Monday 4 October 2010

Wahyu Ilham

بسم الله الرحمن الرحيم

Muhammad Wahyu Ilham, nama anak saudara pertama aku. Tepat 5 Oktober ni, umurnya dah masuk 4 bulan. Alhamdulillah.


Allah mengujinya seawal hari pertama kelahirannya ke dunia. Pada mulanya saluran makanannya tersumbat, menyebabkan Wahyu terpaksa menggunakan bantuan saluran makanan.

Kemudian, doktor mensyaki Wahyu mempunyai masalah jantung dan otak. Wahyu menjalani beberapa pembedahan selepas itu.

Semasa aku mula2 sampai di Malaysia sempena cuti Summer lepas, wahyu baru lepas dibedah. Badannya sangat2 kecil. Kesian kat Wahyu. Aku tak berani nak dukung lagi sebab takut.

Alhamdulillah semakin hari Wahyu semakin sihat dan gemuk. Setiap 3 jam mesti menangis nak susu. Doktor pon terkejut dengan perkembangan positif Wahyu.

Akak dan Abang Ipar aku semakin lega. Fasa Wahyu kritikal dah pun lepas. Alhamdulillah


Selamat memasuki bulan ke 5 Muhammad Wahyu Ilham =)

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete