Tuesday, 30 September 2008

Raya di Soton

بسم الله الرحمن الرحيم

First year undergraduate University of Southampton
(tiada dalam gambar : Nazri YTN, Fada, Fatiha)


Lepas makan sate..


Masa upacara penyampaian hadiah 4 the kids


Seniors + Juniors


Tempat makan...

Ucapan daripada Imam dari Birmingham

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA KAMI DI UNIVERSITY OF SOUTHAMPTON


Salam Aidilfitri

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat menyambut ketibaan Syawal 1429H kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Ingatan tulus ikhlas kepada keluarga di Johor, sanak saudara, sahabat-sahabat dan pembaca blog diam dalam bicara. Di kesempatan ini, penulis ingin memohon seribu kemaafan andai pernah melakukan kesalahan. Harapnya maaf diterima sempena menyambut hari yang mulia ini.


Jumpa di London. :)

By the way, ini contact number penulis yang baru
+447599969900

Address
D14B,
Montefiore House,
Wessex lane,
Swaythling,
Southampton,
SO12 2NU

Saturday, 27 September 2008

Khutbah Jumaat di Soton

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingin berkongsi sedikit ilmu yang barangkali sudah banyak kali kita dengar. Aku perolehi ini daripada khutbah jumaat di sini semalam. Memandangkan ianya disampaikan dalam bahasa Inggeris, input yang aku dapat adalah sedikit sebab khatib cakap laju sangat. Tapi point yang ingin beliau sampaikan amat jelas.

Perkara pertama yang khatib katakan semalam adalah tentang adanya penghujung atau pengakhiran bagi semua yang wujud di dunia ini. Setiap yang hidup akan merasai mati. Selepas siang akan datangnya malam dan selepas pagi akan datanglah petang. Begitulah secara yang kita fahami. Beliau sebenarnya ingin mengaitkannya dengan kondisi sekarang iaitu bulan Ramadhan 1429 akan berakhir dalam beberapa hari sahaja lagi.

Khatib berpesan kepada para jemaah agar menjadi muslim yang RABBANI dan bukannya muslim yang RAMADHANI. Muslim yang RAMADHANI adalah muslim yang hanya rajin beribadah pada bulan Ramadhan sahaja tetapi menjadi lesu di bulan yang lain. Tambah khatib lagi, jangan biarlah SCHOOL OF RAMADHAN kali ini berlalu tanpa kesan yang positif. Sepatutnya ia menjadi titik tolak kepada kita yang bergelar muslim untuk lebih tekun beribadah walaupun setelah bulan Ramadhan.


Dalam satu tazkirah Asar di KYUEM dahulu, saudara Yahya pernah berkongsi tentang rahsia bulan Syawal yang agaknya tidak disedari oleh ramai orang. Sebenarnya jika kita beribadah dalam bulan Syawal sekalipun, Allah akan memberikan kita ganjaran pahala. Bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja akan diberikan ganjaran pahala. Kita dapat lihat betapa bezanya 'perangai' dan 'aktiviti' manusia(Islam) di bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Banyak perkara yang dilakukan dalam bulan Ramadhan tidak diteruskan pada bulan-bulan yang lain. Ada yang begitu konsisten membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan tetapi apabila masuknya bulan Syawal habis ditinggalkan Al-Quran itu.

~~~~~

Ya Allah

teguhkanlah iman kami

kuatkankanlah keyakinan dan iltizam kami

bersihkanlah hati kami

murahkanlah rezeki kami

tambahkanlah ilmu kami

permudahkanlah urusan kami

ringankanlah bebanan kami


~~~~~


Moga bermanfaat

Wassalam


Friday, 26 September 2008

Doa Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa ni aku dapat dari blog kawan aku. Bukan originally dari aku. Moga bermanfaat.
http://www.firusfansuri.blogspot.com/

Ya Allah,
jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.


Ya Allah,
berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.


Ya Allah,
penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.


Ya Allah,
hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.


Ya Allah,
jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.