Thursday, 24 April 2008
Why?
Berbekalkan tiga free block yang aku ada pada pagi ni, terasa ingin meluangkan sedikit masa menulis sesuatu dalam blog ni. Biarlah masa yang aku ada ni dicurahkan sedikit ke arah penulisan blog ni daripada ia terbuang begitu sahaja (ie tidoq).
Pasti ramai yang agak surprise jika mendapati bahawa aku mempunyai blog sendiri. Betul tak? Hehe.. Mungkin tak semua begitu tetapi sebenarnya aku sendiri tak pasti mengapa aku mula menulis blog. Rasanya, untuk memastikan matlamat aku menulis blog ni lebih jelas, ada baiknya jika aku membuat list matlamat dan sebab aku terjebak dalam bidang penulisan blog ni.
1. Pengaruh rakan
Rakan-rakan seperjuangan aku ada yang memiliki blog sendiri. Kesetiaan aku membaca blog-blog mereka hampir setiap hari menyebabkan naluri ingin memiliki laman blog sendiri muncul. Bantuan rakan-rakan yang suka menolong merealisasikan naluri di hati. Thanks to Jpah, Afiq, Yahya, Zaim, Khairul and other KYUEM bloggers.
2. Medium menyalurkan pandangan
Bagi sesiapa yang mengenali aku, pasti dapat menyimpulkan bahawa aku seorang yang jarang menyuarakan pandangan di hadapan khalayak ramai. Aku memang suka menyimpan pandangan sendiri namun bukan selalu. Atas sebab ini, aku harap dengan adanya blog ni segala pandangan dan pendapat aku dapat disalurkan kepada orang. Walaupun ini bukan cara yang terbaik tetapi biarlah ini menjadi satu permulaan kepada suatu yang lebih baik nanti InsyaAllah.
3. Masa itu emas
Bagi aku menulis blog bukan perkara yang membuang dan membazir masa jika apa yang ditulis itu memberi manfaat kepada si pembaca dan penulis. Oleh itu, pembaziran masa(tidur,game,manga,movie) oleh aku dapat diminimisekan jika masa yang ada aku luangkan untuk blog ini.
4. Memantapkan skil penulisan
Sebagai seorang yang bakal menjadi jurutera, aku akui bahawa bidang penulisan memang salah satu titik kelemahan aku. Perkara seperti menulis esei dan karangan memang tidak mengundang minat aku sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sejak berada di KYUEM, aku semakin sedar bahawa bidang penulisan juga amat penting bagi aku. Setidak-tidaknya, otak kiri aku akan lebih ligat berfungsi kerana biasanya hanya otak kanan aku yang beroperasi.
Mungkin banyak lagi matlamat dan sebab yang aku belum jelas. Cukuplah yang 4 di atas menjadi sumber motivasi buat diri ni untuk beristiqamah dalam penulisan blog.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment