Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Thursday, 4 June 2009

Pasca Exam

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Paper ke-6 iaitu paper terakhir bagi peperiksaan bagi semester kedua ini telah selamat dijawab. Alhamdulillah kesudahan yang agak memuaskan berbanding paper2 sebelumnya. Keputusan peperiksaan ni bakal diketahui pada 26 Jun nanti. Tapi, aku telahpun pulang ke Malaysia pada waktu tu(jika umur masih ada) membuatkan aku perlu menunggu lebih lama untuk slip keputusan dihantar ke rumah. Usaha telah dicurahkan, sekarang hanya perlu bertawakal kepada Allah agar diberikan kejayaan yang diidam. InsyaAllah

http://www.backpackertours.co.uk/britain_uk_england_tours/graphics/Flag_of_Ireland.png

Esok pagi, 4 orang daripada School of Engineering Science bakal berjaulah ke Ireland. Mereka adalah Aslam, Idris, Khai dan aku sendiri =).. Jaulah kesana boleh dianggap sebagai rehat minda kami selepas bertungkus lumus membuat revision sepanjang 2 minggu lepas. Moga perjalanan kami selamat pergi dan pulang. InsyaAllah akan berada di sana selama seminggu merangkumi Belfast, Dublin dan Galway.

Aku bakal pulang ke Malaysia pada 24 Jun nanti, bermakna hanya tinggal 21 hari lagi untuk aku menyelesaikan beberapa perkara penting di sini. Seperti biasa, perancangan perlu dibuat, supaya masa yang ada tidak disia-siakan dan dapat digunakan secara optimum. Masa lapang sering disalahguna oleh manusia, sehingga ada hadith Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang nikmat sihat dan masa lapang agar kita tidak terjebak.

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah s.a.w:

Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.
sumber

Dalam hadith lain pula,

Rebutlah keuntungan (dalam) lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa hidup sebelum mati; sihat sebelum sakit; lapang sebelum sibuk; muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin.


Moga masa lapang yang kita ada dimanfaatkan sebaiknya.


SOP: 7-8 OGOS 09

*pesanan lebih kepada yang menulis ni. =)

Wallahu a'lam

Sunday, 30 November 2008

Random pictures

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Berikut adalah gambar2 random yang diambil secara suka-suka. Tiada tajuk spesifik yang mampu aku fikirkan untuk merangkumi semua gambar-gambar ni.

dari depan Muslim Prayer Room..

hasil lab Workshop..nampak simple tapi memang memenatkan bila disuruh gergaji besi tu

Aslam n Apeng masa lecture Thermodynamics.
Masa ni kami kena dok kat belakang sebab lambat sikit =)
memang susah nk fokus bila kat posisi belakang.
Paham-paham je

Mendengar ceramah UZAR berkaitan krisis ekonomi
banyak menyentuh pasal RIBA

Diambil masa tengah tak paham dengan apa yang diajar(memang selalu kot)
Lecturer Materials ni memang laju berkata-kata. =)

Ice skating di Soton!

Teman dikala bosan

Montefiore 2
Tempat menginap sesi 0809

diambil masa tengah tunggu bas nak balik hall
masa ni jam pukul 11 kot

Dari dalam bas(tingkat atas bahagian depan)
agak best bila dapat dok kat seat depan ni.

Mungkin tidak bermanfaat
=)

Sedikit sebanyak realiti hidup di Soton.

Terpulang untuk menilai
Seronok atau tidak

Wassalam


Friday, 28 November 2008

Nak ajar atau nak Didik?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Antara subjek yang aku perlu belajar pada semester pertama ni adalah Mechanics of Solids(MoS). Semasa di Kyuem dulu, memang mechanics merupakan antara subtopic further mathematics yang agak susah dan kompleks. Walaupun begitu, menjawab soalan2 mechanics sangat menyeronokkan. =) Kepuasannya amat terasa jika jawapan itu hadir dari usaha berterusan bersendirian.

Pengalaman menjawab soalan further mechanics pada A level yang lepas rupanya akan berulang lagi dengan subjek MoS ni. Tidak semua yang aku belajar di sini merupakan apa yang pernah aku belajar dahulu, malah lebih banyak yang baru dipelajari berbanding yang lama. Cukuplah dengan konsep stress, strain, shear stress, shear strain dan Mohr's Circle yang masih belum sepenuhnya difahami. Walaupun pernah bersua dengan istilah stress dan strain dalam subjek Fizik dahulu, nampaknya ilmu lama itu juga belum dapat dikuasai. Itulah yang agak merisaukan diri. Ternyata ilmu baru ini belum dapat diasah setajamnya apabila diri mudah saja 'mengalah' apabila cuba menjawab soalan tutorial.

http://upload.wikimedia.org/wikibooks/en/a/a0/Mohrscircle_Solid_Mechanics.png
Mohr's circle

Lecturer aku bagi subjek MoS adalah Prof Spearing. Pada pendapat aku, dialah antara guru yang paling sabar di sini. Semua kerenah pelajar dilayannya. Walaupun ada kalanya kerenah itu seolah-olah memperbodoh-bodohkan dia. Kagum melihat jiwa pendidik yang ada padanya. Niat dan keazaman dia amat tetap dan teguh.

Uniknya Prof Spearing adalah pada setiap sesinya, dia akan mengedarkan sticky notes kepada setiap pelajarnya. Tujuannya untuk membolehkan pelajar memberikan feedback kepada apa yang dipelajari pada hari itu. Seperti biasa, tidak semua mengambil serius dengan caranya. Tak sedikit yang menulis yang bukan2 pada sticky notes tu. Ada juga segelintir pelajar berjiwa pelajar yang memanfaatkan cara itu. Pada mulanya aku merasakan cara ini hanya membuang masa tetapi setelah lebih 2 bulan berlalu, ternyata ia mula memberi kesan pada aku(walaupun jarang sekali aku menulis pada sticky notes tu).

Pernah aku bersembang dengan senior di sini tentang mengajar dan mendidik. Katanya, sekarang ni ramai orang pandai mengajar tetapi sedikit sekali yang pandai mendidik. Kita boleh mengajar banyak orang dengan ilmu yang kita ada namun untuk mendidik orang, susah jika hanya berbekalkan ilmu. Dulu aku menganggap mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang sama, cuma perkataan yang berlainan. Mendengar kata2 seniorku itu mencetuskan satu ilmu berguna pada aku. Aku tak nak hanya menjadi orang yang mengajar orang, tapi juga nak menjadi orang yang tahu mendidik orang.

Mengajar orang itu mudah, tapi untuk mendidiknya adalah susah. Kadangkala memerlukan pengorbanan, kesabaran dan keazaman. Aku dapat lihat jiwa pendidik pada diri Prof Spearing. Jiwa sebeginilah yang patut ada pada diri Muslim. Berdakwah bukan untuk melahirkan lebih banyak orang tahu, bahkan untuk mewujudkan lebih ramai orang yang tahu, mahu dan mampu.

Apa kata hati?
Nak ajar atau nak didik?


Moga bermanfaat

Wassalam

Friday, 21 November 2008

Usaha lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Baru sahaja pulang dari majlis "Bahulu & Belacan" anjuran Malaysian Student Association(MSA) di bangunan universiti tadi. Majlis diadakan bagi menyambut kedatangan penuntut baru di Soton terutamanya pelajar 1st year seramai 18 orang.

Selepas ni, masing-masing ada perancangan sendiri. Ada yang akan ke Birmingham, ada yang memilih untuk menikmati hujung minggu dengan menonton movie. Aku memilih untuk hanya berada di hall kesayangan =) Ada banyak kerja yang perlu aku selesaikan terutamanya assignment subjek Professional Engineering yang memerlukan aku menyiapkan 2 esei panjang mencecah 2500 patah perkataan. Memang aku agak lemah jika diminta menulis esei tapi jika masa yang diberikan itu panjang InsyaAllah tiada masalah. =)

Pada siang tadi, aku telah berjaya menghabiskan test module terakhir bagi subjek Mathematics for Engineering Sciences. Maknanya lepas ni aku akan mempunyai free "block" pada setiap pagi Isnin dan Jumaat sehingga jam 12 tengahari.=) Bolehlah nak fokus kat subjek lain yang pada waktu ni aku merasakan agak "tunggang-langgang". Pernah ada sesorang berkata pada aku

"Lebih baik orang yang tahu dia ada masalah berbanding orang yang sebenarnya ada masalah tapi dia tak tahu" (lebih kurang la)

Masalah aku ni berpunca dari aku sendiri, bukan dari lecturer, bukan dari kawan-kawan dan bukan dari sesiapapun. Lagipun, apa guna nak menyalahkan orang lain jika diri sendiri tak ingin berubah. =)

Moga hujung minggu ni dapat aku gunakan dengan sebaiknya.

Harapnya kawan-kawan pun begitu. Kita minimakan tenaga dengkuran, dan maksimakan tenaga berfikir dan beramal. InsyaAllah.

Wassalam


Thursday, 13 November 2008

Salad pagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam



Do you still remember "good morning" in Malay?

Is it "salad pagi"?


Aslam dan aku terus tergelak mendengar reaksi spontan Nathan menjawab soalan Aslam.
Kami berhenti setelah seketika bagi mengelak Nathan terasa hati.

No. Its "Selamat pagi". Not "salad pagi"

Salad is the thing that we(aku,Idris dan Aslam) always eat everyday.


Okay then...


Perbualan ni berlaku semasa kami sama-sama menyiapkan dinner. Menu dinner tadi adalah Tomyam Ayam. =) Agak sedap rasanya..

Nathan adalah salah seorang flatmate kami di Blok 14D ni. Biliknya betul-betul di depan bilik Aslam. Berasal dari Vietnam tapi tinggal di London. Sangat fasih berbahasa Inggeris. Juga merupakan pelajar kejuruteraan seperti kami tetapi khusus dalam bidang Aerospce.

Berbual dengan Nathan sedikit sebanyak membantu aku memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris aku. Semasa sesi pembelajaran, aku agak jarang berbual dengan rakan-rakan sekelas. Mungkin sebab tidak sekepala ataupun belum biasa. Setidak-tidaknya perbualan dengan Nathan walaupun sekejap, menampung "diam" aku di kelas.

Kata Aslam kepada Nathan semalam

"One day one word"

Pesan aku kepada aku
PAKSA diri berbahasa Inggeris, barulah nanti akan datang BIASA
One day one sentence(taknak kalah)
InsyaAllah...

Datang dengan HARAPAN
Ku ingin pulang bersama KEJAYAAN

Wassalam

Thursday, 23 October 2008

Nombor baru...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Setelah lebih kurang sebulan aku menggunakan O2 sebagai line telefon bimbit aku, aku kini telah berubah ke arah Vodafone. :) Pada petang tadi aku telah memulakan proses menyewa line vodafone yang bakal aku gunakan untuk 18 bulan ke hadapan. Kini semakin ramai warga soton menggunakan vodafone termasuk aku dan Aslam.
Berikut adalah nombor telefon bimbit terbaru aku

+447733360830



Feel free to contact me!

