Friday, 20 June 2008

Selamat bercuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Ini merupakan post terakhir aku di KYUEM. Kepada peminat setia blog aku(ade ke), besar kemungkinan tiada post baru akan muncul di blog ini sehinggalah aku tiba di UK(InsyaAllah). Sebabnya, kemudahan internet di kampung aku is very limited dan rumah aku tiada kemudahan internet. Jangan bersedih, :) rasanya ada banyak lagi blog yang masih aktif even masa cuti.

Di kesempatan ini, ingin aku berpesan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan especially senior, agar kita memanfaatkan cuti kita nanti secara optimum. Memang kita dah bebas daripada A Level, namun tanggungjawab kita tidak terhenti di situ. Mungkin tanggungjawab kita sebagai pelajar terhenti sebentar, tetapi ingatlah bahawa tanggungjawab kita sebagai anak kepada orang tua kita dan hamba kepada Allah tidak pernah terhenti.

Banyak perkara yang dapat kita buat bagi memanfaatkan masa cuti kita nanti. Tak perlulah untuk aku cadangkan perkara yang patut kita buat masa cuti ni, cukuplah sekadar mengingatkan bahawa masa yang kita ada kian terhad. Sekarang ni, 3 bulan memang terasa agak lama. Sedar tak sedar nanti, 3 bulan ini bakal menjadi 2 bulan...1 bulan...1 hari. Masa tu baru terasa bahawa masa semakin singkat. Andai masa itulah baru kita sedar bahawa masih banyak perkara yang belum kita sempurnakan, mana kita nak cari ganti masa yang telah kita korbankan. Fitrah alam, masa akan terus bergerak meninggalkan kita. Yang terleka akan ditinggalkan. Imam Al-Ghazali mengajar anak muridnya bahawa yang paling jauh dengan kita bukanlah negeri orang, bahkan masa yang telah berlalu. Pepatah Melayu juga ada menyebut "masa itu emas". Memang emas sendiri pun lebih murah daripada masa namun yang nak digambarkan adalah betapa masa itu sangat berharga dan tidak boleh dibeli sewenang-wenangnya.

Kata-kata muzakkir suatu masa dahulu

Jika nak tahu betapa berharganya sebulan itu, tanyalah pada seorang ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan,
Jika nak tahu betapa berharganya sehari itu, tanyalah pada orang yang terlambat menghantar assignmentnya kepada pensyarah,
Jika nak tahu betapa berharganya sejam itu, tanyalah pada orang yang sedang menjawab peperiksaan,
Jika nak tahu betapa berharganya seminit itu, tanyalah pada orang yang ditahan masuk kuarantin praktikal exam,
Jika nak tahu betapa berharganya sesaat itu, tanyalah pada leka ketika memandu,
Jika nak tahu betapa berharganya sedetik itu, tanyalah pada pemenang pinagat perak sukan olimpik.

Pokok pangkalnya, hargailah masa yang kita ada. Semakin hari, semakin kita tahu bahawa Allah memberi banyak masa kepada kita tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu lebih tahu bahawa masa yang masih tinggal buat kita semakin berkurangan.

Buatlah perancangan awal untuk masa cuti kita nanti agar kita tahu apa yang kita nak buat nanti. Mungkin aku bukanlah orang yang sesuai berbicara soal masa tetapi sama-samalah kita merperbaiki diri. Bukankah Allah tidak melihat natijah sesuatu perkara, tetapi yang dilihatNya adalah sejauh mana kita berusaha terhadap sesuatu perkara itu.

Akhir pena, selamat bercuti kepada semua. Sekali lagi, ampun dan maaf andai ada salah silap. Semoga jalan yang kita lalui selpeas ini adalah jalan yang menuju redha Ilahi. InsyaAllah.

Wassalam

Monday, 16 June 2008

Kembara dua insan ke Cameron Highland

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, aku dan Azri YB telah berjaya mengharungi ekspedisi kami ke Cameron Highland dari 13 jun sampai 15 jun. Pada mulanya, pemergian kami adalah atas suatu tujuan lain tetapi bertukar menjadi sebuah pengembaraan yang amat bermakna atas sebab tertentu. Ingin sekali berkongsi pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Tanah Rata(Cameron Highland)


bukti :)

Hari pertama

Kami tiba di Tanah Rata pada lebih kurang pukul 9 malam. Perjalanan menaiki Cameron Highland amat memeningkan kepala. Mujurlah aku dan Azri mampu bertahan daripada muntah dek kerana jalan yang banyak selekoh. Kami menaiki van Abang Nash(pemandu pelancong) menuju ke Strawberry Park, tempat kami bermalam. Suhu dingin di atas sana membuatkan kami menggigil kesejukan. Melihat kami mengeluh kesejukan, Usop, kawan kami yang bersama kami dengan selamba berkata

"kalau kat UK nanti, ni dikira panas"


Mungkin sebab dia dah biasa berada di UK.
Aku dan Azri hanya menonton TV malam tu di sebelah heater bagi menghilangkan kesejukan.


