Thursday, 16 October 2008

Kehidupan...

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


Kehidupan (duet bersama Nazrey Raihan) - Inteam

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Senilagu : Nazrey Johani
Senikata : Nazrey Johani

Wednesday, 15 October 2008

Dari mana kita datang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Syukur

Pada suatu malam, satu soalan diutarakan oleh seorang sahabat.

Dari mana kita semua datang?

Maka bermacam-macam jawapan keluar daripada insan-insan yang hadir

kita datang dari Tuhan

betul..

rasanya kita datang dari tanah

betul juga..

dari air mani

betul..

Ya, semua jawapan itu memang benar dan betul.

Dari Tuhan
Sebelum ini, kita pernah belajar tentang perjalanan roh yang mendiami jasad kita sekarang ini. Bermula dari Alam Roh, seterusnya ke Alam Rahim dan sekarang berada di Alam Nyata...Pada awalnya, kita semuanya diciptakan oleh Allah swt, tuhan semesta alam.

Dari tanah
Ada sebuah hadis yang sempat dikongsi semasa perbincangan. Maksudnya : Semua manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah.


Dari Air mani
Fakta saintifik membuktikan bahawa manusia terhasil apabila sperma dari air mani lelaki bergabung dengan ovum perempuan. Belum ada lagi fakta lain yang menganggah fakta ini.

Sebenarnya, bukanlah jawapan itu yang diutamakan, bahkan sahabat kami itu ingin kami mengambil iktibar disebalik jawapan itu.

Pertamanya, kita semua berasal daripada Tuhan iaitu Allah swt. Jadi sepatutnya semua perkara yang kita lakukan hanyalah untuk DIA. Kita patut mengutamakan DIA berbanding segalanya.

Kedua, kita semua berasal dari tanah. Kita perlu sedar bahawa tanah itu berada di tempat yang rendah. Jadi simboliknya kita ini amat rendah dan lemah disisi Allah. Tiada sebab dan alasan untuk kita berlagak sombong dan riak dengan apa yang kita miliki.

Ketiga, kita semua terhasil dari air mani. Secara fizikalnya, air mani itu suatu yang kotor dan hina. Tetapi hakikatnya kita terhasil daripada itu. Jika terasa ingin menghina orang, sedar dahulu bahawa kita pun sebenarnya datang dari benda yang hina. Semua ini untuk memberi kita pengajaran supaya kita selalu ingat.


Jika ada yang salah, harap diperbetulkan. Jika ingin menambah, amat dialukan. :)

Moga bermanfaat

Wassalam

Monday, 13 October 2008

LOVE...

بسم الله الرحمن الرحيم

To love someone is nothing...
To be loved by someone is something...
To be loved by someone you love is interesting...
To be loved by the Creator of LOVE is EVERYTHING...





Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
~As-Saff:4~




Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan semata-mata; dan Allahlah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
~Al-Baqarah:207~



Moga bermanfaat

Makan di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Trip ke london untuk memenuhi jemputan Felda berjalan lancar semalam walaupun diselitkan dengan insiden yang tak disengajakan. Aku tertinggal beg galas aku di stesen keretapi overground di Kilburn High Road. Insiden ni berlaku semasa kami ingin menuju ke tempat Adam bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Pasport aku berada di dalam beg tu dan inilah yang membuatkan aku agak risau dan gelabah. Nasib baik Amri masih berada di stesen tersebut kerana ingin menghantar rakan kami ke Victoria Coach Station. Dia dengan baik hati membantu aku membawa beg galas aku itu ke Victoria supaya aku dapt mengambilnya di sana nanti(masa nak balik). Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan semula beg itu. Ini menjadi pengalaman berharga buat aku di kota London ni. :)

Tidak ramai pelajar tajaan Felda yang hadir ke majlis yang diadakan semalam. Rasanya hanya separuh sahaja daripada semua pelajar tajaan Felda di UK yang sempat hadir semalam. Mungkin yang lain ada sebab yang munasabah untuk tidak hadir. Yang pasti, makanan yang disediakan amat sedap dan lazat. Memandangkan aku sudah mengisi perut di open house MSM sebelum itu, aku hanya mengambil beberapa cucuk sate ayam dan daging untuk menanbah kandungan perut aku.

Aku bukan hanya dapat makan sahaja di sana, bahkan sempat berkongsi pengalaman dan cerita bersama rakan-rakan lain yang turut hadir semalam. Antaranya Syafiq Topaz, Muiz, Adam dan Gideon. Aku agak terkejut apabila Gideon memberitahu aku bahawa jadual pembelajarannya amat padat. Bermula dari jam 9 pagi hingga ke jam 5 petang. Amat berbeza dengan jadual pembelajaran aku di Southampton ni yang agak longgar. Kami mengambil jurusan yang sama namun masa pembelajaran kami jauh berbeza. Mungkin ini salah satu hikmah aku memilih untuk menuntut di sini. :)

Berikut adalah beberapa gambar semasa majlis makan-makan di Restoran Melayu Malaysia Boleh

depan restoran
sedapp...

yang hadir...:)

amik angin kat luar

Wassalam