Monday, 28 April 2008

Pilihan...


Minggu lepas proses menentukan firm dan insurance universiti telahpun dilalui. Semua senior yang dijangka fly ke United Kingdom mahupun Australia memerah otak dan membuat research bagi mengisi dua helai borang yang disediakan oleh unit kaunseling berkenaan firm dan insurance universiti. Boleh dikatakan pilihan kali ini bakal menentukan perjalanan hidup setiap senior bagi jangkamasa 3 ke 5 tahun yang akan datang.


Aku tidak begitu tertekan semasa orang lain sibuk memikirkan tentang universiti pilihan merreka kerana aku sudah lama membuat keputusan. Aku bersama-sama beberapa rakan yang lain sudah sepakat untuk ke University of Southampton sejak semester ke-3 lagi. Dan yang seronoknya, hampir semua daripada kami mengambil jurusan yang sama iaitu kejuruteraan. Walaupun jenis bidang kejuruteraan berbeza-beza seperti mekanikal (aku),nuklear dan elektrikal.

University of Southampton mensyaratkan aku memperoleh minimum AAB dalam peperiksaan A Level yang bakal bermula Mei ini. Alhamdulillah, aku sudah berjaya mendapat A dalam subjek Matematik pada Sem ke-2 lepas. Subjek harapan aku kini adalah Further Mathematics dan Fizik. Walaupun ramai yang menyebut bahawa agak susah untuk mendapatkan A dalam Further Mathematics, namun aku yakin dengan berkat usaha yang berterusan ditambah dengan doa yang tidak putus-putus kepada Allah, tiada perkara yang mustahil. Apa yang pasti, untuk aku mencapai gred A Further Mathematics, latihan yang aku lakukan mesti konsisten dan pada masa yang sama aku mesti menjaga hubungan dengan Allah.


Aku memilih University of Sheffield sebagai insurance aku. Salah satu sebabnya adalah syarat kemasukannya hanya ABB. Hanya universiti ini yang dapat aku jadikan sebagai insurance memandangkan 3 lagi tawaran mahukan aku mendapat AAB(2) dan AAA. Maafkan aku Sheffield jika sebab aku memilih ko agak tak munasabah.hehe

Sekarang, apa yang perlu aku lakukan adalah terus berusaha untuk memenuhi syarat minimum kemasukan ke Southampton. Aku tidak boleh lagi bersikap tidak serius dalam bab pelajaran sepertimana yang pernah disuarakan oleh seorang kawanku suatu masa dahulu. Aku doakan kejayaan semua senior menjelang peperiksaan sebenar A Level yang bermula pada 14 Mei nanti.

No comments:

Post a Comment