Monday 16 June 2008

Kembara dua insan ke Cameron Highland

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, aku dan Azri YB telah berjaya mengharungi ekspedisi kami ke Cameron Highland dari 13 jun sampai 15 jun. Pada mulanya, pemergian kami adalah atas suatu tujuan lain tetapi bertukar menjadi sebuah pengembaraan yang amat bermakna atas sebab tertentu. Ingin sekali berkongsi pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Tanah Rata(Cameron Highland)


bukti :)

Hari pertama

Kami tiba di Tanah Rata pada lebih kurang pukul 9 malam. Perjalanan menaiki Cameron Highland amat memeningkan kepala. Mujurlah aku dan Azri mampu bertahan daripada muntah dek kerana jalan yang banyak selekoh. Kami menaiki van Abang Nash(pemandu pelancong) menuju ke Strawberry Park, tempat kami bermalam. Suhu dingin di atas sana membuatkan kami menggigil kesejukan. Melihat kami mengeluh kesejukan, Usop, kawan kami yang bersama kami dengan selamba berkata

"kalau kat UK nanti, ni dikira panas"


Mungkin sebab dia dah biasa berada di UK.
Aku dan Azri hanya menonton TV malam tu di sebelah heater bagi menghilangkan kesejukan.


Hari Kedua

Dua orang kawan kami bercadang untuk jungle trekking pada pagi tu. Aku dan Azri menolak pelawaan mereka sebab kami tidak membawa kasut untuk tujuan itu. Jadi kami hanya melawat sekitar Tanah Rata sehingga pukul 12:30pm. Tempat tumpuan kami adalah Mardi. Pelbagai tanaman hawa dingin diuasahakan di situ termasuklah strawberi, epal, anggur, ros etc. Setelah membayar yuran masuk sebanyak RM1.50(yuran untuk pelajar), kami terus menuju ke tempat strawberi diusahakan dengan harapan dapat pengalaman memetik starwberi sambil memakannya. Malangnya hajat tak kesampaian. Rupanya tiada istilah makan free di situ, semuanya mesti dibeli. Nasib baiklah abang2 kat situ menghulurkan beberapa biji buah strawberi kepada kami. Dapat juga merasa strawberi free. :) Kamera Azri menjadi mangsa untuk aku merakamkan pemandangan indah di sana. Banyak juga gambar yang sempat diambil tetapi tak semua dapat aku semadikan dalam blog ni.

Pada sebelah petang, kami berempat(termasuk 2 kawan kami) berjalan kaki menuju ke Brinchang dari tempat kami menginap. Agaknya, jarak ke Brinchang hanya 2@3 kilometer. Terasa sekejap sahaja perjalanan ke sana sebab kami banyak berborak di sepanjang perjalanan. Kebanyakan yang diborakkan berkisarkan ekonomi negara(aku kurang paham bab ni) dan kehidupan di luar negara. Strawberi Farm menjadi tempat singgahan kami petang tu. Di situ kami saksikan penanaman strawberi pada skala besar untuk tujuan pemasaran. Sekali lagi tiada istilah makan free di situ. :(

Pada waktu malam. kami mencuba memasak nasi beriani. Segala keperluan menyediakan nasi beriani telahpun Aku dan Azri beli semasa di Tanah Rata. Saudara Usop dan Amar menjadi mentor kami. Pengalaman mereka berada di luar negara terserlah dengan kebolehan mereka menggunakan apa sahaja yang ada bagi menyiapkan nasi beriani. Penat lelah terbalas apabila nasi berianai kami menjadi, walaupun sedikit masin. :)

Hari Ketiga

Ini hari terakhir kami di sana. Kami bertolak ke Tanah Rata pada jam 11 pagi. Bas dijangka bertolak pada jam 1.45 petang. Kami menggunakan masa yang ada membeli cenderahati sebagai tanda ingatan pada Cameron Highland. Aku hanya membeli key-chain yang comel dan murah. :) Azri membeli ole-ole untuk keluarganya di rumah. Perjalanan menuruni Cameron Highland berjalan lancar. Pelbagai tips diberi oleh Usop dan Amar untuk menghilangkan rasa pening dan muntah semasa di dalam bas. Mereka agak bijak dengan memakan pil tahan pening sebagai persediaan. Aku hanya memejamkan mata sepanjang 46km dari Tanah Rata itu.

makan depan heater
depan tol Lembah Beringin

Itulah sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan bersama. Untuk lebih merasainya, eloklah pergi sendiri dan lihatlah betapa indahnya ciptaan Tuhan di atas sana.

Wassalam

No comments:

Post a Comment