Tuesday 27 January 2009

Gara-gara cuba-cuba

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Inilah padahnya, dalam keasyikan mencuba-cuba mengenakan template baru pada blog yang satu ini, akhirnya template yang lama itu sudah pun tidak dapat digunakan lagi. Mungkin gara-gara html code-nya yang berubah ataupun sebab lain yang seorang pelajar kejuruteraan ini tidak tahu.

Terpaksa jua aku mencari template baru untuk menggantikan template "kegemaranku yang dulu itu. Dan inilah hasilnya. Namun ada banyak gadget yang hilang tatkala proses perubahan template berlaku, termasuklah link-link rakan-rakan blogger yang lain. Perlukan masa untukku meletakkannya semula tetapi bukan buat masa sekarang kerana ada perkara yang lebih penting menanti.

Kadang-kadang perubahan itu diperlukan tanpa kita sedari. =)

*perlu lebih bersemangat untuk bersedia menghadapi kertas Thermodynamics Khamis ini.

Wassalam

No comments:

Post a Comment