بسم الله الرحمن الرحيم
Pengalaman cetek berada di benua orang ini mula membuatkan aku berfikir seketika. Kenapa dahulu aku menerima untuk ditaja ke luar negara? Aku cuba membayangkan apa sebenarnya yang membuatkan aku mengambil keputusan yang memerlukan pengorbanan yang agak besar ni. Sebelum aku merungkai segala persoalan ini, biarlah aku menceritakan kronologi bagaimana aku boleh berada di Southampton sekarang.
Sebaik tamat peperiksaan SPM pada akhir tahun 2005, aku pulang ke Johor untuk melalui cuti yang agak panjang. Mujurlah aku dapat menghabiskan waktu membantu ayah aku di kebun setiap hari. Sebaik sahaja keputusan SPM keluar, aku memohon dua skim tajaan ke luar negara iaitu daripada MARA dan Petronas. Sebenarnya aku bukannya benar-benar ingin belajar di luar negara pada waktu itu sebaliknya hanya ingin mendapat pengalaman menghadiri temuduga. Dan aku amat yakin berdasarkan prestasi aku semasa sesi temuduga, aku bakal ditolak daripada menerima mana-mana tajaan. Jadi, aku melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Johor(KMJ) di Tangkak. Selepas 2 minggu berada di sana, surat tawaran daripada MARA sampai ke rumah aku. Aku diterima untuk ditaja ke Rusia dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Ayah aku meminta jawapan daripada aku samada ingin menerima tawaran itu atau tidak. Aku menolak tawaran tersebut atas beberapa sebab. Antaranya aku tidak mahu membebankan ayah aku mencari wang pendahuluan yang diminta pihak MARA jika ingin memerima tawaran. Lagipun pada masa itu, aku mendapati ayah aku kekurangan wang memandangkan kakak-kakak aku turut memerlukan wang untuk pengajian mereka. Jika aku memilih untuk menerima tawaran sekalipun, ayah aku pasti tidak akan menceritakan masalahnya itu sebaliknya akan sedaya upaya mendapatkan wang untuk menggembirakan aku. Aku memberitahu ayah aku bahawa aku ingin terus belajar di KMJ dan tidak bercita-cita untuk ke luar negara.
Tiba-tiba datang pula surat jemputan temuduga daripada FELDA untuk memilih anak-anak peneroka yang cemerlang dalam SPM untuk ditaja ke luar negara. Mak dan Ayah aku begitu bersungguh-sungguh inginkan aku menghadiri temuduga tersebut memandangkan mereka amat yakin bahawa masa depan aku dengan FELDA amat cerah. Aku menurut kemahuan mak dan ayah aku. Semasa temuduga, aku kurang bercakap. Faktor bahasa menjadi penghalang. Penguasaan Bahasa Inggeris aku amat lemah lebih-lebih lagi bila disuruh bercakap menggunakan Bahasa Ingeris. Jadi aku kurang yakin untuk diterima dalam program tajaan yang julung kali diperkenalkan oleh FELDA. Aku meneruskan pengajian di KMJ dengan serius selepas itu tanpa memikirkan sebarang kemungkinan akan diterima oleh FELDA. Dalam 2 minggu selepas itu, aku terkejut apabila FELDA sanggup menaja aku ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Mak dan Ayah aku sangat gembira dengan berita itu. Aku masih ragu-ragu samada hendak menerima tawaran itu ataupun terus belajar di KMJ. Ayah aku menyuarakan hasratnya agar aku menerima tawaran itu demi masa depan aku. Aku akur. Tanpa memikirkan pengorbanan yang bakal aku lakukan dan cabaran yang menanti, aku menerima tawaran itu dan akan membuat persediaan di KYUEM selama 2 tahun.
Apa yang tiada di Malaysia, tetapi ada di sini? Rasanya inilah jalan jawapan bagi persoalan aku. Di sini aku mula menyedari perkara yang tidak aku sedari dahulu. Aku melihat betapa fleksibelnya agama Islam. Jika musuh Islam selalu menjadikan modal perbezaan mazhab dalam agama Islam untuk mengatakan bahawa orang-orang Islam tidak bersatu, aku mula menyaksikan sendiri betapa mereka itu salah. Sebenarnya perbezaan Mazhab itu merupakan satu rahmat. Bukannya satu bentuk perpecahan. Aku dapat saksikan orang Islam pelbagai Mazhab dapat hidup bersatu di sini. Malah perbezaan Mazhab dapat memberikan kemudahan kepada umat pada sesetengah perkara. Selain itu, aku mula prihatin akan apa-apa yang aku masukkan ke dalam perut aku. Berjaga-jaga kalau-kalau termakan makanan haram. Aku akan meneliti kandungan makanan terlebih dahulu sebelum memakannya, perkara yang sangat jarang aku lakukan di Malaysia. Ada banyak lagi sebab pendorong aku untuk berada di sini tetapi biarlah itu hanya aku yang tahu. :) Kepada rakan-rakan(yg berada di luar negara), pastikan bahawa keberadaan kita di rantau ini tidak sia-sia. Wujudkan sebab kukuh untuk meyakinkan diri kita bahawa pilihan kita untuk menyambung pengajian ke luar negara adalah suatu pilihan yang betul.
