Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Tuesday, 21 July 2009

Ke Tahun Dua

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Dear Mohd

I am pleased to be able to inform you that the decision of the School of Engineering Sciences' Board of Examiners is that you have met the requirements for progression to the next year of your degree programme....


Inilah muqaddimah surat daripada universiti yang aku terima tak lama dulu. Dengan izin Allah, aku lulus untuk meneruskan pembelajaran ke tahun 2.

Oktober nanti akan bermula episod baru perjuangan aku menggenggam ijazah dalam kejuruteraan mekanikal. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini dan semalam.

Alhamdulillah

Wassalam

Friday, 6 March 2009

IAW Soton

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

klik gambar untuk paparan lebih jelas

Wassalam


Sunday, 18 January 2009

Happy Birthday Abah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Hari ni merupakan antara hari istimewa buat diri. Pada tanggal ini pada 1958 yang lalu, seorang insan bernama Yusof dilahirkan ke dunia. Kehadirannya ke dunia memungkinkan aku juga hadir ke dunia ini pada 1988 yang lalu. =)

http://i234.photobucket.com/albums/ee208/decnote/Happy-Birthday/Happy-Birthday-01.jpg

Di kesempatan ini, anak abah ini ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Abah. Semoga panjang umur dan sentiasa dilimpahi keberkatan dariNya.

Tak sabar pulak nak balik Malaysia summer nanti. Tapi sebelum tu, kena buat yang terbaik untuk exam. =)

Wassalam

Saturday, 17 January 2009

Exam!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

"Takkan terasa indahnya hidup sebagai pelajar andai tak dilambung peperiksaan"

"Kalau xde ujian, macam mana kita nak tau di mana tahap kita?"

"Ujian tu lumrah hidup"

***************


InsyaAllah, saya akan menduduki peperiksaan bagi semester pertama dalam kursus kejuruteraan mekanikal di University of Southampton bermula 19 Januari 2009 dan dijangka tamat pada 29 Januari 2009.

Berikut adalah jadual peperiksaan saya =)
Properties of Materials - 19hb
Mathematics for Engineering Sciences - 20hb
Mechanics of Solids - 21hb
Thermodynamics - 29hb

Di kesempatan ini, ingin memohon maaf kepada semua jika ada perkara yang diri ini telah lakukan samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar yang menyinggung ataupun mendatangkan mudharat kepada sesiapa.

Juga ingin mengucapkan selamat menghadapi exam kepada yang bakal dan sedang ber"exam".

Kepada Pai dan Shah yang akan datang ke Soton pada 23hb ini, bersiap sedialah untuk menerima mode Exam dari kami warga2 Soton.

Selamat bermujahadah

Wassalam

Wednesday, 10 December 2008

Blogger Felda bertambah =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Hanya sekadar nak mengumumkan kemunculan blogger baru dari KYUEM. Merupakan rakan setajaanku dalam Felda Holdings. =) Jom support.

http://www.childrenscause.org/admin/Editor/assets/blogger%20logo.jpg

http://www.eigenzone.blogspot.com/

Wassalam

Tuesday, 2 December 2008

AWAS antivirus2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

"Usrah bukan sekadar untuk kita membincangkan perkara-perkara keagamaan semata-mata"

Semua yang ada terkejut mendengar ayat pendahuluan saudara Rodhi sebentar tadi. Lantas semua terus memberi perhatian kepadanya untuk mendengar ayat seterusnya.

"Aku nak kongsi sedikit pasal IT ni memandangkan dah ada orang yang terkena"

Aku semakin tertarik walaupun aku sudahpun tahu mengenai insiden itu.

"Ada seorang sahabat kita kerugian ~GBP30 gara-gara membeli suatu perisian antivirus bernama ANTIVIRUS 2009. Jadi aku nak pesan, lepas ni kalau ada permintaan dari mana2 web menyuruh anda meng-install ANTIVIRUS 2009, lebih baik abaikan."

