Thursday, 25 September 2008

...ape ni...

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang jam UK menunjukkan pukul 2.49pm. Aku, Idris dan Dahlan(MARA) baru balik dari Uni dengan hampa. Surat yang kami nantikan untuk membuka akaun bank masih belum siap. Hairan juga aku kenapa lambat sangat nak siapkan sehelai surat tu memandangkan kami ni antara orang paling awal yang sampai di sini. Walau apapun, terpaksalah kami terus menunggu sehingga surat itu siap. Memang medan yang sesuai untuk melatih kesabaran. :)

Bulan Ramadhan 1429H hanya tinggal 5 hari sahaja lagi. Cepat je dah sampai 25 Ramadhan. Kebanyakan orang sudah mula berbicara pasal Hari Raya Aidilfitri. Dalam friendster pun dah banyak e-card hari raya daripada kawan-kawan. Thanks kepada sesapa yang hantar e-card kat aku. Setidak-tidaknya takdelah rasa keseorangan sangat kat Soton ni. :)

Kepada yang berada di United Kingdom(or overseas), sama-samalah kita tabahkan diri menyambut Aidilfitri tanpa keluarga. For me, this is the first time i would celebrate the Eid by myself. Kuatkan motivasi kita untuk terus berjuang di rantau orang ni. Kita mendukung harapan ramai orang termasuk semua rakyat Malaysia. Ketiadaan kita di samping keluarga pada tahun ni mungkin merupakan suatu perancangan Allah untuk memberi suatu yang amat bermakna di masa hadapan.

Kepada yang berada di Malaysia, anda semua amat bertuah sebab masih dapat bersama keluarga di Hari Raya nanti. Jika tidak Hari Raya pun, anda semua masih dekat dengan keluarga berbanding kami yang berda di sini. Jarak yang memisahkan kami dengan keluarga melebihi 10000 km. Harapan aku(atau mungkin semua orang di sini) adalah supaya anda semua sentiasa mendoakan kejayaan kami. Doakan juga agar kami tetap berada dalam landasan yang diredhai Allah.

"Begitu susah untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan tetapi mudah untuk melepaskannya. Oleh itu belajarlah menghargai daripada hanya menikmati"

Wassalam

No comments:

Post a Comment