Friday 23 January 2009

Input Khutbah Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Khutbah Jumaat di University of Southampton petang tadi diberikan oleh Dr Kannan. Bersempena musim peperiksaan ini, tajuk yang dipilih adalah berkaitan bersangka baik dengan Allah swt. Walaupun tidak dilengkapi dengan teks khutbah, Dr Kannan telah memberikan satu khutbah yang bersemangat dan menarik perhatian para jemaah di situ.

Antara isi khutbah yang dapat dikutip pada pada petang tadi ialah
  • Hendaklah kita sentiasa menanam sangka baik(Husnuzzon) kepada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan
  • Sangka baik itu hendaklah disertakan dengan usaha yang berterusan selaras dengan harapan yang diberikan
  • Yakin dengan janji-janji Allah. Antaranya, Allah akan menolong hambaNya yang menolongNya.
  • Dalam keasyikan menelaah pelajaran, sekiranya sudah sampai waktu ibadah fardu, jangan bertangguh. Selesaikan yang fardu itu dahulu kemudian barulah sambung belajar.
  • Allah berkuasa melakukan apa sahaja, samada dengan asbab, tanpa asbab, ataupun melawan asbab. Jadi letakkan kebergantungan kepada Allah selepas berusaha.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan"
Surah Al-Insyirah: 5-6

Khatib juga sempat berkongsi cerita pengharapan Ibu Nabi Musa as sewaktu Firaun berkuasa. Pada waktu itu, Firaun membunuh semua bayi lelaki yang dikhuatiri akan menjadi musuhnya apabila bayi itu sudah besar. Dikatakan bahawa jumlah bayi lelaki yang berjaya dibunuh oleh Firaun melebihi 70 000 orang!

Ibu Nabi Musa amat sedih apabila mengenangkan nasib anaknya nanti. Lalu Allah swt menyuruh ibu Nabi Musa menghanyutkan Musa ke sungai dan kemudian yakinlah bahawa Allah akan menjaganya. Ibu Nabi Musa meletakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah pada waktu itu. Dengan izin Allah, Nabi Musa dijumpai oleh isteri Firaun dan diambil menjadi anak angkat.

Inilah kuasa Allah, Firaun yang sepatutnya menjadi pembunuh Musa akhirnya menjadi penjaga Musa.

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment