Sunday 30 November 2008

Random pictures

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Berikut adalah gambar2 random yang diambil secara suka-suka. Tiada tajuk spesifik yang mampu aku fikirkan untuk merangkumi semua gambar-gambar ni.

dari depan Muslim Prayer Room..

hasil lab Workshop..nampak simple tapi memang memenatkan bila disuruh gergaji besi tu

Aslam n Apeng masa lecture Thermodynamics.
Masa ni kami kena dok kat belakang sebab lambat sikit =)
memang susah nk fokus bila kat posisi belakang.
Paham-paham je

Mendengar ceramah UZAR berkaitan krisis ekonomi
banyak menyentuh pasal RIBA

Diambil masa tengah tak paham dengan apa yang diajar(memang selalu kot)
Lecturer Materials ni memang laju berkata-kata. =)

Ice skating di Soton!

Teman dikala bosan

Montefiore 2
Tempat menginap sesi 0809

diambil masa tengah tunggu bas nak balik hall
masa ni jam pukul 11 kot

Dari dalam bas(tingkat atas bahagian depan)
agak best bila dapat dok kat seat depan ni.

Mungkin tidak bermanfaat
=)

Sedikit sebanyak realiti hidup di Soton.

Terpulang untuk menilai
Seronok atau tidak

Wassalam


Friday 28 November 2008

Nak ajar atau nak Didik?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Antara subjek yang aku perlu belajar pada semester pertama ni adalah Mechanics of Solids(MoS). Semasa di Kyuem dulu, memang mechanics merupakan antara subtopic further mathematics yang agak susah dan kompleks. Walaupun begitu, menjawab soalan2 mechanics sangat menyeronokkan. =) Kepuasannya amat terasa jika jawapan itu hadir dari usaha berterusan bersendirian.

Pengalaman menjawab soalan further mechanics pada A level yang lepas rupanya akan berulang lagi dengan subjek MoS ni. Tidak semua yang aku belajar di sini merupakan apa yang pernah aku belajar dahulu, malah lebih banyak yang baru dipelajari berbanding yang lama. Cukuplah dengan konsep stress, strain, shear stress, shear strain dan Mohr's Circle yang masih belum sepenuhnya difahami. Walaupun pernah bersua dengan istilah stress dan strain dalam subjek Fizik dahulu, nampaknya ilmu lama itu juga belum dapat dikuasai. Itulah yang agak merisaukan diri. Ternyata ilmu baru ini belum dapat diasah setajamnya apabila diri mudah saja 'mengalah' apabila cuba menjawab soalan tutorial.

http://upload.wikimedia.org/wikibooks/en/a/a0/Mohrscircle_Solid_Mechanics.png
Mohr's circle

Lecturer aku bagi subjek MoS adalah Prof Spearing. Pada pendapat aku, dialah antara guru yang paling sabar di sini. Semua kerenah pelajar dilayannya. Walaupun ada kalanya kerenah itu seolah-olah memperbodoh-bodohkan dia. Kagum melihat jiwa pendidik yang ada padanya. Niat dan keazaman dia amat tetap dan teguh.

Uniknya Prof Spearing adalah pada setiap sesinya, dia akan mengedarkan sticky notes kepada setiap pelajarnya. Tujuannya untuk membolehkan pelajar memberikan feedback kepada apa yang dipelajari pada hari itu. Seperti biasa, tidak semua mengambil serius dengan caranya. Tak sedikit yang menulis yang bukan2 pada sticky notes tu. Ada juga segelintir pelajar berjiwa pelajar yang memanfaatkan cara itu. Pada mulanya aku merasakan cara ini hanya membuang masa tetapi setelah lebih 2 bulan berlalu, ternyata ia mula memberi kesan pada aku(walaupun jarang sekali aku menulis pada sticky notes tu).

Pernah aku bersembang dengan senior di sini tentang mengajar dan mendidik. Katanya, sekarang ni ramai orang pandai mengajar tetapi sedikit sekali yang pandai mendidik. Kita boleh mengajar banyak orang dengan ilmu yang kita ada namun untuk mendidik orang, susah jika hanya berbekalkan ilmu. Dulu aku menganggap mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang sama, cuma perkataan yang berlainan. Mendengar kata2 seniorku itu mencetuskan satu ilmu berguna pada aku. Aku tak nak hanya menjadi orang yang mengajar orang, tapi juga nak menjadi orang yang tahu mendidik orang.

Mengajar orang itu mudah, tapi untuk mendidiknya adalah susah. Kadangkala memerlukan pengorbanan, kesabaran dan keazaman. Aku dapat lihat jiwa pendidik pada diri Prof Spearing. Jiwa sebeginilah yang patut ada pada diri Muslim. Berdakwah bukan untuk melahirkan lebih banyak orang tahu, bahkan untuk mewujudkan lebih ramai orang yang tahu, mahu dan mampu.

Apa kata hati?
Nak ajar atau nak didik?