Wassalam

Monday, 13 October 2008

Makan di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Trip ke london untuk memenuhi jemputan Felda berjalan lancar semalam walaupun diselitkan dengan insiden yang tak disengajakan. Aku tertinggal beg galas aku di stesen keretapi overground di Kilburn High Road. Insiden ni berlaku semasa kami ingin menuju ke tempat Adam bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Pasport aku berada di dalam beg tu dan inilah yang membuatkan aku agak risau dan gelabah. Nasib baik Amri masih berada di stesen tersebut kerana ingin menghantar rakan kami ke Victoria Coach Station. Dia dengan baik hati membantu aku membawa beg galas aku itu ke Victoria supaya aku dapt mengambilnya di sana nanti(masa nak balik). Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan semula beg itu. Ini menjadi pengalaman berharga buat aku di kota London ni. :)

Tidak ramai pelajar tajaan Felda yang hadir ke majlis yang diadakan semalam. Rasanya hanya separuh sahaja daripada semua pelajar tajaan Felda di UK yang sempat hadir semalam. Mungkin yang lain ada sebab yang munasabah untuk tidak hadir. Yang pasti, makanan yang disediakan amat sedap dan lazat. Memandangkan aku sudah mengisi perut di open house MSM sebelum itu, aku hanya mengambil beberapa cucuk sate ayam dan daging untuk menanbah kandungan perut aku.

Aku bukan hanya dapat makan sahaja di sana, bahkan sempat berkongsi pengalaman dan cerita bersama rakan-rakan lain yang turut hadir semalam. Antaranya Syafiq Topaz, Muiz, Adam dan Gideon. Aku agak terkejut apabila Gideon memberitahu aku bahawa jadual pembelajarannya amat padat. Bermula dari jam 9 pagi hingga ke jam 5 petang. Amat berbeza dengan jadual pembelajaran aku di Southampton ni yang agak longgar. Kami mengambil jurusan yang sama namun masa pembelajaran kami jauh berbeza. Mungkin ini salah satu hikmah aku memilih untuk menuntut di sini. :)

Berikut adalah beberapa gambar semasa majlis makan-makan di Restoran Melayu Malaysia Boleh

depan restoran
sedapp...

yang hadir...:)

amik angin kat luar

Wassalam

Saturday, 11 October 2008

London lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Pada petang tadi, aku sempat meluangkan masa bermain bola bersama-sama orang melayu di sini. Tujuan aku antaranya untuk mengeluarkan peluh pertama sejak sampai ke southampton setengah bulan yang lalu. Aku, Muzzein, Aslam, Helmi, Zulfahmi dan Apeng(pelajar kmb) bermain dengan kasut yang kami baru beli semalam. Kebetulan ada jualan murah barangan sukan di kedai sukan SportsDirect yang terletak di bandar Southampton. Aku membeli kasut bola Rbk(reebok) dengan harga GBP 15. Terasa agak murah walaupun bila ditukar kepada ringgit nilainya melebihi RM 90. Aku masih tak terlepas daripada menukarkan nilai matawang sini dengan nilai matawang Malaysia.

Esok(Ahad), aku akan sekali lagi bertandang ke London bagi memenuhi jemputan pihak Felda di London. Mengikut perancangan, semua pelajar tajaan FeldA di United Kingdom diwajibkan hadir bagi meraikan sambutan hari raya khas untuk meraikan pelajar tajaan mereka(btul ke ni)..

Kali ni, aku dan Idris akan cuba mengaplikasikan ilmu daripada pelajar London tempoh hari berkenaan teknik menggunakan laluan bawah tanah, tube. Pada awalnya nampak sangat kompleks dengan peta laluannya yang banyak warna dan 'simpang'. Setelah beberapa kali menaikinya, rupa-rupanya konsepnya lebih kurang sama dengan LRT di Malaysia. :) Terima kasih kepada Iqtidar, Fitri, Famy, Adam dan Apen.

Adam akan menunggu kami di stesen Kilburn. Kami akan bergerak bersama-sama ke PRINCE OF WALES - RESTORAN MELAYU MALAYSIA BOLEH. Tak sangka juga ada restoran bernama MALAYSIA BOLEH kat sini. Harapnya perjalanan kami lancar pada esok hari. Melihat kepada ramalan cuaca, dijangkakan cuaca di London pada esok hari tiada hujan. Senanglah kalau ramalan ini tepat. Namun semua itu dalam tangan Allah. Dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Kami akan pulang semula ke Southampton pada jam 7 malam esok dan akan menduduki ujian pertama subjek mathematics in Engineering Science pada keesokan paginya. Semoga dipermudahkan Allah.

Wassalam


Wednesday, 8 October 2008

Kenapa pilih luar negara

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengalaman cetek berada di benua orang ini mula membuatkan aku berfikir seketika. Kenapa dahulu aku menerima untuk ditaja ke luar negara? Aku cuba membayangkan apa sebenarnya yang membuatkan aku mengambil keputusan yang memerlukan pengorbanan yang agak besar ni. Sebelum aku merungkai segala persoalan ini, biarlah aku menceritakan kronologi bagaimana aku boleh berada di Southampton sekarang.

Sebaik tamat peperiksaan SPM pada akhir tahun 2005, aku pulang ke Johor untuk melalui cuti yang agak panjang. Mujurlah aku dapat menghabiskan waktu membantu ayah aku di kebun setiap hari. Sebaik sahaja keputusan SPM keluar, aku memohon dua skim tajaan ke luar negara iaitu daripada MARA dan Petronas. Sebenarnya aku bukannya benar-benar ingin belajar di luar negara pada waktu itu sebaliknya hanya ingin mendapat pengalaman menghadiri temuduga. Dan aku amat yakin berdasarkan prestasi aku semasa sesi temuduga, aku bakal ditolak daripada menerima mana-mana tajaan. Jadi, aku melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Johor(KMJ) di Tangkak. Selepas 2 minggu berada di sana, surat tawaran daripada MARA sampai ke rumah aku. Aku diterima untuk ditaja ke Rusia dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Ayah aku meminta jawapan daripada aku samada ingin menerima tawaran itu atau tidak. Aku menolak tawaran tersebut atas beberapa sebab. Antaranya aku tidak mahu membebankan ayah aku mencari wang pendahuluan yang diminta pihak MARA jika ingin memerima tawaran. Lagipun pada masa itu, aku mendapati ayah aku kekurangan wang memandangkan kakak-kakak aku turut memerlukan wang untuk pengajian mereka. Jika aku memilih untuk menerima tawaran sekalipun, ayah aku pasti tidak akan menceritakan masalahnya itu sebaliknya akan sedaya upaya mendapatkan wang untuk menggembirakan aku. Aku memberitahu ayah aku bahawa aku ingin terus belajar di KMJ dan tidak bercita-cita untuk ke luar negara.

