Saturday, 27 September 2008

Khutbah Jumaat di Soton

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingin berkongsi sedikit ilmu yang barangkali sudah banyak kali kita dengar. Aku perolehi ini daripada khutbah jumaat di sini semalam. Memandangkan ianya disampaikan dalam bahasa Inggeris, input yang aku dapat adalah sedikit sebab khatib cakap laju sangat. Tapi point yang ingin beliau sampaikan amat jelas.

Perkara pertama yang khatib katakan semalam adalah tentang adanya penghujung atau pengakhiran bagi semua yang wujud di dunia ini. Setiap yang hidup akan merasai mati. Selepas siang akan datangnya malam dan selepas pagi akan datanglah petang. Begitulah secara yang kita fahami. Beliau sebenarnya ingin mengaitkannya dengan kondisi sekarang iaitu bulan Ramadhan 1429 akan berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi.

Khatib berpesan kepada para jemaah agar menjadi muslim yang RABBANI dan bukannya muslim yang RAMADHANI. Muslim yang RAMADHANI adalah muslim yang hanya rajin beribadah pada bulan Ramadhan sahaja tetapi menjadi lesu di bulan yang lain. Tambah khatib lagi, jangan biarlah SCHOOL OF RAMADHAN kali ini berlalu tanpa kesan yang positif. Sepatutnya ia menjadi titik tolak kepada kita yang bergelar muslim untuk lebih tekun beribadah walaupun setelah bulan Ramadhan.


Dalam satu tazkirah Asar di KYUEM dahulu, saudara Yahya pernah berkongsi tentang rahsia bulan Syawal yang agaknya tidak disedari oleh ramai orang. Sebenarnya jika kita beribadah dalam bulan Syawal sekalipun, Allah akan memberikan kita ganjaran pahala. Bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja akan diberikan ganjaran pahala. Kita dapat lihat betapa bezanya 'perangai' dan 'aktiviti' manusia(Islam) di bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Banyak perkara yang dilakukan dalam bulan Ramadhan tidak diteruskan pada bulan-bulan yang lain. Ada yang begitu konsisten membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan tetapi apabila masuknya bulan Syawal habis ditinggalkan Al-Quran itu.

~~~~~

Ya Allah

teguhkanlah iman kami

kuatkankanlah keyakinan dan iltizam kami

bersihkanlah hati kami

murahkanlah rezeki kami

tambahkanlah ilmu kami

permudahkanlah urusan kami

ringankanlah bebanan kami


~~~~~


Moga bermanfaat

Wassalam


1 comment: