Monday, 13 October 2008

Makan di London

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Trip ke london untuk memenuhi jemputan Felda berjalan lancar semalam walaupun diselitkan dengan insiden yang tak disengajakan. Aku tertinggal beg galas aku di stesen keretapi overground di Kilburn High Road. Insiden ni berlaku semasa kami ingin menuju ke tempat Adam bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Pasport aku berada di dalam beg tu dan inilah yang membuatkan aku agak risau dan gelabah. Nasib baik Amri masih berada di stesen tersebut kerana ingin menghantar rakan kami ke Victoria Coach Station. Dia dengan baik hati membantu aku membawa beg galas aku itu ke Victoria supaya aku dapt mengambilnya di sana nanti(masa nak balik). Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan semula beg itu. Ini menjadi pengalaman berharga buat aku di kota London ni. :)

Tidak ramai pelajar tajaan Felda yang hadir ke majlis yang diadakan semalam. Rasanya hanya separuh sahaja daripada semua pelajar tajaan Felda di UK yang sempat hadir semalam. Mungkin yang lain ada sebab yang munasabah untuk tidak hadir. Yang pasti, makanan yang disediakan amat sedap dan lazat. Memandangkan aku sudah mengisi perut di open house MSM sebelum itu, aku hanya mengambil beberapa cucuk sate ayam dan daging untuk menanbah kandungan perut aku.

Aku bukan hanya dapat makan sahaja di sana, bahkan sempat berkongsi pengalaman dan cerita bersama rakan-rakan lain yang turut hadir semalam. Antaranya Syafiq Topaz, Muiz, Adam dan Gideon. Aku agak terkejut apabila Gideon memberitahu aku bahawa jadual pembelajarannya amat padat. Bermula dari jam 9 pagi hingga ke jam 5 petang. Amat berbeza dengan jadual pembelajaran aku di Southampton ni yang agak longgar. Kami mengambil jurusan yang sama namun masa pembelajaran kami jauh berbeza. Mungkin ini salah satu hikmah aku memilih untuk menuntut di sini. :)

Berikut adalah beberapa gambar semasa majlis makan-makan di Restoran Melayu Malaysia Boleh

depan restoran
sedapp...

yang hadir...:)

amik angin kat luar

Wassalam

No comments:

Post a Comment