Moga bermanfaat

Wassalam

Tuesday 25 November 2008

Nostalgia - Nasyid

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Lagu ni pernah divideoklipkan oleh house Garnet suatu masa dulu. =)



Nostalgia - Shoutul Amal


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com

Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah

Monday 24 November 2008

Dugaan sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Aku baru menerima berita yang agak menyedihkan daripada seorang rakan di Malaysia. Mungkin kurang menyedihkan buat aku, tetapi aku pasti orang yang terkena di sana pasti sangat sedih dan geram dengan kenyataan itu. Boleh baca artikel ni [klik untuk baca] jika ingin mengetahuinya dari orang yang terlibat.


Kenapa baru sekarang?
Kenapa memberi harapan menggunung sebelum ni?
Dimana keprihatinan orang atasan?

Aku sendiri buntu untuk memberikan langkah alternatif kepada dia. Hanya sokongan moral dari jauh yang mampu diberi buat masa sekarang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(2:286)

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(94:6)

Innallaha ma'as Sobirin

Semoga firman Allah di atas menjadi penyuntik semangat kepada rakan-rakan di sana. InsyaAllah ada orang dari jauh akan sentiasa mendoakan kebaikan buat anda semua.

Wassalam

Friday 21 November 2008

Usaha lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Baru sahaja pulang dari majlis "Bahulu & Belacan" anjuran Malaysian Student Association(MSA) di bangunan universiti tadi. Majlis diadakan bagi menyambut kedatangan penuntut baru di Soton terutamanya pelajar 1st year seramai 18 orang.

Selepas ni, masing-masing ada perancangan sendiri. Ada yang akan ke Birmingham, ada yang memilih untuk menikmati hujung minggu dengan menonton movie. Aku memilih untuk hanya berada di hall kesayangan =) Ada banyak kerja yang perlu aku selesaikan terutamanya assignment subjek Professional Engineering yang memerlukan aku menyiapkan 2 esei panjang mencecah 2500 patah perkataan. Memang aku agak lemah jika diminta menulis esei tapi jika masa yang diberikan itu panjang InsyaAllah tiada masalah. =)

Pada siang tadi, aku telah berjaya menghabiskan test module terakhir bagi subjek Mathematics for Engineering Sciences. Maknanya lepas ni aku akan mempunyai free "block" pada setiap pagi Isnin dan Jumaat sehingga jam 12 tengahari.=) Bolehlah nak fokus kat subjek lain yang pada waktu ni aku merasakan agak "tunggang-langgang". Pernah ada sesorang berkata pada aku

"Lebih baik orang yang tahu dia ada masalah berbanding orang yang sebenarnya ada masalah tapi dia tak tahu" (lebih kurang la)

Masalah aku ni berpunca dari aku sendiri, bukan dari lecturer, bukan dari kawan-kawan dan bukan dari sesiapapun. Lagipun, apa guna nak menyalahkan orang lain jika diri sendiri tak ingin berubah. =)

Moga hujung minggu ni dapat aku gunakan dengan sebaiknya.

Harapnya kawan-kawan pun begitu. Kita minimakan tenaga dengkuran, dan maksimakan tenaga berfikir dan beramal. InsyaAllah.

Wassalam


Wednesday 19 November 2008

Input semalam

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Segar lagi dengan input daripada pengisian usrah semalam. Terpanggil untuk berkongsi walaupun sedikit apabila terkenangkan ayat konklusi saudara Helmi.

"Kalau tak dapat semua pon, sedikit pon jadilah"

Perbincangan semalam memfokuskan kepada surah As-Saff, surah yang ke 61 di dalam Al-Quran. Surah ini merupakan surah Madaniyyah dan mengandungi 14 ayat.

Adab dalam berusrah, kami mulakan dengan bertadarus secara bergilir-gilir. Walaupun setiap orang hanya membaca sekurang-kurangnya satu ayat, secara tak langsung muhasabah diri berlaku di situ. Terasa betapa rendahnya kekerapan diri melantunkan ayat suci al-Quran. Begitu banyak masa terluang kepada perkara duniawi. Quran beserta terjemahan hanya diselak beberapa kali.

Satu demi satu terjemahan ayat diperdengarkan. Banyak yang 'terkena' pada diri. Dalam ayat ke-2, Allah swt memberi amaran kepada orang beriman tentang perkataannya yang tidak disertai dengan amal. Amat BESAR kebencianNya pada orang sebegitu.

Naqib cuba menerangkan secara lebih praktikal tentang ayat ketiga supaya setiap ahli dapat memahami kandungan ayat ke-3 secara lebih mendalam. Kalau dalam kehidupan, seboleh-bolehnya kita hendakkan tiada orang membenci kita. Sebab kita tahu bahawa hidup dalam keadaan dibenci sememangnya susah. Jika tidak secara lahiriahnya, batiniahnya pasti terseksa. Hidup dibenci orang memungkinkan seseorang sampai kepada tahap ingin membunuh diri. Bagaimana pula jika hidup dibenci Tuhan semesta alam?

