why is it still the same?) tell me why
(why why do we talk and run?) tell me why
can someone tell us why we let the ocean die

(why why do we always say?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never rain?)
can someone tell us why we cannot just be friends

(why why do we close our eyes?)
(why why do we really lie?)
(why why do we fight for land?)
can someone tell us why cause we don't understand
why why?

Ubah Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Aku tertarik dengan sajak yang diselitkan oleh Ustaz Hasrizal dalam ceramahnya. Sajak ini sebenarnya tertulis pada batu nisan seorang paderi. Namun, maknanya amat sesuai dijadikan pedoman buat kita semua. Ambillah sedikit masa yang ada untuk betul2 menghayatinya. :)

Ketika aku di usia remaja

Cita-citaku adalah untuk mengubah dunia


Tetapi apabila aku meningkat dewasa


Baruku sedar bahawa dunia tidak pernah berubah


Lalu ku sempitkan cita-citaku


Untuk melakukan perubahan ini kepada mengubah negara


Tetapi kulihat negara juga tidak berubah


Dan apabila badanku lemah berada di pembaringan


Aku meletakkan cita-citaku untuk melihat keluargaku berubah


Tetapi nyata merekajuga tidak berubah


Dan ketika di atas pembaringan


Nazak menunggu kematian


Buat kali pertamanya aku terfikir


Kalaulah yang pertama kuubah itu adalah diriku sendiri


mungkin dengan memberikan contoh teladan yang baik


Keluargaku akan dapat kuubah


Dan dengan sokongan daripada keluargaku


Mungkin aku dapat mengubah negara


Dan siapa tahu aku mampu mengubah dunia



Apabila ingin melakukan perubahan, fikirlah sebesar mungkin tetapi bertindaklah sekecil yang mungkin(tumpukan pada apa yang kita boleh buat iaitu dengan kita mengubah diri kita sendiri kepada yang lebih baik)

~Ustaz Hasrizal~



Moga bermanfaat

Wassalam


Friday 17 October 2008

Cerita lama

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Nak berkongsi sebuah cerita yang selalu menjadi modal tazkirah di Kyuem dulu.

Abdullah sedang mengembara di dalam hutan. Ketika asyik menikmati keunikan hutan, tiba-tiba muncul seekor harimau 'garang' di depannya. Dengan gaya terkejut dan gelabah, dia mengorak langkah, berlari dengan kencang untuk menyelamatkan diri. Malang baginya apabila sang harimau mengejarnya seolah-olah ingin memakannya.

Suatu rahmat menjelma apabila dia ternampak sebuah telaga di tengah-tengah hutan tersebut, maka dia pun membuat keputusan untuk menyembunyikan diri di dalam telaga tersebut. Tanpa berlengah, dia terus masuk kedalam telaga tersebut dan bergayut pada tali timba yang ada di situ. Malang menimpanya lagi apabila rupa-rupanya terdapat 2 ekor buaya ganas sedang menanti di dalam telaga itu.
Mujurlah dia sempat bergayut pada tali timba itu. Tak semena-mena, datang satu lagi ujian. Muncul pula 2 ekor tikus berwarna putih dan hitam, mengigit-gigit tali timba itu. Sekarang, Abdullah tidak mempunyai banyak pilihan. Di luar telaga, sang harimau sedang setia menanti. Di bawahnya pula, 2 ekor buaya ganas sabar menunggu. 2 ekor tikus itu pula sungguh rajin menggigit tali timba. Jika panjang tali timba itu, maka banyaklah masa yang dia ada. Jika tidak, habislah dia...


*olahan sendiri oleh penulis. watak juga adalah rekaan semata-mata

Mula-mula, maafkan aku jika olahan cerita ni kurang menarik. :) Versi asalnya mungkin lebih baik. Sebenarnya cerita di atas merupakan suatu analogi kehidupan kita sebagai manusia.

Abdullah itu merujuk kepada diri kita.
Harimau merujuk kepada malaikat maut
2 ekor buaya merujuk kepada malaikat raqib dan a'tid
2 tikus merujuk kepada siang dan malam
tali timba merujuk kepada jangkahayat kita


Malaikat maut sentiasa mengejar kita sehinggalah sampai ajal kita. Bila tiba waktu itu, nyawa kita akan diambil tanpa lengah, tidak cepat walau sesaat dan tidak lambat walau sesaat. Malaikat pencatat amal pula sentiasa mencatat amal kita setiap waktu. Tidak kiralah amal itu adalah kebaikan mahupun kejahatan, semuanya dicatat. Dan suatu masa nanti, ia akan didedahkan. Malam dan siang pula silih berganti, memakan jangkahayat kita. Semakin lama, jangkahayat kita semakin pendek. Masa yang kita ada kian singkat.

Sama-sama kita perbaiki diri dari semasa ke semasa.
Hargai masa yang kita ada untuk suatu tujuan dan perkara yang bermanfaat.

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
~Al-Munafiqun : 11~

Moga bermanfaat

Wassalam