Aku mendengar sendiri cerita ini daripada rakanku itu pada petang tadi, sebelum Rodhi memberi peringatan. Dia kehilangan GBP30 dan terpaksa menukar debit kad yang baru akibat terkena permainan siber bernama ANTIVIRUS 2009. Katanya, itu bukanlah antivirus sebenar malah merupakan satu spyware yang agak bahaya.

Dia menyarankan kepada sesiapa yang terkena, cuba install perisian "spyHunter" untuk memulihkannya.

Mungkin ada yang pernah terdownload dan install "antivirus" ni. Rasanya tak perlulah risau sangat selagi anda tidak membeli perisian itu. Cuma perlu uninstall sahaja untuk mengelakkan masalah. Rakan aku membeli perisian itu tapi yang didapatinya adalah satu lagi spyware! Dan dalam statement bank dia, caj GBP30++ dicetak atas nama suatu produk yang dia pon tak pasti(kena tipu la ringkasnya).

Debit kad dia terpaksa ditukar disebabkan security number dan card numbernya dah terdedah pada sumber yang tak boleh dipercayai.

Moga kita dapat mengambil pengajaran dan tindakan.

Pesan Rodhi
"Check dulu sebelum install apa2 dalam laptop/komputer"

Wassalam

*ayat dialog di atas mungkin tidak sama dengan yang disebut semasa kejadian. Tapi insyaAllah maksudnya tak lari. =)


Monday, 24 November 2008

Dugaan sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Aku baru menerima berita yang agak menyedihkan daripada seorang rakan di Malaysia. Mungkin kurang menyedihkan buat aku, tetapi aku pasti orang yang terkena di sana pasti sangat sedih dan geram dengan kenyataan itu. Boleh baca artikel ni [klik untuk baca] jika ingin mengetahuinya dari orang yang terlibat.


Kenapa baru sekarang?
Kenapa memberi harapan menggunung sebelum ni?
Dimana keprihatinan orang atasan?

Aku sendiri buntu untuk memberikan langkah alternatif kepada dia. Hanya sokongan moral dari jauh yang mampu diberi buat masa sekarang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(2:286)

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(94:6)

Innallaha ma'as Sobirin

Semoga firman Allah di atas menjadi penyuntik semangat kepada rakan-rakan di sana. InsyaAllah ada orang dari jauh akan sentiasa mendoakan kebaikan buat anda semua.

Wassalam

Wednesday, 29 October 2008

PimpMySearch

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

If you all are so boring with the title "google" on GOOGLE website page, now its not a problem anymore. I learn this from my senior here and I'm so excited to share it with you all.:) Here is the example.



I can change the "google" text to any text that I want. Interesting right? You should try yourself. Just log on to http://www.pimpmysearch.com and make this website as your homepage(if you want so). If you want to change the text, just click the "change logo text" and type your own text.

Enjoy it. =)

Wassalam

Monday, 27 October 2008

Ada apa dengan UOS

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam

UOS=University of Southampton


Atas permintaan 'adik2' beberapa hari yang lepas(dah lebih seminggu rsenya), post kali ni sedikit sebanyak menyelitkan panorama dan gambar-gambar 'indah' di soton. :) Aku minta maaf kepada 'adik2' atas kelambatan mengeluarkan post ini.



Intro to UOS

Ni main building aku, Idris dan Aslam

Entrance School of Engineering Science

Bangunan Ship Science(Aslam)~sorang2

Sport Centre(mcm MPH kt KYUEM)
dari luar nampak kecik tapi kat dalam besar sebab bangunan ni gne space bawah tanah

SUSU union shop(ala2 koperasi)
Kt depan ni slalu ade jualan berhadiah newspaper tempatan
murah + dapat free gift


binaan pelik yang sampai sekarang aku xtau tujuannya
4 tiang tinggi empat segi


kawasan rehat & lepak2

bas kebanggaan warga Soton
Free untuk sesiapa yg tinggal kat Hall


Laluan ke Muslim Prayer Room


biarlah gambar ni berbicara..

Surau Soton
Karpet agak 'kotor' sebab kena sabotaj masa bulan Ramadhan dulu


Panorama depan surau
cantik kan?

Hartley Library


....=)....

