بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Antara subjek yang aku perlu belajar pada semester pertama ni adalah Mechanics of Solids(MoS). Semasa di Kyuem dulu, memang mechanics merupakan antara subtopic further mathematics yang agak susah dan kompleks. Walaupun begitu, menjawab soalan2 mechanics sangat menyeronokkan. =) Kepuasannya amat terasa jika jawapan itu hadir dari usaha berterusan bersendirian.
Pengalaman menjawab soalan further mechanics pada A level yang lepas rupanya akan berulang lagi dengan subjek MoS ni. Tidak semua yang aku belajar di sini merupakan apa yang pernah aku belajar dahulu, malah lebih banyak yang baru dipelajari berbanding yang lama. Cukuplah dengan konsep stress, strain, shear stress, shear strain dan Mohr's Circle yang masih belum sepenuhnya difahami. Walaupun pernah bersua dengan istilah stress dan strain dalam subjek Fizik dahulu, nampaknya ilmu lama itu juga belum dapat dikuasai. Itulah yang agak merisaukan diri. Ternyata ilmu baru ini belum dapat diasah setajamnya apabila diri mudah saja 'mengalah' apabila cuba menjawab soalan tutorial.
Mohr's circle
Lecturer aku bagi subjek MoS adalah Prof Spearing. Pada pendapat aku, dialah antara guru yang paling sabar di sini. Semua kerenah pelajar dilayannya. Walaupun ada kalanya kerenah itu seolah-olah memperbodoh-bodohkan dia. Kagum melihat jiwa pendidik yang ada padanya. Niat dan keazaman dia amat tetap dan teguh.
Uniknya Prof Spearing adalah pada setiap sesinya, dia akan mengedarkan sticky notes kepada setiap pelajarnya. Tujuannya untuk membolehkan pelajar memberikan feedback kepada apa yang dipelajari pada hari itu. Seperti biasa, tidak semua mengambil serius dengan caranya. Tak sedikit yang menulis yang bukan2 pada sticky notes tu. Ada juga segelintir pelajar berjiwa pelajar yang memanfaatkan cara itu. Pada mulanya aku merasakan cara ini hanya membuang masa tetapi setelah lebih 2 bulan berlalu, ternyata ia mula memberi kesan pada aku(walaupun jarang sekali aku menulis pada sticky notes tu).
Pernah aku bersembang dengan senior di sini tentang mengajar dan mendidik. Katanya, sekarang ni ramai orang pandai mengajar tetapi sedikit sekali yang pandai mendidik. Kita boleh mengajar banyak orang dengan ilmu yang kita ada namun untuk mendidik orang, susah jika hanya berbekalkan ilmu. Dulu aku menganggap mengajar dan mendidik adalah dua perkara yang sama, cuma perkataan yang berlainan. Mendengar kata2 seniorku itu mencetuskan satu ilmu berguna pada aku. Aku tak nak hanya menjadi orang yang mengajar orang, tapi juga nak menjadi orang yang tahu mendidik orang.
Mengajar orang itu mudah, tapi untuk mendidiknya adalah susah. Kadangkala memerlukan pengorbanan, kesabaran dan keazaman. Aku dapat lihat jiwa pendidik pada diri Prof Spearing. Jiwa sebeginilah yang patut ada pada diri Muslim. Berdakwah bukan untuk melahirkan lebih banyak orang tahu, bahkan untuk mewujudkan lebih ramai orang yang tahu, mahu dan mampu.
Apa kata hati?
Nak ajar atau nak didik?

Moga bermanfaat
Wassalam
Wassalam
Assalamualaikum
ReplyDeleteStill tak dapat beza antara ajar dan didik
Harap tuan dapat specialise kan sebarang contoh yg memberzakan antara mengajar dan mendidik
wslm
Waalaikumsalam
ReplyDeleteSaya tak reti nak huraikan panjang2..=)
Menurut pemahaman saya sekarang, MENGAJAR adalah proses MEMBERITAHU. manakala MENDIDIK adalah proses MEMBENTUK
senior saya memberikan contoh manusia sebagai pendakwah yang tahu mengajar dan mendidik. katanya, senang untuk seseorang pendakwah menarik orang kearah cara hidup Islam dengan cara memberitahu@mengajar. Ini akan menambahramaikan orang yang paham dengan Islam. Tapi proses ni tidak menjamin bahawa orang yang diajar@didakwah itu akan meneruskan kerja dakwah nnt bila sudah tahu.
Berbeza dengan istilah mengajar, mendidik itu MEMBENTUK. Pendakwah bukan sahaja memberitahu fakta bahkan membentuk peribadi orang yang didakwah. Mendidik melahirkan orang yang MAHU berdakwah. Bukan sekadar TAHU. Ringkasnya, orang itu mmpu bergerak sbgai pendakwah pula suatu hari nnt.
Harapnya sudah lebih jelas =)
Jika apa yg saya tulis itu salah, mohon diperbetulkan.
Wassalam
secara ringkasnya, ajar hanya terkesan pada akal, sedang didik terkesan pada hati, perlakuan dan rohani si pelajar...
ReplyDeletetak kesahlah istilah yang digunakan didik atau ajar, asalkan dpt membentuk individu di mana ajaran atau didikannya terkesan di hati seterusnya mencetuskan mahu dan mampu...
ReplyDelete