Wednesday, 23 September 2009

Pulang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Sudah hampir tiga bulan aku berada di Malaysia untuk cuti musim panas tahun ini. Tiba masanya untuk kembali ke sana bagi meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar Muslim di sana. Walaupun dikatakan awal pulang berbanding sahabat2 satu batch yang lain, masa yang ada itu insyaAllah dapat digunakan untuk diri mencari momentum awal setelah begitu lama bercuti.

http://www.sanierungsexpertin.de/Bilder/Airbus-A380-Emirates-Airlines-Flug-Dubai-Burj-Al-Arab-Munk.jpg

Emirates menjadi pilihan untuk membawa aku pulang ke sana. Penerbangan dijadualkan pada jam 2 pagi bertarikh 24hb September 2009. Semoga semuanya nanti berjalan lancar. Amin~

Wassalam

Tuesday, 22 September 2009

Ini Benar...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Mungkin tiada sesiapa pun menyangkakan cicak boleh jadi spiderman. Sekarang dah terbukti.. =)

http://i.telegraph.co.uk/telegraph/multimedia/archive/01485/spiderlizard_1485653c.jpg

link

Tiada yang mustahil bagi Allah swt. SUBHANALLAH


Wassalam

Saturday, 19 September 2009

Salam Aidilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

http://farm3.static.flickr.com/2575/3923632022_92020c1d57_o.jpg

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Buat keluarga dan sanak saudara
Juga kepada sahabat-sahabat
Dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas daripada
Mohd Noor Hishamuddin Yusof
Johor

Wassalam

Wednesday, 2 September 2009

Funny Math

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Sengaja nak post gambar-gambar "funny math". Mungkin lawak tetapi para guru atau bakal guru bolehlah fikir-fikirkan cara bagaimana menghadapi anak-anak murid yang sebegini jawapannya. =)

http://www.daveyp.net/random/answers/funny-math-test-answer3.jpg

http://www.daveyp.net/random/answers/exam1-1.jpg

http://www.daveyp.net/random/answers/funny_math_1.jpg

http://www.daveyp.net/random/answers/funny_math_2.jpg

http://www.daveyp.net/random/answers/untitled.bmp

Wassalam

Sunday, 30 August 2009

Hanya Takdir- Inteam

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Video ni dicadangkan oleh saudara Hafizuddin untuk diselitkan dalam program SOP yang terpaksa dibatalkan dahulu. Nyanyian kumpulan Inteam, lagu bertajuk Hanya Takdir. Sama-sama kita hayati~



Wassalam


Saturday, 22 August 2009

Ketawa itu penawar duka

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Puisi di bawah ni dipetik daripada majalah tahunan KYUEM batch 9. Penghargaan kepada saudara Za'im atas sumbangan beliau. =)

http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/437828/2/istockphoto_437828_giant_smiley_big_smile.jpg

Orang pernah berkata,
Ketawa itu penawar duka,
benarkah ia?

Aku baru belajar Inggeris,
Lantas kubuat tafsiran terus,
Orang tak faham,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar berfesyen,
Rambut yang lurus ku"afro"kan,
Dipadankan dengan baju Melayu,
Orang rasa pelik,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar bernyanyi,
Lantas kunyanyi "key" yang tinggi,
Aku baru mencuba,
Orang mengadu sakit telinga,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar naik LRT,
Nak ke KLCC, aku menuju ke Gombak,
Sebelum itu aku tanya orang,
Orang kata aku bodoh,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar "sms",
Orang mesej tanya aku buat apa,
Aku kata, aku tengah sms la,
Orang kata aku loyar buruk,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa it penawar dukakah?

Aku baru belajar ikut peraturan,
Baju yang keluar, aku kedalamkan,
Kata guru, terserlah ketampanan,
Orang kata, terserlah ke"skema"an,
Lalu orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Aku baru belajar agama,
Orang yang berkonsert, aku ajak ke surau,
Belum apa-apa,
Orang ketawa,
Lantas,
Ketawa itu penawar dukakah?

Atas semua ini,
Aku ketawa,
Baru aku sedar,
Orang yang baru belajar,
Akan sentiasa diketawakan,
Kerana orang yang baru belajar,
Akan sentiasa berduka,
Kerana itulah kita perlu ketawa,
Kerana ketawa itu penawar duka,
Orang kata...

Wassalam

Friday, 21 August 2009

Ramadhan 1430H

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

http://farm3.static.flickr.com/2442/3838091183_601273473e.jpg

Bulan Ramadhan tiba lagi. Penghulu segala bulan dalam kalendar Hijrah. Bulan yang di dalamnya dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda untuk setiap amal ibadah dan kebajikan. Ramadhan menjadi medan tarbiyyah kepada setiap muslim untuk memperbaiki iman dan amal.

Puasa di bulan Ramadhan menjadi rukun Islam yang ketiga. Betapa pentingnya puasa sehingga menjadi salah satu daripada rukun Islam. Pasti terdapat hikmah yang hebat disebalik pengiktirafan Allah pada puasa di bulan Ramadhan ini. Sambutlah Ramadhan dengan hati yang gembira kerana pasti ada sesuatu yang Allah janjikan untuk kita.

Setiap tahun kita berpuasa, pastinya kita punya banyak pengalaman. Semasa kecil mungkin kita berpuasa kerana orang lain berpuasa ataupun atas arahan ibu bapa. Tahun demi tahun kita mula mengerti bahawa kita perlu berpuasa bukan kerana orang tetapi kerana ianya adalah perintah daripada Allah.

Semoga Ramadhan kali ini bermakna buat semua. Jom rebut tawaran yang Allah janjikan dalam bulan mulia ini.

http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs181.snc1/6020_1196446825266_1051324799_643042_5787890_n.jpg


SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM

Wassalam

 

Diam Dalam Bicara. Powered By Blogger © 2009 Bombeli | Theme Design: ooruc