Setiap tempat ada keistimewaannya. Gambar2 di atas hanya sebahagian sahaja daripada apa yang ada di Soton. Kepada para Junior, tak rugi kalau anda ke Soton. Untuk semua, jika tidak ke sini untuk belajar, apa salahnya dengan sekadar datang melawat tempat ni. :)

Sebenarnya, aku pun x habis melawat tempat best kat soton ni. Tunggu masa yang sesuai(entah bila la).

Harapnya permintaan "adik2" dipenuhi dengan post ni.

Wassalam



Perjalanan masih jauh

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam


Perjalanan masih jauh

Baru sebulan berada di Southampton
Lagi 2 bulan untuk ke PUISI
Lagi 8 bulan untuk pulang ke Malaysia
Lagi 3 tahun 8 bulan untuk dapat Ijazah
.........
.........

Dengan izin Allah swt,
Semua ini bisa dilalui,
Andai ajal belum tiba

*peringatan buat diri

Thursday, 23 October 2008

Makna bacaan dalam solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"wahai Tuhan ku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu, kami lah hamba yang mengharap belas dariMu
"Ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dan dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

sumber : my computer(rujukan sebenar tidak dapat dikenalpasti)

Saturday, 18 October 2008

Ubah Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Aku tertarik dengan sajak yang diselitkan oleh Ustaz Hasrizal dalam ceramahnya. Sajak ini sebenarnya tertulis pada batu nisan seorang paderi. Namun, maknanya amat sesuai dijadikan pedoman buat kita semua. Ambillah sedikit masa yang ada untuk betul2 menghayatinya. :)

Ketika aku di usia remaja

Cita-citaku adalah untuk mengubah dunia


Tetapi apabila aku meningkat dewasa


Baruku sedar bahawa dunia tidak pernah berubah


Lalu ku sempitkan cita-citaku


Untuk melakukan perubahan ini kepada mengubah negara


Tetapi kulihat negara juga tidak berubah


Dan apabila badanku lemah berada di pembaringan


Aku meletakkan cita-citaku untuk melihat keluargaku berubah


Tetapi nyata merekajuga tidak berubah


Dan ketika di atas pembaringan


Nazak menunggu kematian


Buat kali pertamanya aku terfikir


Kalaulah yang pertama kuubah itu adalah diriku sendiri


mungkin dengan memberikan contoh teladan yang baik


Keluargaku akan dapat kuubah


Dan dengan sokongan daripada keluargaku


Mungkin aku dapat mengubah negara


Dan siapa tahu aku mampu mengubah dunia



Apabila ingin melakukan perubahan, fikirlah sebesar mungkin tetapi bertindaklah sekecil yang mungkin(tumpukan pada apa yang kita boleh buat iaitu dengan kita mengubah diri kita sendiri kepada yang lebih baik)

~Ustaz Hasrizal~



Moga bermanfaat

Wassalam


Wednesday, 8 October 2008

Seni Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Tempoh hari, seorang muslimat meminta alamat website wallpaper islamik yang pernah aku hebohkan sebelum ini. Tetapi entah kenapa pada waktu itu laman web itu tidak dapat diakses. Rasanya sekarang sudah boleh diakses. InsyaAllah. Sebab aku dah boleh masuk web tu. :)



sebahagian contoh wallpaper yang ada

www.senikehidupan.com



Tuesday, 30 September 2008

Salam Aidilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat menyambut ketibaan Syawal 1429H kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Ingatan tulus ikhlas kepada keluarga di Johor, sanak saudara, sahabat-sahabat dan pembaca blog diam dalam bicara. Di kesempatan ini, penulis ingin memohon seribu kemaafan andai pernah melakukan kesalahan. Harapnya maaf diterima sempena menyambut hari yang mulia ini.


Jumpa di London. :)

By the way, ini contact number penulis yang baru
+447599969900

Address
D14B,
Montefiore House,
Wessex lane,
Swaythling,
Southampton,
SO12 2NU

Thursday, 25 September 2008

...ape ni...