Tiba-tiba datang pula surat jemputan temuduga daripada FELDA untuk memilih anak-anak peneroka yang cemerlang dalam SPM untuk ditaja ke luar negara. Mak dan Ayah aku begitu bersungguh-sungguh inginkan aku menghadiri temuduga tersebut memandangkan mereka amat yakin bahawa masa depan aku dengan FELDA amat cerah. Aku menurut kemahuan mak dan ayah aku. Semasa temuduga, aku kurang bercakap. Faktor bahasa menjadi penghalang. Penguasaan Bahasa Inggeris aku amat lemah lebih-lebih lagi bila disuruh bercakap menggunakan Bahasa Ingeris. Jadi aku kurang yakin untuk diterima dalam program tajaan yang julung kali diperkenalkan oleh FELDA. Aku meneruskan pengajian di KMJ dengan serius selepas itu tanpa memikirkan sebarang kemungkinan akan diterima oleh FELDA. Dalam 2 minggu selepas itu, aku terkejut apabila FELDA sanggup menaja aku ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Mak dan Ayah aku sangat gembira dengan berita itu. Aku masih ragu-ragu samada hendak menerima tawaran itu ataupun terus belajar di KMJ. Ayah aku menyuarakan hasratnya agar aku menerima tawaran itu demi masa depan aku. Aku akur. Tanpa memikirkan pengorbanan yang bakal aku lakukan dan cabaran yang menanti, aku menerima tawaran itu dan akan membuat persediaan di KYUEM selama 2 tahun.

kadang-kadang begitu sukar untuk membuat pilihan

Setelah berjaya melepasi syarat ketat FELDA untuk ke UK, aku kini berada di Southampton. Mendapati suasana di sini amat berbeza berbanding di Malaysia, aku jadi takut kalau-kalau dalam tempoh 4 tahun aku di sini, aku akan berubah. Perubahan yang positif sudah tentu amat aku harapkan tetapi perubahan negatif itulah yang aku takutkan. Bila difikirkan, apa yang menarik sangat belajar di luar negara. Jika aspek ilmu diambil kira, universiti di Malaysia tiada bezanya dalam memberikan segala macam ilmu kepada aku. Jika aspek ranking universiti diambil kira, apalah guna semua itu andai aku tidak bersemangat untuk belajar. Di Malaysia senang je nak dapatkan makanan halal, malah masjid berada di merata-rata. Tapi kenapa United Kingdom yang menjadi pilihan. Aku memerlukan alasan yang cukup kukuh untuk terus bertahan di sini. Aku memerlukan alasan yang kukuh untuk tidak mempersiakan pengorbanan yang aku lakukan, berpisah dengan keluarga.

Apa yang tiada di Malaysia, tetapi ada di sini? Rasanya inilah jalan jawapan bagi persoalan aku. Di sini aku mula menyedari perkara yang tidak aku sedari dahulu. Aku melihat betapa fleksibelnya agama Islam. Jika musuh Islam selalu menjadikan modal perbezaan mazhab dalam agama Islam untuk mengatakan bahawa orang-orang Islam tidak bersatu, aku mula menyaksikan sendiri betapa mereka itu salah. Sebenarnya perbezaan Mazhab itu merupakan satu rahmat. Bukannya satu bentuk perpecahan. Aku dapat saksikan orang Islam pelbagai Mazhab dapat hidup bersatu di sini. Malah perbezaan Mazhab dapat memberikan kemudahan kepada umat pada sesetengah perkara. Selain itu, aku mula prihatin akan apa-apa yang aku masukkan ke dalam perut aku. Berjaga-jaga kalau-kalau termakan makanan haram. Aku akan meneliti kandungan makanan terlebih dahulu sebelum memakannya, perkara yang sangat jarang aku lakukan di Malaysia. Ada banyak lagi sebab pendorong aku untuk berada di sini tetapi biarlah itu hanya aku yang tahu. :) Kepada rakan-rakan(yg berada di luar negara), pastikan bahawa keberadaan kita di rantau ini tidak sia-sia. Wujudkan sebab kukuh untuk meyakinkan diri kita bahawa pilihan kita untuk menyambung pengajian ke luar negara adalah suatu pilihan yang betul.

matlamat yang jelas amat penting

Banyak orang begitu sibuk merancang untuk melancong kesana-kemari ketika berada di luar negara, termasuklah aku. Rasanya kita patut tetapkan sekurang-kurangkan satu sebab munasabah kenapa kita kena melancong ke negara orang. Contohnya, ingin ke Sepanyol untuk mendalami sejarah Islam di sana. Biarlah sebab yang kita wujudkan itu benar-benar dilaksanakan agar ada perkara baru yang kita pelajari setiap kali pergi mengembara ke negara orang. Bagi aku, begitu sukar untuk mendapat peluang melawat negara-negara seperti di Eropah. Kita boleh jadikan kesempatan belajar di sini untuk menimba pengalaman mempelajari sesuatu daripada mereka. Agar bila kita pulang berkhidmat di Malaysia nanti, ada sesuatu yang baru yang dapat kita wujudkan yang dapat memberikan kebaikan kepada manusia. Mungkin faktor ini juga dapat menjadi sebab kukuh untuk aku terus berada di sini. :)

Sebelum aku menamatkan post aku kali ini, hayatilah kata-kata hikmah yang aku belajar daripada kawan aku dahulu