Hari Kedua

Dua orang kawan kami bercadang untuk jungle trekking pada pagi tu. Aku dan Azri menolak pelawaan mereka sebab kami tidak membawa kasut untuk tujuan itu. Jadi kami hanya melawat sekitar Tanah Rata sehingga pukul 12:30pm. Tempat tumpuan kami adalah Mardi. Pelbagai tanaman hawa dingin diuasahakan di situ termasuklah strawberi, epal, anggur, ros etc. Setelah membayar yuran masuk sebanyak RM1.50(yuran untuk pelajar), kami terus menuju ke tempat strawberi diusahakan dengan harapan dapat pengalaman memetik starwberi sambil memakannya. Malangnya hajat tak kesampaian. Rupanya tiada istilah makan free di situ, semuanya mesti dibeli. Nasib baiklah abang2 kat situ menghulurkan beberapa biji buah strawberi kepada kami. Dapat juga merasa strawberi free. :) Kamera Azri menjadi mangsa untuk aku merakamkan pemandangan indah di sana. Banyak juga gambar yang sempat diambil tetapi tak semua dapat aku semadikan dalam blog ni.

Pada sebelah petang, kami berempat(termasuk 2 kawan kami) berjalan kaki menuju ke Brinchang dari tempat kami menginap. Agaknya, jarak ke Brinchang hanya 2@3 kilometer. Terasa sekejap sahaja perjalanan ke sana sebab kami banyak berborak di sepanjang perjalanan. Kebanyakan yang diborakkan berkisarkan ekonomi negara(aku kurang paham bab ni) dan kehidupan di luar negara. Strawberi Farm menjadi tempat singgahan kami petang tu. Di situ kami saksikan penanaman strawberi pada skala besar untuk tujuan pemasaran. Sekali lagi tiada istilah makan free di situ. :(

Pada waktu malam. kami mencuba memasak nasi beriani. Segala keperluan menyediakan nasi beriani telahpun Aku dan Azri beli semasa di Tanah Rata. Saudara Usop dan Amar menjadi mentor kami. Pengalaman mereka berada di luar negara terserlah dengan kebolehan mereka menggunakan apa sahaja yang ada bagi menyiapkan nasi beriani. Penat lelah terbalas apabila nasi berianai kami menjadi, walaupun sedikit masin. :)

Hari Ketiga

Ini hari terakhir kami di sana. Kami bertolak ke Tanah Rata pada jam 11 pagi. Bas dijangka bertolak pada jam 1.45 petang. Kami menggunakan masa yang ada membeli cenderahati sebagai tanda ingatan pada Cameron Highland. Aku hanya membeli key-chain yang comel dan murah. :) Azri membeli ole-ole untuk keluarganya di rumah. Perjalanan menuruni Cameron Highland berjalan lancar. Pelbagai tips diberi oleh Usop dan Amar untuk menghilangkan rasa pening dan muntah semasa di dalam bas. Mereka agak bijak dengan memakan pil tahan pening sebagai persediaan. Aku hanya memejamkan mata sepanjang 46km dari Tanah Rata itu.

makan depan heater
depan tol Lembah Beringin

Itulah sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan bersama. Untuk lebih merasainya, eloklah pergi sendiri dan lihatlah betapa indahnya ciptaan Tuhan di atas sana.

Wassalam

Sunday, 15 June 2008

Allah itu Maha Adil

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi Allah swt

Terima kasih kepada Allah swt kerana masih mengekalkan kita dalam kalangan orang Islam dan beriman. Tak lupa atas segala nikmat dan rahmatNya yang tidak terhitung saat ini.

Allah swt bersifat Al-Wahhab iaitu Maha Memberi. Tiada makhluk yang dapat mengatasi sifat memberiNya, inilah iman kita. Allah swt memberi tanpa meminta. PerbendaharaanNya tidak berkurang sedikitpun jika semua makhluknya diberi semua yang dihajatkan. PemberianNya tidak bersifat pilih kasih. Semua yang diberi kepada hambaNya adalah mengikut apa yang terbaik buat hambaNya.

Seringkali pemberian Allah kepada kita berbeza-beza. Berbeza mengikut keperluan kita semua. Ada diantara kita yang kaya, ada pula yang miskin. Ada yang pandai ada pula yang kurang pandai, dan bermacam lagi. Dengan semua ini, adakah ini menunjukkan Allah itu pilih kasih? Hanya memberi 'kebaikan' kepada segelintir hambaNya. Sedangkan begitu banyak yang mendapat 'keburukan'. Yang kaya terus menjadi kaya, yang miskin makin melarat. Yang bijak menipu yang kurang bijak, yang kuat membuli yang lemah.


Tentu sekali Allah itu tidak bersifat pilih kasih. Pada pandangan manusia, begitu banyak perkara yang dianggap keburukan. Miskin, kurang pandai, lemah dan bermacam lagi nilai negatif termasuk dalam kategori keburukan. Sedangkan keburukan bukanlah terbatas kepada perkara sebegitu semata-mata. Ada kalanya menjadi kaya adalah keburukan jika kekayaan yang dimliki tidak diperolehi daripada sumber rezeki yang halal. Apa pun, kita perlu sedar, sebagai hamba, ilmu yang kita milki amat terbatas. Kita tak dapat secara 100 peratus menilai ketentuan yang telah Allah tetapkan atas kita.