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang jam UK menunjukkan pukul 2.49pm. Aku, Idris dan Dahlan(MARA) baru balik dari Uni dengan hampa. Surat yang kami nantikan untuk membuka akaun bank masih belum siap. Hairan juga aku kenapa lambat sangat nak siapkan sehelai surat tu memandangkan kami ni antara orang paling awal yang sampai di sini. Walau apapun, terpaksalah kami terus menunggu sehingga surat itu siap. Memang medan yang sesuai untuk melatih kesabaran. :)

Bulan Ramadhan 1429H hanya tinggal 5 hari sahaja lagi. Cepat je dah sampai 25 Ramadhan. Kebanyakan orang sudah mula berbicara pasal Hari Raya Aidilfitri. Dalam friendster pun dah banyak e-card hari raya daripada kawan-kawan. Thanks kepada sesapa yang hantar e-card kat aku. Setidak-tidaknya takdelah rasa keseorangan sangat kat Soton ni. :)

Kepada yang berada di United Kingdom(or overseas), sama-samalah kita tabahkan diri menyambut Aidilfitri tanpa keluarga. For me, this is the first time i would celebrate the Eid by myself. Kuatkan motivasi kita untuk terus berjuang di rantau orang ni. Kita mendukung harapan ramai orang termasuk semua rakyat Malaysia. Ketiadaan kita di samping keluarga pada tahun ni mungkin merupakan suatu perancangan Allah untuk memberi suatu yang amat bermakna di masa hadapan.

Kepada yang berada di Malaysia, anda semua amat bertuah sebab masih dapat bersama keluarga di Hari Raya nanti. Jika tidak Hari Raya pun, anda semua masih dekat dengan keluarga berbanding kami yang berda di sini. Jarak yang memisahkan kami dengan keluarga melebihi 10000 km. Harapan aku(atau mungkin semua orang di sini) adalah supaya anda semua sentiasa mendoakan kejayaan kami. Doakan juga agar kami tetap berada dalam landasan yang diredhai Allah.

"Begitu susah untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan tetapi mudah untuk melepaskannya. Oleh itu belajarlah menghargai daripada hanya menikmati"

Wassalam

Friday, 20 June 2008

Selamat bercuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Ini merupakan post terakhir aku di KYUEM. Kepada peminat setia blog aku(ade ke), besar kemungkinan tiada post baru akan muncul di blog ini sehinggalah aku tiba di UK(InsyaAllah). Sebabnya, kemudahan internet di kampung aku is very limited dan rumah aku tiada kemudahan internet. Jangan bersedih, :) rasanya ada banyak lagi blog yang masih aktif even masa cuti.

Di kesempatan ini, ingin aku berpesan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan especially senior, agar kita memanfaatkan cuti kita nanti secara optimum. Memang kita dah bebas daripada A Level, namun tanggungjawab kita tidak terhenti di situ. Mungkin tanggungjawab kita sebagai pelajar terhenti sebentar, tetapi ingatlah bahawa tanggungjawab kita sebagai anak kepada orang tua kita dan hamba kepada Allah tidak pernah terhenti.

Banyak perkara yang dapat kita buat bagi memanfaatkan masa cuti kita nanti. Tak perlulah untuk aku cadangkan perkara yang patut kita buat masa cuti ni, cukuplah sekadar mengingatkan bahawa masa yang kita ada kian terhad. Sekarang ni, 3 bulan memang terasa agak lama. Sedar tak sedar nanti, 3 bulan ini bakal menjadi 2 bulan...1 bulan...1 hari. Masa tu baru terasa bahawa masa semakin singkat. Andai masa itulah baru kita sedar bahawa masih banyak perkara yang belum kita sempurnakan, mana kita nak cari ganti masa yang telah kita korbankan. Fitrah alam, masa akan terus bergerak meninggalkan kita. Yang terleka akan ditinggalkan. Imam Al-Ghazali mengajar anak muridnya bahawa yang paling jauh dengan kita bukanlah negeri orang, bahkan masa yang telah berlalu. Pepatah Melayu juga ada menyebut "masa itu emas". Memang emas sendiri pun lebih murah daripada masa namun yang nak digambarkan adalah betapa masa itu sangat berharga dan tidak boleh dibeli sewenang-wenangnya.