"Begitu susah untuk mendapatkan apa yang kita inginkan tetapi begitu mudah untuk melepaskannya. Oleh itu, belajarlah menghargai sesuatu daripada hanya menikmati"

~~~~~

Ya Allah, kuatkan iman hamba-hambaMu yang berada jauh dari tanah air ini,
Jangan biarkan kami mengikut jalan yang Engkau murkai,
Tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar,
Agar kami mendekatinya,
Dan tunjukkanlah kepada kami yang salah itu salah,
Agar kami dapat menjauhinya,
Tetapkanlah iman kami Ya Allah,
Mudahkanlah segala urusan kami di sini,
Berkatilah hidup kami,
Wahai Tuhan sekalian alam

Wassalam


Thursday, 2 October 2008

Memasak bukan mudah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur kerana kita masih berada dalam rahmat Alllah swt.

"Dah terer masak blom?"

"Blom blaja pon lg. Kan ko dah terer masak. Nanti ko ajar la aku kt sana"

Ini antara petikan mesej aku kepada kawan aku semasa di Malaysia iaitu kira-kira 2 bulan sebelum fly ke UK. Ini salah satu kesilapan aku semasa cuti iaitu tak belajar memasak sejak dari awal cuti panjang tersebut. Aku terlalu mengharapkan kawanku itu untuk mengajar aku ketika di sini tanpa mengambil kira kemungkinan yang bakal terjadi seperti yang berlaku sekarang. Kawanku itu kini bukan berada di Universiti yang sama dengan aku.Jadi sekarang aku terpaksa belajar memasak secara cuba-cuba dengan sedikit bantuan panduan memasak.

Aku sempat belajar sedikit ilmu penting memasak dalam minggu terakhir aku berada di rumah tempoh hari. Namun ilmu yang aku dapat di rumah hanya sekadar teori ringkas mak aku tanpa dilengkapkan dengan amalinya. Mak aku begitu mudah berkata

"senang je nak masak..."

Sekarang baru terasa bahawa memasak itu bukanlah suatu yang agak mudah. Respect kat mak dan kakak-kakak aku sebab selama mereka memasak di rumah, semuanya sedap.hehe.. Jika dulu aku selalu memperlekehkan skil memasak dengan mengatakan bahawa ianya mudah sangat, sekarang aku tabik kepada orang yang pandai masak sebab aku baru dapat rasakan betapa memasak bukannya mudah. Skil ni hanya dapat diperoleh melalui pengalaman. Bukan sekadar melalui teori yang nampak mudah di mata.

Semalam merupakan hari pertama aku memasak sendiri untuk makan malam. Walaupun sudah lebih seminggu berada di Southampton, aku hanya memakan masakan orang lain. Itulah antara bonus bulan ramadhan di sini. Aku tidak memasak berseorangan. Kebetulan saudara Idris dan Aslam ditempatkan di flat yang sama dengan aku, jadi kami bekerjasama menyiapkan hidangan makan malam kami. Aslam secara sukarela membantu menanak nasi sebab dia dah biasa menanak nasi di rumah. Kami bercadang untuk memasak ayam madu walaupun impian ini agak melampau bagi orang yang baru first time memasak. :)

nasi putih Aslam

check nak tau dah masak ke belum


Hasil kerjasama kami..sedappp

Alhamdulillah, masakan pertama kami agak berjaya. Walaupun ayam madu kami agak tawar dan berkuah, kami dapat menikmatinya sehingga habis. Mungkin inilah nikmat memasak sendiri. Sayur kami hanyalah salad yang dijual murah di ASDA.

Terima kasih kepada Aslam kerana menyumbangkan bahan masakan ayam madu yang dibawa khas dari Malaysia. Kami akan terus cuba-cuba masak sehingga kami mahir. Mana tahu takdir kami tertulis untuk menjadi chef suatu hari nanti :)..

Kapada junior2 di KYUEM, jangan bazirkan masa cuti 3 bulan sebelum fly nanti dengan perkara tak berfaedah. Peruntukkan masa untuk belajar memasak untuk kemudahan masa depan anda. :)

Memasak bukan mudah

Wassalam


Tuesday, 30 September 2008

Raya di Soton

بسم الله الرحمن الرحيم

First year undergraduate University of Southampton
(tiada dalam gambar : Nazri YTN, Fada, Fatiha)


Lepas makan sate..


Masa upacara penyampaian hadiah 4 the kids


Seniors + Juniors


Tempat makan...

Ucapan daripada Imam dari Birmingham

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA KAMI DI UNIVERSITY OF SOUTHAMPTON


Tuesday, 23 September 2008

Soton

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah sudah 4 hari aku berada di bumi United Kingdom ni. Walaupun penerbangan aku ke sini terlalu awal bagi bakal student soton, hikmahnya terpancar dengan peluang aku untuk lebih awal membiasakan diri di sini dan kesempatan mendapatkan overview kawasan Southampton sebelum mendaftar masuk Hall pada 28 September nanti. Kepada saudara Aslam, Rodhi, 4 saudara YTN iaitu Zulfahmi, Nazri, Muzzein dan Helmi, semoga selamat sampai ke Soton. :)

Berlaku satu insiden semalam semasa aku dan Idris ke Student service di Uni of Southampton. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati financial affidavit aku ade kesilapan. Aku sepatutnya ditaja ke Uni of Southampton tetapi financial affidavit aku tu menunjukkan uni of Birmingham. Apekah! Aku gelabah seketika. Sebenarnya financial affidavit tu baru sahaja diberikan oleh pihak Felda di KLIA tempoh hari. Pada masa tu aku hanya sempat memastikan namaku sahaja yang betul. Tak terdetik pula nak check kat address Universiti masa tu. Memang nasib aku. Tapi aku sudah menghantar emel kepada Felda memohon financial affidavit baru dihantar ke sini secepat mungkin. Terasa macam orang besar pulak. :) Harapnya dokumen tu sampai sebelum school aku bermula.

Buat beberapa waktu ni, aku tidak dapat menyelitkan gambar2 kehidupan di sini atas sebab-sebab tertentu. Sebenarnya banyak gambar menarik yang boleh aku kongsi bersama tapi ketiadaan kamera membataskan kemahuan aku. Mungkin Aslam akan membawa kameranya nanti.hehe..

Hari ni kami(aku, Idris, Shauqi dan Lan) bercadang untuk shopping di ASDA. ASDA ni lebih kurang macam TESCO dan GIANT di Malaysia. Memang besar sangat ASDA ni. Harga yang ditawarkan agak murah bagi mentaliti orang di sini. Aku belum dapat membiasakan diri dengan perbandingan harga sebenarnya. Bila tengok harga barang 1 pound, rasa murah sebab ingat macam 1 ringgit. Sedangkan bila convert, harganya lebih 6 ringgit. Senior kat sini selalu pesan supaya jangan terlalu sibuk nak convert nilai sebab nanti akan rasa mahal sangat. Kat Malaysia nanti baru boleh buat macam tu. Baru senang hati. Banyak juga barang yang nak dibeli. Kebanyakannya makanan, perkakas memasak(walaupun x terer masak) dan duvet. Rasanya banyak benda lain yang akan aku cekut masa shopping nanti. Tak tahan tengok banyak sangat barang dalam ASDA tu.:)

Monday, 16 June 2008

Kembara dua insan ke Cameron Highland

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, aku dan Azri YB telah berjaya mengharungi ekspedisi kami ke Cameron Highland dari 13 jun sampai 15 jun. Pada mulanya, pemergian kami adalah atas suatu tujuan lain tetapi bertukar menjadi sebuah pengembaraan yang amat bermakna atas sebab tertentu. Ingin sekali berkongsi pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Tanah Rata(Cameron Highland)


bukti :)

Hari pertama

Kami tiba di Tanah Rata pada lebih kurang pukul 9 malam. Perjalanan menaiki Cameron Highland amat memeningkan kepala. Mujurlah aku dan Azri mampu bertahan daripada muntah dek kerana jalan yang banyak selekoh. Kami menaiki van Abang Nash(pemandu pelancong) menuju ke Strawberry Park, tempat kami bermalam. Suhu dingin di atas sana membuatkan kami menggigil kesejukan. Melihat kami mengeluh kesejukan, Usop, kawan kami yang bersama kami dengan selamba berkata

"kalau kat UK nanti, ni dikira panas"


Mungkin sebab dia dah biasa berada di UK.
Aku dan Azri hanya menonton TV malam tu di sebelah heater bagi menghilangkan kesejukan.


Hari Kedua

Dua orang kawan kami bercadang untuk jungle trekking pada pagi tu. Aku dan Azri menolak pelawaan mereka sebab kami tidak membawa kasut untuk tujuan itu. Jadi kami hanya melawat sekitar Tanah Rata sehingga pukul 12:30pm. Tempat tumpuan kami adalah Mardi. Pelbagai tanaman hawa dingin diuasahakan di situ termasuklah strawberi, epal, anggur, ros etc. Setelah membayar yuran masuk sebanyak RM1.50(yuran untuk pelajar), kami terus menuju ke tempat strawberi diusahakan dengan harapan dapat pengalaman memetik starwberi sambil memakannya. Malangnya hajat tak kesampaian. Rupanya tiada istilah makan free di situ, semuanya mesti dibeli. Nasib baiklah abang2 kat situ menghulurkan beberapa biji buah strawberi kepada kami. Dapat juga merasa strawberi free. :) Kamera Azri menjadi mangsa untuk aku merakamkan pemandangan indah di sana. Banyak juga gambar yang sempat diambil tetapi tak semua dapat aku semadikan dalam blog ni.

Pada sebelah petang, kami berempat(termasuk 2 kawan kami) berjalan kaki menuju ke Brinchang dari tempat kami menginap. Agaknya, jarak ke Brinchang hanya 2@3 kilometer. Terasa sekejap sahaja perjalanan ke sana sebab kami banyak berborak di sepanjang perjalanan. Kebanyakan yang diborakkan berkisarkan ekonomi negara(aku kurang paham bab ni) dan kehidupan di luar negara. Strawberi Farm menjadi tempat singgahan kami petang tu. Di situ kami saksikan penanaman strawberi pada skala besar untuk tujuan pemasaran. Sekali lagi tiada istilah makan free di situ. :(

Pada waktu malam. kami mencuba memasak nasi beriani. Segala keperluan menyediakan nasi beriani telahpun Aku dan Azri beli semasa di Tanah Rata. Saudara Usop dan Amar menjadi mentor kami. Pengalaman mereka berada di luar negara terserlah dengan kebolehan mereka menggunakan apa sahaja yang ada bagi menyiapkan nasi beriani. Penat lelah terbalas apabila nasi berianai kami menjadi, walaupun sedikit masin. :)

Hari Ketiga

Ini hari terakhir kami di sana. Kami bertolak ke Tanah Rata pada jam 11 pagi. Bas dijangka bertolak pada jam 1.45 petang. Kami menggunakan masa yang ada membeli cenderahati sebagai tanda ingatan pada Cameron Highland. Aku hanya membeli key-chain yang comel dan murah. :) Azri membeli ole-ole untuk keluarganya di rumah. Perjalanan menuruni Cameron Highland berjalan lancar. Pelbagai tips diberi oleh Usop dan Amar untuk menghilangkan rasa pening dan muntah semasa di dalam bas. Mereka agak bijak dengan memakan pil tahan pening sebagai persediaan. Aku hanya memejamkan mata sepanjang 46km dari Tanah Rata itu.

makan depan heater
depan tol Lembah Beringin

Itulah sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan bersama. Untuk lebih merasainya, eloklah pergi sendiri dan lihatlah betapa indahnya ciptaan Tuhan di atas sana.

Wassalam

Sunday, 8 June 2008

last paper

بسم الله الرحمن الرحيم

A level untuk aku bakal berakhir esok hari. Jika dulu dimulakan dengan fizik paper 5, esok ia bakal diakhiri dengan fizik paper 4. Dipertengahan diserikan dengan dua paper further. Macam tak sabar nak menantikan hari esok, bukan kerana sudah terlalu yakin untuk paper 4, tapi cemburu dengan seorang rakanku sesponsor aku yang dahpun habis exam sejak Khamis yang lalu, saudara Syafiq Topaz.

Terfikir sejenak, apa yang aku nak buat bila dah habis exam? Sesungguhnya aku belum merancang apa-apa untuk aktiviti selepas exam. Ramai yang bercadang nak melantak tengok movie, nak joging setiap pagi dan petang, nak ganti tidur, nak buat blog etc.

if you fail to plan, you plan to fail

Nampaknya aku perlu merancang. Jika gagal merancang maknanya aku merancang untuk gagal. Yang pastinya, aku taknak masa selepas examku dihabiskan dengan menonton movie. Ko menjadi saksi wahai blog, sebagai rancangan pertama, aku ingin membaca habis at least satu buku english.hehe..


Terdengar juga ada beberapa orang yang nak terus balik rumah selepas habis exam. Mungkin sebab dah lama tak tengok rumah sendiri. Aku pun, sedar tak sedar, dah lebih dua bulan tak balik rumah. Tak hairanlah kenapa mak aku selalu bertanya bila aku akan balik. Kesian kat mak, mesti mak rindu sangat kat aku. InsyaAllah anak mak ni takkan habiskan masa menghiburkan diri secara berlebih-lebih semasa mak menunggu di rumah. Nantikan kepulangan anak mak ni. :)

Afiq ada berpesan, dalam masa seminggu lepas habis exam nilah, kita patut sangat menghargai masa bersama kawan. Nanti bila dah keluar, ada kemungkinan takkan bertemu lagi. Masing-masing akan bertemu kawan baru di tempat baru. Harapnya, ukhuwwah yang terbina disini bukanlah sebegitu. Walaupun mendapat kawan baru, kawan lama tetap dihati. :)

Jika kita ada matlamat yang sama, maka kita akan lalui jalan yang sama dan InsyaAllah kita pasti akan bertemu lagi nanti.

Fikirkanlah. Moga bermanfaat

Wassalam

Wednesday, 28 May 2008

kalah lagiiiii


بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti biasa, aku menggunakan masa selepas Asar untuk beriadah. Ping pong menjadi pilihan kerana permainan ini kurang menggunakan tenaga semasa bermain. Lagipun permainan ni hanya melibatkan tangan. Kaki digunakan untuk berdiri. :)

All time opponent aku sudah tentu saudara Aslam. Begitu lama memendam hasrat mengalahkan dia. Agaknya dah berbulan-bulan aku belum dapat menewaskan dia. Entah kenapa aku selalu kalah dengan dia. Mungkinkah Aslam lebih power?

Semakin banyak aku kalah dengan dia, semakin aku nak lawan dengan dia. Macam berkadar terus pulak. Semalam aku meneruskan usaha, dengan harapan dapat mengalahkan dia.hehe.. Pelbagai skill aku gunakan untuk menewaskan pemain 'liat' ni namun akhirnya keptusan tetap sama. Aku masih belum mampu mengalahkan dia. Suatu kekalahan yang membuatkan semangat kian membara. :).. Tewas dalam 5 set, best of 3 sudah cukup membuatkan aku puas sebab ianya bukan suatu kekalahan yang teruk. Betul x Azri YB?


Untuk menjadikan post ni sebagai suatu suatu yang bermanfaat, elok kiranya menyelitkan sedikit tazkirah.

Islam memang ada menyarankan umatnya beriadah. Tujuannya untuk menyihatkan badan serta dapat mengelakkan penyakit. Lagipun sebagai orang yang memikul berbagai tanggungjawab, kita memerlukan tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan amanah Allah swt itu. Seorang daei khususnya amat perlu menjaga kesihatan diri supaya gerakan dakwah yang dilakukannya tidak tersekat-sekat dek kerana masalah kesihatan. Beriadah merupakan satu cara mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Seperti kata Zaim petang tadi, Islam mengajar kita agar menghormati adab dan maka kerana itulah umat islam dianggap umat yang beradab dan bukan umat yang biadab. Beriadah sudah tentu ada adabnya. Seorang yang beriadah perlu put first thing first. Utamakan yang lebih penting atau dengan bahasa yang lebih skema, utamakan prioriti kita. Contohnya, ibadah khusus seperti solat itu lebih penting daripada riadah. Jadi jangan sampai riadah itu menyebabkan ibadah khusus kita terganggu seperti ketinggalan solat di awal waktu. Bermain berpada-pada, jangan sampai yang lebih penting jadi terabai.

Semasa bermain, aurat sebagai seorang Muslim wajib dijaga. Tuntutan menutup aurat terhadap kita bukanlah semata-mata ketika solat sahaja bahkan pada setiap waktu. Kita tahu dan mampu menutup aurat dengan keadaan kita sekarang, yang menentukan sekarang ini adalah antara mahu atau tidak mahu sahaja.

