Sunday 15 June 2008

Allah itu Maha Adil

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah swt

Terima kasih kepada Allah swt kerana masih mengekalkan kita dalam kalangan orang Islam dan beriman. Tak lupa atas segala nikmat dan rahmatNya yang tidak terhitung saat ini.

Allah swt bersifat Al-Wahhab iaitu Maha Memberi. Tiada makhluk yang dapat mengatasi sifat memberiNya, inilah iman kita. Allah swt memberi tanpa meminta. PerbendaharaanNya tidak berkurang sedikitpun jika semua makhluknya diberi semua yang dihajatkan. PemberianNya tidak bersifat pilih kasih. Semua yang diberi kepada hambaNya adalah mengikut apa yang terbaik buat hambaNya.

Seringkali pemberian Allah kepada kita berbeza-beza. Berbeza mengikut keperluan kita semua. Ada diantara kita yang kaya, ada pula yang miskin. Ada yang pandai ada pula yang kurang pandai, dan bermacam lagi. Dengan semua ini, adakah ini menunjukkan Allah itu pilih kasih? Hanya memberi 'kebaikan' kepada segelintir hambaNya. Sedangkan begitu banyak yang mendapat 'keburukan'. Yang kaya terus menjadi kaya, yang miskin makin melarat. Yang bijak menipu yang kurang bijak, yang kuat membuli yang lemah.


Tentu sekali Allah itu tidak bersifat pilih kasih. Pada pandangan manusia, begitu banyak perkara yang dianggap keburukan. Miskin, kurang pandai, lemah dan bermacam lagi nilai negatif termasuk dalam kategori keburukan. Sedangkan keburukan bukanlah terbatas kepada perkara sebegitu semata-mata. Ada kalanya menjadi kaya adalah keburukan jika kekayaan yang dimliki tidak diperolehi daripada sumber rezeki yang halal. Apa pun, kita perlu sedar, sebagai hamba, ilmu yang kita milki amat terbatas. Kita tak dapat secara 100 peratus menilai ketentuan yang telah Allah tetapkan atas kita.

Adakalanya yang kita rasakan baik untuk kita itu sebenarnya tidak baik untuk kita dan adakalanya yang kita rasakan tidak baik untuk kita itu sebenarnya baik untuk kita. Pasti kita pernah merasai semua ini. Tatkala yang kita harapkan tidak tercapai, yang dielak pula yang datang, lalu kita pun mengeluh dan bersedih. Namun akhirnya kita sedar jua bahawa yang dielak itulah yang memberi manfaat.

Jika kau memandang segalanya daripada Allah
Yang menciptakan segalanya Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sebab sakitnya hatimu

Yang membuatkan keinginanmu terhalang
PASTI akan damai hatimu jika kau sedar

Masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu dan hancurnya hatimu
TAPI mungkin itu yang DIA mahukan
Kerana DIA tahu hati yang begitu selalunya lebih dekat dan akrab padaNya
Allah loves you unconditionally,
What about you?




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
~Al Baqarah - 216~


Teringat kata-kata saudara Izuan aka Shuib Muscom 0809 pada tazkirah subuh yang lalu.

"Jika kita tahu apa yang terbaik buat kita, sudah pastilah kita tidak akan pernah sedih"

Betul juga apa yang Izuan cuba sampaikan itu. Andai kita tahu yang terbaik untuk kita, apa ertinya perasaan sedih yang Allah ciptakan untuk makhluknya. Andai semua dalam perancangan kita itu baik, dimana letaknya keindahan hidup itu. Bukankah hidup akan lebih bermakna jika diuji oleh Allah. Lagipun ujian yang Allah timpakan kepada kita bukanlah sekadar ujian semata-mata bahkan terdapat ganjaran besar yang menanti hambaNya yang bersabar di akhirat sana.

Allah selalu beri apa yang terbaik buat kita. Oleh itu tiada sebab untuk bersedih. Andai ujian yang ditanggung terlampau berat untuk dibawa, mintalah pertolongan dari DIA.

Don't be sad Hisham
Don't be sad my friends

Moga bermanfaat

Wassalam


No comments:

Post a Comment