Kata-kata muzakkir suatu masa dahulu

Jika nak tahu betapa berharganya sebulan itu, tanyalah pada seorang ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan,
Jika nak tahu betapa berharganya sehari itu, tanyalah pada orang yang terlambat menghantar assignmentnya kepada pensyarah,
Jika nak tahu betapa berharganya sejam itu, tanyalah pada orang yang sedang menjawab peperiksaan,
Jika nak tahu betapa berharganya seminit itu, tanyalah pada orang yang ditahan masuk kuarantin praktikal exam,
Jika nak tahu betapa berharganya sesaat itu, tanyalah pada leka ketika memandu,
Jika nak tahu betapa berharganya sedetik itu, tanyalah pada pemenang pinagat perak sukan olimpik.

Pokok pangkalnya, hargailah masa yang kita ada. Semakin hari, semakin kita tahu bahawa Allah memberi banyak masa kepada kita tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu lebih tahu bahawa masa yang masih tinggal buat kita semakin berkurangan.

Buatlah perancangan awal untuk masa cuti kita nanti agar kita tahu apa yang kita nak buat nanti. Mungkin aku bukanlah orang yang sesuai berbicara soal masa tetapi sama-samalah kita merperbaiki diri. Bukankah Allah tidak melihat natijah sesuatu perkara, tetapi yang dilihatNya adalah sejauh mana kita berusaha terhadap sesuatu perkara itu.

Akhir pena, selamat bercuti kepada semua. Sekali lagi, ampun dan maaf andai ada salah silap. Semoga jalan yang kita lalui selpeas ini adalah jalan yang menuju redha Ilahi. InsyaAllah.

Wassalam

Thursday, 12 June 2008

X sure tajuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Agaknya dah lama tak tulis post. maaflah wahai blogku andai aku kurang istiqamah. Jika dulu sibuk dengan exam, sekarang sibuk dengan benda lain.hehe..

Chaletmateku, saudara Muadz bercadang untuk pulang hari ni. Entah macammana suasana chalet aku nanti tanpa muadz. Maksud aku, siapa nak tolong kejut aku bangun subuh.Nampaknya dalam satu minggu yang mendatang ni, terpaksalah berdikari bangun subuh sendiri sebab selalunya Muadz yang mengejutkan aku. Apepun, kepada Muadz, semoga selamat sampai ke rumah. Jangan lupa datang 4 Awards Day pulak. :)

Pada mulanya aku juga bercadang untuk pulang, mengangkut barang-barang yang banyak ke rumah secara dua trip. tapi disebabkan harga minyak naik secara 'kejam' menyebabkan harga tambang bas naik melebihi 100 peratus membuatkan aku membatalkan hasrat pulang lebih awal. Nampaknya, begitu banyak barang yang perlu aku tinggalkan di kolej tercinta ni.:(

Parents aku tidak dapat hadir pada Awards Day yang akan datang atas masalah transport dan sebagainya. Adakah parents aku sahaja yang tak dapat hadir? Seronok rasanya jika parents ada disisi semasa menerima sijil berhenti kolej. Aku bukannya menyalahkan parents aku, cuma sedikit cemburu dengan orang lain yang tinggal dekat dengan Tanjung Malim membolehkan parents mereka dapat hadir tanpa banyak masalah.

Sekarang dah 3 hari aku free dari A level. Dan semakin banyak pula senior yang menyertai group 'bebas' ni. Hari ni saja, para pelajar aliran sains bakal menamatkan exam mereka dan bakal disertai oleh para pelajar arts pada esok hari. Yang pasti semua orang akan tamat exam A level pada esok hari, yang tinggal hanyalah beberapa pelajar further yang membuat keputusan berani mengambil kertas soalan STEP paper yang dijangka berlangsung pada 23Jun nanti(correct me if i'm wrong)

Bak kata Jimah pada sesi tazkirah Asar yang lalu, manfaatkan masa selepas exam dengan baik. Jangan melepaskan stress exam dengan menonton movie secara berlebih-lebihan sebaliknya lakukannya secara bersederhana. Jangan jadikan cinta kita kepada ibadah itu bermusim, hanya mekar ketika menghadapi exam namun layu bila tamatnya exam.