Dalam ayat 10-13, Allah swt memberitahu orang-orang beriman suatu perdagangan yang sangat menguntungkan. Bukan sahaja dilepaskan dari azab yang pedih, bahkan kurnia yang amat kita sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat. Untuk memperoleh semua itu, Allah menyuruh kita beriman denganNya dan RasulNya serta berjihad dengan harta dan jiwa kita.

Kenapa jihad dengan harta dulu, kemudian barulah jiwa? Banyak orang pada masa kini memilih untuk berjihad dengan jiwa. Dalam perkara kemungkaran, mencegah dengan HATI seringkali menjadi pilihan. Dalam bab mengeluarkan harta untuk agama, tidak banyak sanggup melakukannya. Jadi ini antara seruan Allah untuk kita lebih banyak berjihad dengan harta.

Bagi aku, surah As-saff ni amat sesuai untuk kita sentiasa hayati ayat-ayat di dalamnya. Malah adalah lebih baik kalau kita semua menghafal surah ini supaya menjadi ingatan kita pada setiap masa.

Moga bermanfaat dengan ulasan ringkas ini.

M N Hihamuddin Yusof
University of Southampton

Thursday 13 November 2008

Salad pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam



Do you still remember "good morning" in Malay?

Is it "salad pagi"?


Aslam dan aku terus tergelak mendengar reaksi spontan Nathan menjawab soalan Aslam.
Kami berhenti setelah seketika bagi mengelak Nathan terasa hati.

No. Its "Selamat pagi". Not "salad pagi"

Salad is the thing that we(aku,Idris dan Aslam) always eat everyday.


Okay then...


Perbualan ni berlaku semasa kami sama-sama menyiapkan dinner. Menu dinner tadi adalah Tomyam Ayam. =) Agak sedap rasanya..

Nathan adalah salah seorang flatmate kami di Blok 14D ni. Biliknya betul-betul di depan bilik Aslam. Berasal dari Vietnam tapi tinggal di London. Sangat fasih berbahasa Inggeris. Juga merupakan pelajar kejuruteraan seperti kami tetapi khusus dalam bidang Aerospce.

Berbual dengan Nathan sedikit sebanyak membantu aku memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris aku. Semasa sesi pembelajaran, aku agak jarang berbual dengan rakan-rakan sekelas. Mungkin sebab tidak sekepala ataupun belum biasa. Setidak-tidaknya perbualan dengan Nathan walaupun sekejap, menampung "diam" aku di kelas.

Kata Aslam kepada Nathan semalam

"One day one word"

Pesan aku kepada aku
PAKSA diri berbahasa Inggeris, barulah nanti akan datang BIASA
One day one sentence(taknak kalah)
InsyaAllah...

Datang dengan HARAPAN
Ku ingin pulang bersama KEJAYAAN

Wassalam

Wednesday 12 November 2008

Epilog Silam - NASYID

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


Epilog Silam - Haikal


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Sunday 9 November 2008

Akhlak Itu BukanLalang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Akhlak itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu lapang
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlak itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlak
Itulah Syariah, Agama yang Haq

~Ustaz Hasrizal~

Dipetik daripada www.saifulislam.com dibawah artikel Akhlaq Itu Bukan Lalang

Wassalam


Friday 7 November 2008

Mungkin ini Math

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Baru sahaja habis menduduki weekly test untuk subjek Mathematics for Engineering Sciences. Alhamdulillah, berkat usaha bersama-sama Aslam semalam menelaah module 8 membuahkan hasil dengan keputusan yang baik. =) Post kali ni hanya berkaitan math. Boleh dijadikan ilmu tambahan ataupun modal jika nak bercakap pasal math dengan orang yang minat math atau dengan orang yang tengah bosan atau dengan orang yang tak pasti apa yang dia suka atau.....

Letters ‘
a‘, ‘b‘, ‘c‘ & ‘d‘ do not appear anywhere in the spellings of 1 to 99(Letter ‘d‘ comes for the first time in Hundred)
Letters ‘
a‘, ‘b‘ & ‘c‘ do not appear anywhere in the spellings of 1 to 999(Letter ‘a‘ comes for the first time in Thousand)
Letters ‘
b‘ & ‘c‘ do not appear anywhere in the spellings of 1 to 999,999,999(Letter ‘b‘ comes for the first time in Billion)

And Letter ‘c‘ does not appear anywhere in the spellings of entire English counting!

if you dont believe that,try writing the numbers!

source : http://justsimplestuff.wordpress.com

mungkin membosankan
apakan daya...
(",)

Wassalam

Tuesday 4 November 2008

Melangkah yakin...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


Where is my kids???

~~~~~~~

Disaat lapang setelah melalui hari yang meletihkan
Selasa minggu ini ditempuhi dengan jayanya. =)
Moga terus diberi kekuatan olehNya

Thanks Azri YB
Thanks Zaim


Atas nasihat tempoh hari. =)

Wassalam

Sunday 2 November 2008

Sendiri - SAUJANA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


sendiri - SAUJANA

Album : Rahsia
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Reff :
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan

( Back to reff :)

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri.

Wassalam