Sebaik tamat peperiksaan SPM pada akhir tahun 2005, aku pulang ke Johor untuk melalui cuti yang agak panjang. Mujurlah aku dapat menghabiskan waktu membantu ayah aku di kebun setiap hari. Sebaik sahaja keputusan SPM keluar, aku memohon dua skim tajaan ke luar negara iaitu daripada MARA dan Petronas. Sebenarnya aku bukannya benar-benar ingin belajar di luar negara pada waktu itu sebaliknya hanya ingin mendapat pengalaman menghadiri temuduga. Dan aku amat yakin berdasarkan prestasi aku semasa sesi temuduga, aku bakal ditolak daripada menerima mana-mana tajaan. Jadi, aku melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi Johor(KMJ) di Tangkak. Selepas 2 minggu berada di sana, surat tawaran daripada MARA sampai ke rumah aku. Aku diterima untuk ditaja ke Rusia dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Ayah aku meminta jawapan daripada aku samada ingin menerima tawaran itu atau tidak. Aku menolak tawaran tersebut atas beberapa sebab. Antaranya aku tidak mahu membebankan ayah aku mencari wang pendahuluan yang diminta pihak MARA jika ingin memerima tawaran. Lagipun pada masa itu, aku mendapati ayah aku kekurangan wang memandangkan kakak-kakak aku turut memerlukan wang untuk pengajian mereka. Jika aku memilih untuk menerima tawaran sekalipun, ayah aku pasti tidak akan menceritakan masalahnya itu sebaliknya akan sedaya upaya mendapatkan wang untuk menggembirakan aku. Aku memberitahu ayah aku bahawa aku ingin terus belajar di KMJ dan tidak bercita-cita untuk ke luar negara.
Tiba-tiba datang pula surat jemputan temuduga daripada FELDA untuk memilih anak-anak peneroka yang cemerlang dalam SPM untuk ditaja ke luar negara. Mak dan Ayah aku begitu bersungguh-sungguh inginkan aku menghadiri temuduga tersebut memandangkan mereka amat yakin bahawa masa depan aku dengan FELDA amat cerah. Aku menurut kemahuan mak dan ayah aku. Semasa temuduga, aku kurang bercakap. Faktor bahasa menjadi penghalang. Penguasaan Bahasa Inggeris aku amat lemah lebih-lebih lagi bila disuruh bercakap menggunakan Bahasa Ingeris. Jadi aku kurang yakin untuk diterima dalam program tajaan yang julung kali diperkenalkan oleh FELDA. Aku meneruskan pengajian di KMJ dengan serius selepas itu tanpa memikirkan sebarang kemungkinan akan diterima oleh FELDA. Dalam 2 minggu selepas itu, aku terkejut apabila FELDA sanggup menaja aku ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Mak dan Ayah aku sangat gembira dengan berita itu. Aku masih ragu-ragu samada hendak menerima tawaran itu ataupun terus belajar di KMJ. Ayah aku menyuarakan hasratnya agar aku menerima tawaran itu demi masa depan aku. Aku akur. Tanpa memikirkan pengorbanan yang bakal aku lakukan dan cabaran yang menanti, aku menerima tawaran itu dan akan membuat persediaan di KYUEM selama 2 tahun.
kadang-kadang begitu sukar untuk membuat pilihan
Setelah berjaya melepasi syarat ketat FELDA untuk ke UK, aku kini berada di Southampton. Mendapati suasana di sini amat berbeza berbanding di Malaysia, aku jadi takut kalau-kalau dalam tempoh 4 tahun aku di sini, aku akan berubah. Perubahan yang positif sudah tentu amat aku harapkan tetapi perubahan negatif itulah yang aku takutkan. Bila difikirkan, apa yang menarik sangat belajar di luar negara. Jika aspek ilmu diambil kira, universiti di Malaysia tiada bezanya dalam memberikan segala macam ilmu kepada aku. Jika aspek ranking universiti diambil kira, apalah guna semua itu andai aku tidak bersemangat untuk belajar. Di Malaysia senang je nak dapatkan makanan halal, malah masjid berada di merata-rata. Tapi kenapa United Kingdom yang menjadi pilihan. Aku memerlukan alasan yang cukup kukuh untuk terus bertahan di sini. Aku memerlukan alasan yang kukuh untuk tidak mempersiakan pengorbanan yang aku lakukan, berpisah dengan keluarga. Apa yang tiada di Malaysia, tetapi ada di sini? Rasanya inilah jalan jawapan bagi persoalan aku. Di sini aku mula menyedari perkara yang tidak aku sedari dahulu. Aku melihat betapa fleksibelnya agama Islam. Jika musuh Islam selalu menjadikan modal perbezaan mazhab dalam agama Islam untuk mengatakan bahawa orang-orang Islam tidak bersatu, aku mula menyaksikan sendiri betapa mereka itu salah. Sebenarnya perbezaan Mazhab itu merupakan satu rahmat. Bukannya satu bentuk perpecahan. Aku dapat saksikan orang Islam pelbagai Mazhab dapat hidup bersatu di sini. Malah perbezaan Mazhab dapat memberikan kemudahan kepada umat pada sesetengah perkara. Selain itu, aku mula prihatin akan apa-apa yang aku masukkan ke dalam perut aku. Berjaga-jaga kalau-kalau termakan makanan haram. Aku akan meneliti kandungan makanan terlebih dahulu sebelum memakannya, perkara yang sangat jarang aku lakukan di Malaysia. Ada banyak lagi sebab pendorong aku untuk berada di sini tetapi biarlah itu hanya aku yang tahu. :) Kepada rakan-rakan(yg berada di luar negara), pastikan bahawa keberadaan kita di rantau ini tidak sia-sia. Wujudkan sebab kukuh untuk meyakinkan diri kita bahawa pilihan kita untuk menyambung pengajian ke luar negara adalah suatu pilihan yang betul.
matlamat yang jelas amat penting
Banyak orang begitu sibuk merancang untuk melancong kesana-kemari ketika berada di luar negara, termasuklah aku. Rasanya kita patut tetapkan sekurang-kurangkan satu sebab munasabah kenapa kita kena melancong ke negara orang. Contohnya, ingin ke Sepanyol untuk mendalami sejarah Islam di sana. Biarlah sebab yang kita wujudkan itu benar-benar dilaksanakan agar ada perkara baru yang kita pelajari setiap kali pergi mengembara ke negara orang. Bagi aku, begitu sukar untuk mendapat peluang melawat negara-negara seperti di Eropah. Kita boleh jadikan kesempatan belajar di sini untuk menimba pengalaman mempelajari sesuatu daripada mereka. Agar bila kita pulang berkhidmat di Malaysia nanti, ada sesuatu yang baru yang dapat kita wujudkan yang dapat memberikan kebaikan kepada manusia. Mungkin faktor ini juga dapat menjadi sebab kukuh untuk aku terus berada di sini. :)Sebelum aku menamatkan post aku kali ini, hayatilah kata-kata hikmah yang aku belajar daripada kawan aku dahulu
"Begitu susah untuk mendapatkan apa yang kita inginkan tetapi begitu mudah untuk melepaskannya. Oleh itu, belajarlah menghargai sesuatu daripada hanya menikmati"
~~~~~
Ya Allah, kuatkan iman hamba-hambaMu yang berada jauh dari tanah air ini,
Jangan biarkan kami mengikut jalan yang Engkau murkai,
Tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar,
Agar kami mendekatinya,
Dan tunjukkanlah kepada kami yang salah itu salah,
Agar kami dapat menjauhinya,
Tetapkanlah iman kami Ya Allah,
Mudahkanlah segala urusan kami di sini,
Berkatilah hidup kami,
Wahai Tuhan sekalian alam
Wassalam

Bro,
ReplyDeleteI know you lah!
Syukur, ank pilih ke OVC! Bg aku, tu pilihan yg tepat!!! Ya lah, hidup ni perlu pengorbanan maa,.. org kedah cakap;'what goes around, comes around!'hehe..
duit tuh, boleh dicari, tapi peluang2 keemasan cenggini, perghh,, susah laa nk jumpa. Tahniah bro!!! Doakan aku bjaya,..
-sahabat di sebelah mu, masa 5P, dah katil sebelahmu, semasa di kamar 'perwakilan'.,ahaks..-
Bro,
ReplyDeleteI also know you lah,
tq bg smangat tmbahan,
doakan aku juga brjaya dunia akhirat
nnt bila ang melancong ke UK, mai la datang soton..besttt..haha