Adakalanya yang kita rasakan baik untuk kita itu sebenarnya tidak baik untuk kita dan adakalanya yang kita rasakan tidak baik untuk kita itu sebenarnya baik untuk kita. Pasti kita pernah merasai semua ini. Tatkala yang kita harapkan tidak tercapai, yang dielak pula yang datang, lalu kita pun mengeluh dan bersedih. Namun akhirnya kita sedar jua bahawa yang dielak itulah yang memberi manfaat.

Jika kau memandang segalanya daripada Allah
Yang menciptakan segalanya Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sebab sakitnya hatimu

Yang membuatkan keinginanmu terhalang
PASTI akan damai hatimu jika kau sedar

Masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu dan hancurnya hatimu
TAPI mungkin itu yang DIA mahukan
Kerana DIA tahu hati yang begitu selalunya lebih dekat dan akrab padaNya
Allah loves you unconditionally,
What about you?




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
~Al Baqarah - 216~


Teringat kata-kata saudara Izuan aka Shuib Muscom 0809 pada tazkirah subuh yang lalu.

"Jika kita tahu apa yang terbaik buat kita, sudah pastilah kita tidak akan pernah sedih"

Betul juga apa yang Izuan cuba sampaikan itu. Andai kita tahu yang terbaik untuk kita, apa ertinya perasaan sedih yang Allah ciptakan untuk makhluknya. Andai semua dalam perancangan kita itu baik, dimana letaknya keindahan hidup itu. Bukankah hidup akan lebih bermakna jika diuji oleh Allah. Lagipun ujian yang Allah timpakan kepada kita bukanlah sekadar ujian semata-mata bahkan terdapat ganjaran besar yang menanti hambaNya yang bersabar di akhirat sana.

Allah selalu beri apa yang terbaik buat kita. Oleh itu tiada sebab untuk bersedih. Andai ujian yang ditanggung terlampau berat untuk dibawa, mintalah pertolongan dari DIA.

Don't be sad Hisham
Don't be sad my friends

Moga bermanfaat

Wassalam


Thursday, 12 June 2008

X sure tajuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Agaknya dah lama tak tulis post. maaflah wahai blogku andai aku kurang istiqamah. Jika dulu sibuk dengan exam, sekarang sibuk dengan benda lain.hehe..

Chaletmateku, saudara Muadz bercadang untuk pulang hari ni. Entah macammana suasana chalet aku nanti tanpa muadz. Maksud aku, siapa nak tolong kejut aku bangun subuh.Nampaknya dalam satu minggu yang mendatang ni, terpaksalah berdikari bangun subuh sendiri sebab selalunya Muadz yang mengejutkan aku. Apepun, kepada Muadz, semoga selamat sampai ke rumah. Jangan lupa datang 4 Awards Day pulak. :)

Pada mulanya aku juga bercadang untuk pulang, mengangkut barang-barang yang banyak ke rumah secara dua trip. tapi disebabkan harga minyak naik secara 'kejam' menyebabkan harga tambang bas naik melebihi 100 peratus membuatkan aku membatalkan hasrat pulang lebih awal. Nampaknya, begitu banyak barang yang perlu aku tinggalkan di kolej tercinta ni.:(

Parents aku tidak dapat hadir pada Awards Day yang akan datang atas masalah transport dan sebagainya. Adakah parents aku sahaja yang tak dapat hadir? Seronok rasanya jika parents ada disisi semasa menerima sijil berhenti kolej. Aku bukannya menyalahkan parents aku, cuma sedikit cemburu dengan orang lain yang tinggal dekat dengan Tanjung Malim membolehkan parents mereka dapat hadir tanpa banyak masalah.

Sekarang dah 3 hari aku free dari A level. Dan semakin banyak pula senior yang menyertai group 'bebas' ni. Hari ni saja, para pelajar aliran sains bakal menamatkan exam mereka dan bakal disertai oleh para pelajar arts pada esok hari. Yang pasti semua orang akan tamat exam A level pada esok hari, yang tinggal hanyalah beberapa pelajar further yang membuat keputusan berani mengambil kertas soalan STEP paper yang dijangka berlangsung pada 23Jun nanti(correct me if i'm wrong)

Bak kata Jimah pada sesi tazkirah Asar yang lalu, manfaatkan masa selepas exam dengan baik. Jangan melepaskan stress exam dengan menonton movie secara berlebih-lebihan sebaliknya lakukannya secara bersederhana. Jangan jadikan cinta kita kepada ibadah itu bermusim, hanya mekar ketika menghadapi exam namun layu bila tamatnya exam.

Sekian sahaja coretan di ruang membaca akhbar RC ni. Maaf la kerana tiada isi khusus dalam post kali ni. Hanya menulis apa yang terlintas di minda.


Wassalam