Sekian sahaja coretan di ruang membaca akhbar RC ni. Maaf la kerana tiada isi khusus dalam post kali ni. Hanya menulis apa yang terlintas di minda.


Wassalam

Wednesday, 4 June 2008

Oh Further Pure..

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah swt

Peristiwa semalam sudah menjadi sejarah buat kita. Mungkin peristiwa semalam(Isnin) akan terus aku ingati buat beberapa waktu ini kerana susahnya mengerah akal kurniaan Tuhan bagi menjawab soalan-soalan Further Mathematics. Ramai yang menduduki exam semalam mengatakan ke'weird'an soalan yang keluar. Aku tidak terkecuali. Bagi aku, paper 1 further memang horror. Soalan satu dah cukup membuatkan aku hilang semangat dengan soalan yang tidak pernah aku pelajari basicnya. Aku terjumpa dengan cikgu Further aku, Mr Micheal Alderson sejurus selepas meninggalkan dewan. Aku tanpa segan silu(seperti biasa) mengeluh tentang kepayahan soalan semalam. Ternyata Mr Micheal turut berpendapat sedemikian. Katanya, soalan satu dan dua memang tak dijangka akan masuk..At least resah di hati berkurang mendengar kata-kata 'semangat' cikgu kesayangan. Apepun, yang sudah berlalu itu harus dibiarkan. Cumanya kita especially aku patut mengambil sebanyak mungkin pengajaran dan hikmah daripada peristiwa semalam.

Sebuah pengajaran yang baru aku pelajari sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Seperti biasa, semua calon sibuk membuat the-very-last-preparation sebelum bergerak masuk ke dewan. Ramai yang sibuk mengingati semua formula dan rumus yang ada serta kaedah menjawab. Semasa aku cuba menenangkan diri mengingati kembali semua itu, tiba-tiba saudara Acipz mencelah

Macammana nak cari centroid untuk volume?

Aku dengan selamba menjawab

Ala tak masuk silibus pun

Kami(ade ramai berkumpul kat situ) terus mengabaikan persoalan Acipz. Takdir Allah, soalan yang Acipz tanya tadi, disoal seawal soalan pertama! Aku terkesima. Secara paksarela, aku meninggalkan soalan 'tak masuk silibus tu'. 4 markah berharga hilang seawal soalan pertama. :( Momentum semangat aku merendah dengan cepat gara-gara soalan satu tu. Pengajarannya, jangan ambil mudah suatu perkara. Mungkin masa sebelum masuk dewan tu, Allah nak beri petunjuk kepada kita dengan disoal soalan-soalan pelik, cuma kita tak tahu, sebab ilmu kita terbatas. Aku memang menyesal tak cuba melayan soalan Acipz tu, sedangkan ade orang lain kat situ yang tahu cara menjawab soalan sebegitu..memang rugiii.. Pesan aku pada diri dan rakan, jangan kita ulangi lagi perkara macam ni. Jangan bataskan ilmu pada silibus sahaja. At last, kita yang rugi nanti. Macam aku.huhu

Walau apapun yang terjadi, sebagai seorang Muslim, aku perlu yakin bahawa Allah swt tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Allah swt tahu apa yang terbaik buat aku kerana dialah pencipta aku. Ada perkara yang aku rasakan baik buat aku padahal sebenarnya tidak. Begitu juga sebaliknya. Yang pastinya, ujian dari Allah swt ni menuntut aku bersabar. Allah nak uji sejauh mana aku menghadapinya. Mungkin Allah simpan kejayaan aku untuk suatu masa nanti, Wallahu 'alam. Bilamana diuji, jangan melenting, menyalahkan orang lain, menyalahkan soalan, menyalahkan masa, menyalahkan pen, menyalahkan cikgu yang kedekut bagi kertas. Semua ni tak menunjukkan ciri kita sebagai muslim sejati. Biarlah kita diuji sebesar manapun, jangan sampai kita mencemarkan Islam dengan reaksi spontan kita. Bukankah orang yang lebih banyak diuji itu lebih Allah sayangi?

