Thursday 4 June 2009

Pasca Exam

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Paper ke-6 iaitu paper terakhir bagi peperiksaan bagi semester kedua ini telah selamat dijawab. Alhamdulillah kesudahan yang agak memuaskan berbanding paper2 sebelumnya. Keputusan peperiksaan ni bakal diketahui pada 26 Jun nanti. Tapi, aku telahpun pulang ke Malaysia pada waktu tu(jika umur masih ada) membuatkan aku perlu menunggu lebih lama untuk slip keputusan dihantar ke rumah. Usaha telah dicurahkan, sekarang hanya perlu bertawakal kepada Allah agar diberikan kejayaan yang diidam. InsyaAllah

http://www.backpackertours.co.uk/britain_uk_england_tours/graphics/Flag_of_Ireland.png

Esok pagi, 4 orang daripada School of Engineering Science bakal berjaulah ke Ireland. Mereka adalah Aslam, Idris, Khai dan aku sendiri =).. Jaulah kesana boleh dianggap sebagai rehat minda kami selepas bertungkus lumus membuat revision sepanjang 2 minggu lepas. Moga perjalanan kami selamat pergi dan pulang. InsyaAllah akan berada di sana selama seminggu merangkumi Belfast, Dublin dan Galway.

Aku bakal pulang ke Malaysia pada 24 Jun nanti, bermakna hanya tinggal 21 hari lagi untuk aku menyelesaikan beberapa perkara penting di sini. Seperti biasa, perancangan perlu dibuat, supaya masa yang ada tidak disia-siakan dan dapat digunakan secara optimum. Masa lapang sering disalahguna oleh manusia, sehingga ada hadith Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang nikmat sihat dan masa lapang agar kita tidak terjebak.

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah s.a.w:

Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.
sumber

Dalam hadith lain pula,

Rebutlah keuntungan (dalam) lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa hidup sebelum mati; sihat sebelum sakit; lapang sebelum sibuk; muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin.


Moga masa lapang yang kita ada dimanfaatkan sebaiknya.


SOP: 7-8 OGOS 09

*pesanan lebih kepada yang menulis ni. =)

Wallahu a'lam

1 comment: