Friday, 20 June 2008

Selamat bercuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Ini merupakan post terakhir aku di KYUEM. Kepada peminat setia blog aku(ade ke), besar kemungkinan tiada post baru akan muncul di blog ini sehinggalah aku tiba di UK(InsyaAllah). Sebabnya, kemudahan internet di kampung aku is very limited dan rumah aku tiada kemudahan internet. Jangan bersedih, :) rasanya ada banyak lagi blog yang masih aktif even masa cuti.

Di kesempatan ini, ingin aku berpesan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan especially senior, agar kita memanfaatkan cuti kita nanti secara optimum. Memang kita dah bebas daripada A Level, namun tanggungjawab kita tidak terhenti di situ. Mungkin tanggungjawab kita sebagai pelajar terhenti sebentar, tetapi ingatlah bahawa tanggungjawab kita sebagai anak kepada orang tua kita dan hamba kepada Allah tidak pernah terhenti.

Banyak perkara yang dapat kita buat bagi memanfaatkan masa cuti kita nanti. Tak perlulah untuk aku cadangkan perkara yang patut kita buat masa cuti ni, cukuplah sekadar mengingatkan bahawa masa yang kita ada kian terhad. Sekarang ni, 3 bulan memang terasa agak lama. Sedar tak sedar nanti, 3 bulan ini bakal menjadi 2 bulan...1 bulan...1 hari. Masa tu baru terasa bahawa masa semakin singkat. Andai masa itulah baru kita sedar bahawa masih banyak perkara yang belum kita sempurnakan, mana kita nak cari ganti masa yang telah kita korbankan. Fitrah alam, masa akan terus bergerak meninggalkan kita. Yang terleka akan ditinggalkan. Imam Al-Ghazali mengajar anak muridnya bahawa yang paling jauh dengan kita bukanlah negeri orang, bahkan masa yang telah berlalu. Pepatah Melayu juga ada menyebut "masa itu emas". Memang emas sendiri pun lebih murah daripada masa namun yang nak digambarkan adalah betapa masa itu sangat berharga dan tidak boleh dibeli sewenang-wenangnya.

Kata-kata muzakkir suatu masa dahulu

Jika nak tahu betapa berharganya sebulan itu, tanyalah pada seorang ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan,
Jika nak tahu betapa berharganya sehari itu, tanyalah pada orang yang terlambat menghantar assignmentnya kepada pensyarah,
Jika nak tahu betapa berharganya sejam itu, tanyalah pada orang yang sedang menjawab peperiksaan,
Jika nak tahu betapa berharganya seminit itu, tanyalah pada orang yang ditahan masuk kuarantin praktikal exam,
Jika nak tahu betapa berharganya sesaat itu, tanyalah pada leka ketika memandu,
Jika nak tahu betapa berharganya sedetik itu, tanyalah pada pemenang pinagat perak sukan olimpik.

Pokok pangkalnya, hargailah masa yang kita ada. Semakin hari, semakin kita tahu bahawa Allah memberi banyak masa kepada kita tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu lebih tahu bahawa masa yang masih tinggal buat kita semakin berkurangan.

Buatlah perancangan awal untuk masa cuti kita nanti agar kita tahu apa yang kita nak buat nanti. Mungkin aku bukanlah orang yang sesuai berbicara soal masa tetapi sama-samalah kita merperbaiki diri. Bukankah Allah tidak melihat natijah sesuatu perkara, tetapi yang dilihatNya adalah sejauh mana kita berusaha terhadap sesuatu perkara itu.

Akhir pena, selamat bercuti kepada semua. Sekali lagi, ampun dan maaf andai ada salah silap. Semoga jalan yang kita lalui selpeas ini adalah jalan yang menuju redha Ilahi. InsyaAllah.

Wassalam

No comments:

Post a Comment