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Moga bermanfaat

Wassalam


Wednesday, 28 May 2008

Buku best...thanks Alt Thunder

بسم الله الرحمن الرحيم

Memandangkan minggu lepas aku tidak mempunyai sebarang peperiksaan, aku bertekad untuk membaca sekurang-kurangnya sebuah buku. Rasanya dah lama tak meluangkan masa membaca habis satu buku. :) Kebetulan pada suatu pagi, tak pasti Isnin atau Selasa, saudara Jpah aka Alt Thunder bertandang ke chalet aku dalam rangka lawatan free bloknya. Sambil berborak dengan Jpah, terdetik untuk meminjam bukunya bertajuk "Life is an open secret". Sebuah buku motivasi yang ditulis oleh Sis Zabrina.

Alhamdulillah sudahpun habis membaca buku tu. Walaupun buku ni menggunakan bahasa Inggeris dan dijual diseluruh dunia, Sis Zabrina begitu bijak menggunakan istilah-istilah yang mudah difahami oleh orang seperti aku(kureng sikit BI ni).


Secara ringkas berkenaan buku tersebut. Sis Zabrina mendedahkan pembaca bukunya akan 18 rahsia kehidupan yang sebaiknya dimiliki oleh setiap daripada kita. Dan kesemua 18 rahsia ini diilhamkan daripada pengalaman hidupnya bersama insan-insan terdekat dengannya. Beserta setiap rahsia kehidupan itu, Sis Zabrina menyelitkan satu cerita bagi memudahkan pembaca lebih memahami apa yang cuba dia sampaikan. Dengan memggunakan bentuk penceritaan sebagai cara penyampaian mesej, pembaca dapat menghayati buku ni secara 'santai'. :)

Lebih bagus lagi, banyak ayat-ayat Quran, hadits Rasulullah SAW dan kata-kata hikmah diselitkan semasa Sis Zabrina cuba menghuraikan setiap rahsia itu. Huraian Sis Zabrina agak simple tetapi jelas dan mudah difahami. Kebanyakan ayatnya mengajak pembaca berfikir kerana ia sangat berkait rapat dengan kehidupan kita semua.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa aku sedang mempromosikan buku ni.:) Aku ingin menyarankan kepada sesiapa yang suka membaca buku berbentuk penceritaan, yang terselit pelbagai pengajaran dan motivasi hidup, supaya dapat meluangkan masa membaca buku ni. Baca tak rugi, rugi tak baca..

Terima kasih Jpah aka Alt Thunder dengan kerelaan hati meminjamkan aku buku yang hebat ni. Setidak-tidaknya masa yang aku ada diisi dengan ilmu. :)

if you can't fly, run. if you can't run, walk. if you can't walk, crawl, but, by all means, keep moving
~Dr. Martin Luther King~

Jom baca "Life is an open secret"...

Wassalam

Tuesday, 27 May 2008

Wallpaper islamic

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang mencabar jugak kalau free semua blok. Tendency untuk tidur amat tinggi. Pagi ni mujurlah saudara Jpah datang melawat ke chalet aku. Setidak-tidaknya ada juga teman berbicara.hehe.. Banyak perkara yang sempat Jpah ajar aku pagi ni. Kalau perasan, icon sebelah URL blog ni dah berubah. Icon blogger sudah tiada, diganti dengan icon 'P'. Apakah 'P' itu? Fikir sendiri la ye. :)

Aku ingin berkongsi satu laman web yang menarik. Bagi sesiapa yang menggemari wallpaper islamic, aku sarankan untuk melayari laman web ni. Boleh tambah koleksi wallpaper islamic anda.

Lepas ni, biarlah komputer-komputer mahupun laptop-laptop di kolej ni dihiasi dengan wallpaper islamic. :) Maaflah tiada post ilmiah kali ni. Sesungguhnya aku ketandusan idea. Semoga gambar-gambar di senikehidupan.com menggembirakan pembaca.

Kepada yang akan menghadapi paper 4 kimia dan mechanics esok, all the best.
"Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa"

Wassalam