Sunday, 22 February 2009

Takziah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Sebaik laptopku dibuka sebentar tadi, terpaparlah offline message yang dihantar sewaktu aku tidak online hari ini. Satu berita yang menyedihkan diterima iaitu rakanku semasa aku belajar di SAINA selama 5 tahun dahulu kini sudah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan rakannya yang lain yang turut terkorban. Buat kita semua khususnya rakan SAINA sekalian, kita maafkanlah rakan kita ini jika pernah dia melukakan atau melakukan kesalahan ke atas kita. Sedangkan Nabi SAW maafkan umatnya, apalagi kita sebagai insan biasa.

Sesungguhnya kematian itu suatu peringatan bermakna buat kita. Antara rahsia bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat sehingga mereka mencapai tahap iman yang begitu mantap dan kukuh ialah dengan sentiasa mengingatkan para sahabat tentang kematian. Bahawa kematian itu bukanlah penghujung kehidupan bahkan ia adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang abadi.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
~Al Mulk : 2~

Wassalam

Siapakah orang yang paling sibuk?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Siapakah orang yang paling sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang suka menundakan waktu
solatnya, seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabb, Aku rieha dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada,
selalu menompok-nompokkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh
mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sumber : Di-copy-paste daripada YG MSA Southampton

Wassalam

Friday, 20 February 2009

Riwayat Hidup Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Setelah bertahun-tahun kita mengenal Islam, pernahkah kita terfikir bahawa sejauh mana kita menghayati kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang merupakan contoh teladan terbaik yang Allah jadikan untuk kita.

Berikut adalah video dari youtube yang sedikit sebanyak dapat menambah penghayatan kita tentang kisah hidup junjungan mulia Rasulullah SAW. Moga bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan semoga dapat menyemarakkan lagi semangat kita semua dalam Iman dan Amal kita di dunia ini sebelum bertemu dengan penghujung kehidupan. InsyaAllah



Wednesday, 18 February 2009

Kerjasama, bersama-sama

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

http://www.kongsiblog.com/wp-content/uploads/2008/12/wonderpet.jpg

Apa yang penting?
KERJASAMA

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
~As Saff : 4~

Ya Allah
permudahkanlah segala urusan kami
ringankanlah segala bebanan kami
tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar
supaya kami dapat mengikutinya
tunjukkanlah kepada kami yang batil itu batil
agar kami dapat menjauhinya

Wassalam