Wednesday, 4 June 2008

Oh Further Pure..

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah swt

Peristiwa semalam sudah menjadi sejarah buat kita. Mungkin peristiwa semalam(Isnin) akan terus aku ingati buat beberapa waktu ini kerana susahnya mengerah akal kurniaan Tuhan bagi menjawab soalan-soalan Further Mathematics. Ramai yang menduduki exam semalam mengatakan ke'weird'an soalan yang keluar. Aku tidak terkecuali. Bagi aku, paper 1 further memang horror. Soalan satu dah cukup membuatkan aku hilang semangat dengan soalan yang tidak pernah aku pelajari basicnya. Aku terjumpa dengan cikgu Further aku, Mr Micheal Alderson sejurus selepas meninggalkan dewan. Aku tanpa segan silu(seperti biasa) mengeluh tentang kepayahan soalan semalam. Ternyata Mr Micheal turut berpendapat sedemikian. Katanya, soalan satu dan dua memang tak dijangka akan masuk..At least resah di hati berkurang mendengar kata-kata 'semangat' cikgu kesayangan. Apepun, yang sudah berlalu itu harus dibiarkan. Cumanya kita especially aku patut mengambil sebanyak mungkin pengajaran dan hikmah daripada peristiwa semalam.

Sebuah pengajaran yang baru aku pelajari sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Seperti biasa, semua calon sibuk membuat the-very-last-preparation sebelum bergerak masuk ke dewan. Ramai yang sibuk mengingati semua formula dan rumus yang ada serta kaedah menjawab. Semasa aku cuba menenangkan diri mengingati kembali semua itu, tiba-tiba saudara Acipz mencelah

Macammana nak cari centroid untuk volume?

Aku dengan selamba menjawab

Ala tak masuk silibus pun

Kami(ade ramai berkumpul kat situ) terus mengabaikan persoalan Acipz. Takdir Allah, soalan yang Acipz tanya tadi, disoal seawal soalan pertama! Aku terkesima. Secara paksarela, aku meninggalkan soalan 'tak masuk silibus tu'. 4 markah berharga hilang seawal soalan pertama. :( Momentum semangat aku merendah dengan cepat gara-gara soalan satu tu. Pengajarannya, jangan ambil mudah suatu perkara. Mungkin masa sebelum masuk dewan tu, Allah nak beri petunjuk kepada kita dengan disoal soalan-soalan pelik, cuma kita tak tahu, sebab ilmu kita terbatas. Aku memang menyesal tak cuba melayan soalan Acipz tu, sedangkan ade orang lain kat situ yang tahu cara menjawab soalan sebegitu..memang rugiii.. Pesan aku pada diri dan rakan, jangan kita ulangi lagi perkara macam ni. Jangan bataskan ilmu pada silibus sahaja. At last, kita yang rugi nanti. Macam aku.huhu

Walau apapun yang terjadi, sebagai seorang Muslim, aku perlu yakin bahawa Allah swt tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Allah swt tahu apa yang terbaik buat aku kerana dialah pencipta aku. Ada perkara yang aku rasakan baik buat aku padahal sebenarnya tidak. Begitu juga sebaliknya. Yang pastinya, ujian dari Allah swt ni menuntut aku bersabar. Allah nak uji sejauh mana aku menghadapinya. Mungkin Allah simpan kejayaan aku untuk suatu masa nanti, Wallahu 'alam. Bilamana diuji, jangan melenting, menyalahkan orang lain, menyalahkan soalan, menyalahkan masa, menyalahkan pen, menyalahkan cikgu yang kedekut bagi kertas. Semua ni tak menunjukkan ciri kita sebagai muslim sejati. Biarlah kita diuji sebesar manapun, jangan sampai kita mencemarkan Islam dengan reaksi spontan kita. Bukankah orang yang lebih banyak diuji itu lebih Allah sayangi?

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Moga bermanfaat

Wassalam


No comments:

Post a Comment