Komunikasi semasa bermain perlu dijaga. Perkataan yang baik harus diamalkan supaya tidak keluar perkataan yang tidak enak didengar. Andai diri sudah menutup aurat, namun perkataan yang keluar dari mulut masih berbaur maki hamun, sumpah-menyumpah dan caci-mencaci, dimana kesempurnaan adab ketika bermain. Bak kata Afiq, kita bermain bukan untuk bertanding tetapi untuk merapatkan ukhuwwah sesama rakan. Permainan yang sepatutnya berakhir dengan kepuasan dan natijah yang baik akan bertukar kepada permainan yang mencetus api kemarahan andai adab semasa bermain tidak dijaga.

Sama-samalah kita mengamalkan adab semasa bermain agar ianya dapat dikira sebagai ibadah disisi Allah swt. Jika akulah orang yang tidak mengamalkan adab ini, sangat berharap ada yang menegur.

Aslam, tunggukan kekalahan ko. :p

Akal yang cerdas lahir daripada tubuh yang sihat

Moga bermanfaat

Wassalam

Monday, 26 May 2008

Berakhirnya kelas Fizik

بسم الله الرحمن الرحيم

Sabtu lepas merupakan kelas Fizik terakhir aku di sini. Juga merupakan permulaan satu permulaan full free block aku.hehe.. Setelah hampir 2 tahun bersama kelas yang diajar oleh Puan Harlina aka Kak Ina, aku bersama 13 lagi ahli setia kelas tersebut akhirnya dilepaskan oleh Kak Ina untuk membawa diri meneruskan misi dan visi paper 4 pada 9 Jun nanti. Suatu perpisahan yang jarang berlaku dimana kelas terakhir kami diserikan dengan test paper 4.

azri tengah buat lawak

Aslam n pai

Kelas Fizik blok 2 kami ini bolehlah dianggap sebagai kelas yang paling unik diantara semua kelas Fizik kerana semua ahli kelas kami adalah pelajar lelaki, no girls. Mungkin disebabkan faktor inilah membuatkan kami begitu bebas melakukan pelbagai aksi dan reaksi tanpa segan silu sebagaimana kami perlu mengawal 'kematangan' kami di kelas-kelas lain. Senda gurau menjadi perisa kemeriahan kelas kami lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua pelajar tajaan KPM iaitu saudara Pai dan saudara Syarif. Lawak sajian mereka berdua ditambah dengan adegan tambahan saudara Aslam dan Einstein memastikan kelas kami jarang diselubungi kesunyian. Jika semua terasa bosan, ada sahaja yang akan membangkitkan suasana ceria dengan pelbagai cara termasuklah dengan membunyikan kerusi.

hot spot

gaya seorang YB mengajar

Yang membuatkan aku begitu suka ke kelas Fizik ialah aku boleh berjalan-jalan dalam kelas walaupun semasa Kak Ina sedang mengajar. Entah kenapa susunan meja di physics lab 3 tu membuatkan aku suka 'merantau' ke tempat orang lain, ataupun memang fitrah aku suka berjalan.entahlah. Berjalannya aku dan yang lain dalam kelas ibarat perjalanan kembara mencari ilmu memandangkan kami berjalan-jalan dengan sebab ingin bertanya kepada yang lebih memahami. Boon Seonglah yang selalu menjadi sasaran persoalan susah sebelum soalan-soalan ditujukan kepada kak Ina. Budaya kami dalam kelas ini bukanlah menunjukkan bahawa kami tidak menghormati Kak Ina bahkan Kak Ina amat suka jika kami berbuat demikian untuk bertanya, lebih baik daripada diam tanpa bertanya walhal banyak perkara yang tak jelas dalam otak.

teman semeja

Kak Ina bukan sahaja telah mengajar kami ilmu Fizik bahkan dia juga berjaya memdidik kami bagaimana berakhlak sebagai seorang pelajar. Semester pertama dan kedua merupakan jangkamasa dimana kami seringkali dimotivasi oleh Kak Ina. Semuanya berkaitan bab adab-adab bersama guru, ketika belajar dan akhlak di dalam kelas. Mujurlah Kak Ina meluahkan betapa dia terasa hati dengan kelakuan kami seperti kebudak-budaan didalam kelas. Setidak-tidaknya kami terus sedar dan boleh memohon maaf. Jika dibiarkannya terbuku dalam hatinya, dimana keberkatan ilmu yang diajarkannya kepada kami selama ini.Mungkin gred A kami dapat tetapi adakah itu gred A pada pandangannya nanti. Alhamdulillah berkat nasihat membina Kak Ina dahulu, kami berubah. Mungkin tidak secara sempurna tetapi yang pastinya ada perubahan positif dalam diri kami.

aksi pai

si misteri

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Ina atas segala ilmu yang telah dia curahkan kepada aku selama aku di sini walaupun dia mungkin tidak mengetahui akan kewujudan blog ini. Kepada kawan-kawan sekelas, persahabatan kita bukan di kelas sahaja,malah aku harapkan ianya kekal hingga ke akhir hayat. Pengalaman menjadi ahli kelas fizik blok 2 sesi 0708 memberi banyak pengalaman berharga buat diri. Semoga di suatu masa nanti kita kan bertemu lagi kerana ilmu.

Pai-Aslam-Aizat-Einstein-Boon Seong-Kelvin-Kamal-Bas-Anas-Syarip-Izzat-Famy-Azri YB

Semoga kita akan mendapat A dalam A Level Fizik nanti.Do our BEST

Tautlah ukhuwwah sekencang dakwah
~Jpah~

Thank You Kak Ina


Hadis Ibnu Umar r.a:
Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Ketika aku sedang tidur aku bermimpi melihat sebekas susu yang dihidangkan kepadaku. Aku meminumnya sehinggalah aku dapati zatnya memasuki kuku-kuku aku, kemudian aku berikan lebihan aku itu kepada Umar bin Al-Khattab. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pentafsiran kamu mengenai mimpi tersebut. Rasulullah s.a.w
berkata: Itulah ilmu.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4404,Bab Sebahagian Dari Kelebihan Umar r.a)

Succes is when you have what you want. Happiness is when you love what you have
~Micheal S Clouse~


Wassalam