Thursday 22 January 2009

Panahan Mechanics

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"
Surah Ar-Rahman

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kita lafazkan kepada Allah swt atas segala nikmatNya ke atas kita.

Pada waktu ini, sudah 75% peperiksaan semester 1 telah aku lalui. Bermula dengan Properties of Materials, kemudian Mathematics dan semalam Mechanics of Solids. Tinggal lagi 1 paper yang menanti pada minggu depan iaitu Thermodynamics. Moga Allah mempermudahkan urusan kita semua.

Peristiwa mechanics semalam betul2 menyedarkan diri. Mungkin bukan aku sahaja yang sedar, bahkan rakan2 lain yang turut berada dalam situasi seperti aku sudah mula sedar.

"Do the best and Prepare for the worst"


Ayat ni mungkin biasa kita dengar atau baca. Tapi semalam aku betul2 terkena. Persiapan yang tidak berapa kemas dan terancang sejak bermulanya semester pertama di sini memberi kesannya semalam. Mujurlah Allah tunjukkannya seawal semester pertama ini agar pengajarannya dapat dibawa hingga ke tahun akhir nanti.

Dalam apa jua yang kita lakukan, selagi tidak melanggar syariat, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh. Biarpun kita hanya seorang tukang sapu, sapulah dengan bersungguh-sungguh.

"Allah menyukai orang yang apabila dia melakukan suatu pekerjaan, dia lakukan dengan bersungguh-sungguh"

http://www.ochshorndesign.com/writings/buckling/equation01.jpg

Buckling load equation


Buat sungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik. Jika tidak dapat menjadi yang terbaik, buatlah sehabis baik buat diri.

Pada masa yang sama, buat persiapan menghadapi sebarang kemungkinan. Takut-takut ada paku di pertengahan jalan.

Biarlah memori semalam menjadi batu loncatan untuk mempertingkatkan potensi diri. =)

Harus buat sehabis baik untuk last paper, Thermodynamics. Nak balance balik markah yang mungkin hilang. =)

Wassalam

1 comment:

  1. dalam satu hadith yang panjang,,Jibrail bertanya kepada nabi saw. khabarkan padaku ihsan. Jawab nabi. Kamu beribadah seolah2 kamu melihat Allah. tp jika kamu tidak dapat melihatNya maka rasalah seolah2 Allah melihat kamu. (au kama kol rasulullah saw.)

    - diberi amanah untuk study. kemana perlu buat sekadar cukup makan? sedarkah kita bahawa study juga satu nikmat besar yang tidak semua orang dapat. Zalimlah jika tidak mensyukuri nikmat Allah. Mensyukuri sesuatu nikmat dengan appreciate nikmat tersebut.- Sekadar berkongsi hati yang mula sedar bahawa dah terlampau banyak tidak serious dengan study.

    -assotoni-

    ReplyDelete