Monday, 28 April 2008

Tazkirah Fahmi


Jam pada waktu ni menunjukkan angka 12.39am dan aku sebenarnya baru keluar dari alam mimpi. Selepas balik dari solat Isya' tadi, aku terus merebahkan badan ke katil. Badan terasa amat letih mungkin kerana terlalu asyik bermain ping pong petang tadi bersama Nazri PNB.

Pada waktu Asar tadi, saudara Fahmi YTN aka peloh telah mengimamkan jemaah surau KYUEM. Seperti biasa, imam akan meluangkan sedikit masa memberi sedikit tazkirah atau peringatan selepas selesai solat. Saudara Fahmi YTN kelihatan resah sebelum memulakan tazkirah. Mungkin kerana dia tidak bersedia. Walaupun dalam keadaan tidak bersedia, beliau tetap berjaya menyampaikan sedikit ilmu yang bermanfaat.


Saudara Fahmi YTN menyampaikan tazkirah bertajuk EXAM. Pelajar KYUEM sekarang bakal menempuhi mode exam tidak lama lagi dan kesempatan ini diambil saudara Fahmi untuk memberi sedikit peringatan. Seperti biasa, apabila demam exam bermula, para pelajar akan menjadi sangat sibuk dengan pelbagai kerenah. Kebanyakannya akan sibuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan terakhir. Namun disebalik kesibukan ini, ada yang secara tidak langsung menjarakkan diri dengan Allah seperti meninggalkan solat jemaah, kurang menghadiri sesi tazkirah dan kurang membaca Al-Quran. Bagi mereka, pelajaran lebih penting. Mungkin ada pula yang menyangka kejayaan dalam hidup hanya akan dapat dicapai dengan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik tanpa mengambil kira faktor-faktor lain.

Menurut saudara Fahmi, pada waktu examlah kita sepatutnya benar-benar dekat dengan pencipta kita. Pada waktu ini, kita amat memerlukan ketenangan rohani setelah keperluan akal kita dipenuhi(ilmu). Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh,akhirnya kita mesti menyerahkan semuanya pada Allah kerana hanya Dialah yang tahu apa yang terbaik buat kita.



'Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.`
Al-Baqarah-216


Doa yang berterusan tanpa putus asa dan jemu bakal menjadi bekalan motivasi berguna buat seorang insan bergelar muslim.

Saudara Fahmi ada juga menasihati jemaah agar mengurangkan melakukan perkara-perkara yang lagha seperti banyak membaca manga, banyak bermain game dan banyak menonton movie. Kita memang boleh melakukan perkara-perkara tersebut tetapi cukuplah sekadar berpada-pada dan tidak berlebihan. Aku terasa bahawa selama ini aku terlalu banyak membaca manga dan bermain game. Aku membulatkan tekad untuk mengurangkan kekerapan menbaca manga dan bermain game pada masa hadapan.

Rasanya sampai sini sahajalah untuk pengisian kali ni. Apa yang baik itu kita teladani dan amalkan. YAng buruk itu kita sempadani dan tinggalkan.


Study nombor 1, Dakwah bukan nombor 2!

No comments:

Post a Comment